Sunday, 19 December 2010

Jadual MASKARA 2011

SINDIKET SOL-JAH akan menyambut ulang tahunnya yang ke-5 pada 2011. Kini kami kembali lagi dengan Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-kawan Yang Kita Suka (MASKARA) 'Timbah Nilai':

1. 29 Januari 2011

2. 26 Februari 2011

3. 26 Mac 2011
(Maskara Showcase)

4. 28 May 2011

5. 23 Julai 2011

6. 24 September 2011
(Maskara Shorties)

*Sebarang pindaan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Teruskan menyokong usaha-usaha kami! Kepuasan hati anda adalah kepuasan hati kami juga. Humcha!

Monday, 6 December 2010

SelangorKini: Blook Caca Marba Penuh Satira Politik

SHAH ALAM, 20 Okt – Sindiket Soljah, sebuah kumpulan penerbitan buku dan filem pendek yang popular di kalangan anak muda bakal menerbitkan blook berjudul Cacamerba yang memuatkan tulisan Mat Jan, seorang blogger terkenal. Blook yang dijangka terbit dalam tempoh terdekat memuatkan kronologi pengalaman dan kehidupan Mat Jan sebagai seorang pelajar undang-undang.
Sindiket Soljah adalah kumpulan anak seni yang aktif menerbitkan buku pelbagai genre selain menganjurkan tayangan filem pendek dan acara seni lain seperti deklamasi sajak dan nyanyian.
Antara penerbitan buku mereka ialah Kudeta, Sabotaj, Perempuan Simpanan, K-Eight, Romlah, Kacip dan Cerkas.
Sebahagian buku terbitan Blog Sindiket Soljah yang telah dan bakal ada di pasaran
“Buku carcamerba ini adalah penulisan Mat Jan, salah seorang ahli dalam Sindiket Soljah, karya ini lebih kepada himpunan entri-entri blog Mat Jan.
“Mat Jan ini menulis perkara-perkara dan pemikiran yang sinikal semasa beliau aktif berblog dan semasa dia di universiti lagi,” kata Jeneral Sindiket Soljah, Sinaganaga.
Berbeza dengan buku terbitan arus perdana, karya Sindiket Soljah hanya boleh dibeli secara online atau pada acara tertentu. Malah, buku mereka tidak akan diulang cetak.
“Buku sudah terbit dan kita tunggu masa untuk pasarkan, seminggu dua lagi kita jual secara online.
“Kita percaya kemampuan Mat Jan ada pengikut-pengikut dan peminat-peminatnya dan kita berkeyakinan penuh, buku ini dapat dijual laris, Katanya.
Ini bukan pertama kali Sindiket Soljah menerbitkan blook, malah mereka adalah antara yang terawal di Malaysia menerbitkan blook melalui blook Ayah Kita Bosa. Sebelum ini blook Kacip yang memuatkan tulisan seorang ahli mereka, Piyapong mendapat sambutan hangat.
“Saya sebagai penilai, penulis dan pengantara, Mat Jan menulis untuk dirinya sendiri dan khalayak,
“Cerita berkisarkan komedi dan satira dan kita pun tahu, satira itu seperti menemplak tetapi dengan jujur beliau menegur,” jelasnya.
Blook Cacamerba yang menyentuh isu politik semasa tempatan yang digarap dengan berkesan ini boleh dilayari di http://sol-jah.blogspot.com.
“Pada saya siapa yang makan cili dia yang terasa pedas, ada kalangan kita bila pedas dia bagi tahu, ada yang berdiam dan ada juga yang tidak peduli.
“Kalau kita nak katakan buku ini ditujukan untuk golongan politik supaya orang politik dapat menilai diri mereka, saya rasa sukar kerana orang politik tidak baca buku-buku kami,” katanya kepada Selangor Kini.

Thursday, 11 November 2010

Caca Marba: Ketawa sampai keluar air mata


Pembaca, Maizura Ahmad, berpendapat:
"Saya memang suka baca buku. Tapi kalau orang tanya saya, "buku apa yang paling best pernah kau baca?", memang saya susah nak jawab. Susah saya nak bagitau buku motivasi paling best pernah saya baca, atau novel Fauziah Ashari mana yang paling best, atau buku biografi siapa yang paling best, atau novel sejarah Islam mana yang paling best, atau novel remaja mana yang paling best. Tapi, kalau orang tanya saya, "apa buku paling kelakar pernah kau baca?", jawapan saya: Caca Marba!
Inilah satu-satunya buku yang buat saya ketawa kuat-kuat sampai keluar air mata. Cara Mat Jan mempersendakan diri sendiri, kawan-kawan, artis, politician, orang awam, etc, memang kelakar dan menyentuh batang hidung. Saya, sebagai contoh, masa duduk rumah bujang dulu, memang bengang dengan pompuan yang tak reti bahasa, tinggal tuala wanita merata-rata. Dan cara Mat Jan tulis tentang isu ni yang berlaku di asrama perempuan sebuah ipt, memang kelakar. Kalau saya baca buku ni 10 tahun dulu, mungkin saya praktikkan cadangan Mat Jan tu, haha!
Citarasa humor setiap orang berbeza. Saya suka lawak selamba tentang benda-benda yang berlaku di sekeliling kita. Caca Marba pada saya memenuhi citarasa humor setiap orang. Ada lawak selamba, lawak bodoh, lawak double meaning, etc. Umur saya dah nak masuk 40, dan saya suka baca buku ni. Saya rasa lawak-lawak dia sesuai untuk pembaca berusia awal 20-an hingga akhir 40-an."
Jenderal Sol-jah, Sinaganaga, berpendapat:
"Mat Jan adalah Pipiyapong zaman dahulu kala. Cuma, selalunya, apabila kita telah mencapai taraf 'veteran' - orang banyak semakin melupai kita."
Pembaca, Cikgooden, berpendapat:
"Memang caca marba... semua nak sumbat.... Sekadar bahan bacaan ringan. Ringan? Ya! Ringan sungguh... Nipis... Walaupun ringan, nipis, tapi berbaloi dibeli dan yang penting dapat baca (atas alasan): 1. Tidak terjual di mana-mana toko buku, baik yang tahap besar-besaran, kecil-kecilan atau tepi jalan-jalanan, 2. Diusahakan secara indie ( bongkak..?), yakni, aku tulis-cetak-jual pada kau-dan kau tulis-cetak-jual pada aku. Semua atas usaha sendiri. (atau sen-diket, seperti Sendiket Sol-Jah)- Pengedaran buku tanpa melalui mana-mana pihak pengedaran seperti mana buku buku DBP dijual."
Pembaca, Fikrikacak, berpendapat:
"Caca Marba Mat Jan sesuai dibaca masa-masa tertentu sahaja. Tapi aku lebih gemar baca buku-buku kelakar dan kompak seperti ini ke bilik termenung. Dalam pada meneran, gelak-gelak pun okay juga.
Selain itu, ada juga info undang-undang di dalamnya. Tak dapat banyak, sikit pun jadi la.
Tapi edisi nak cukup kertas belakang sekali memang tak boleh blah. Kah kah kah. Aku harap brader Vovin tak ikut perangai Maharaja China tu okeh. Kah kah kah.
Hero taik kucing!"
Pembaca, Firol, berpendapat:
"Kali terakhir blog Jongkang Jongket berentri ialah pada tahun lepas itupun hanya undangan perkahwinan. Selebihnya menjadi sejarah. Kenapa dan mengapa dia berhenti menulis hanya Mat Jan dan Tuhan saje tahu.
Setiap tulisannya memerlukan orang berfikir disebalik unsur kecindan dan satira tajam yang dicatatkan. Di sini Mat Jan mempunyai kelebihan mengeksploitasi setiap sendi ayat dan suku katanya. Pembaca perlu bijak dan mempunyai pemikiran yang 'ting-tong' untuk mencari tersirat. Ada masanya ketawa kita jauh lebih panjang daripada entri yang dicatat. Sebelum aku ada blog sendiri, Blog Mat Jan antara yang menjadi satu singgahan dan modul bahan bacaan berbanding buku Pedagogi dan Psikologi Pendidikan semasa di Maktab.
Impak daripada pembacaan berterusan itu, aku tidak seperti rakan yang lain dimana hampir segelintir besar pernah merasa mengulang peperiksaan semasa pengajian.
Buku ini menjadi pengubat kepada mereka yang pernah mengikuti siri penulisan Mat Jan yang panjangnya melebihi siri Oshin yang hanya 297 episod satu ketika dulu. Saya telah miliki, anda bila lagi?
Adakah ini permulaan semula legasi Mat Jan?...
Adakah Mat Jan akan kembali menulis?...
Hanya Mat Jan dan Tuhan saje tahu."
Penulis Salah Lorong, Basri Normohd, berpendapat:

"Petang tadi terima pos express - Blook Caca Marba Mat Jan, dan dan tu jugak aku baca, ni baru habis. Lawak gila bab1 nak mampos aaa buku ni. "Muka macam tapir...""
Pembaca, Azie Ismail, berpendapat:

"It's one of my fav after Siapa Kekah Bidan Sepiah (I read Cerkas as well and loved it!)

I was on medication when I read Caca Marba. So I was a bit high and laughing all the way on Eid Adha, ignoring my cousins who were sitting next to me, talking and suddenly giving me this "what's up with you, woman?" kinda look because of the giggling and whatnot.

Well, that's because the book is so hilarious! Give you one of the entries called "Perfume Yang Heterophobic" as a start. The perfume salesgirl wrongly says the perfume she promotes is for bisex which is supposed to be unisex. Moral of the story - do mind your language.

Moving to the next few pages, entries entitled "Terlalu Banyak","Penyakit Berjangkit" and "Orang Buta di Malaysia" attract my attention that are critical about our current issues especially politics.

Besides being funny, it also has a serious entry like " Anak & Adat". I like the way Mat Jan explains in 3 1/2 pages on the context of the Malay proverb "Biar mati anak jangan mati adat". Nice one, bro.

He takes the reader back to the old meaning of "adat" that indicates "undang-undang" in the old Malay context where they practiced "Adat Temenggong" and "Adat Perpatih" long before. This clarifies why the proverb is created. I think it is a must for us to know our root well so that we don't appear "kurang pandai" when we think "adat" is only limited to Malay customs. Similar entry would be "Iklan Bahaya".

I can go on and on talking about the entries in Caca Marba. I can say this is a must-read, again, if you have a good appetite on alternative fiction like this.

Remember Caca Marba is a blook where the content is based on Mat Jan's blog.

Bravo Mat Jan and Sindiket Sol-jah.

Very much looking forward to read more books from you guys."

CACA MARBA dijual pada harga RM15 senaskhah. Pos percuma untuk sampul surat biasa. Tambah RM3.50 untuk pos ekspres. Mudah saja untuk mendapatkannya:

1) Buat bayaran ke akaun berikut:
Nama: FAIZUL B. MD ASPAN
Akaun: 1140 1316 9352 (Maybank)

2) Email bukti pembayaran ke sindiketsoljah@gmail.com

3) Isi BORANG PESANAN ini.

Dan voila, Encik Posmen akan menghantar kegembiraan kepada anda!

Selamat mencuba!

Tuesday, 9 November 2010

Satu Sejarah Sedang Dilakukan - Fadly al-Akiti

Tangan saya terlepas dan manuskrip itu hampir jatuh - sang editor menyambutnya.

Saya katakan kepada editor itu, "Inilah buku paling penting yang pernah diterbitkan oleh Sindiket Sol-Jah, mungkin penting dalam sejarah persuratan kita."

Baca selanjutnya di KUBU BUKU.

Wednesday, 3 November 2010

Nazri M. Annuar dalam The Sun


"I like what is happening in the Malay literature scene. It is so diversified. You have high-end literature, popular literature, independent literature and others. Sometimes high-end literature writers would accuse popular literature writers of not caring about the quality of their work. Interestingly, mainstream writers would accuse high-end literature writers for writing stuff that people can’t relate to. Personally, I think all these bickering should stop. We should write what we want as it adds colour to the scene. The first rule in art is that there is no rule!" - Nazri M. Annuar dalam temubual bersama The Sun. Read the whole article.

Thursday, 28 October 2010

CACA MARBA - Sudah Terbit!

Ini mungkin blook terakhir Mat Jan! Dan macam selalu-selalu, kami cetak tak banyak. Jadi, rebutlah peluang untuk memiliki buku ini dengan kadar segera!


"Yang menarik tentang Mat Jab adalah: dia menghormati pembacanya. Dia menulis entri-entri blognya dengan ringkas dan mudah dibaca, dan kemudian, tiba-tiba, dengan mengejut, dia akan selit dengan lawak bodoh. Atau dengan lawak bijaksana, ikut mood dia. Di Internet, di mana demografik pembaca blog adalah orang muda, ketawa adalah plus point utama." - SAHARIL HASRIN SANIN, www.sharil.com

Blook "CACA MARBA" dijual pada harga RM15 senaskhah. Pos percuma untuk sampul surat biasa.

Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Nama: FAIZUL B. MD ASPAN
Akaun: 1140 1316 9352 (Maybank) <-- JANGAN SALAH MASUK AKAUN!!

Kemudian, hubungi kami melalui email dan sertakan bukti pembayaran: Emel: sindiketsoljah@gmail.com dan pada subjek tulis: NAK CACA MARBA!

[ BORANG PESANAN ]

Tuesday, 12 October 2010

PEMBERITAHUAN PENTING!

Bersempena dengan ulang tahun ke-5 kami, MASKARA untuk tahun 2011 akan diadakan pada hari Sabtu minggu terakhir (minggu ke-4 atau ke-5) pada bulan-bulan yang akan ditetapkan kelak. ]Kami akan kemukakan jadual lengkap MASKARA pada awal bulan Januari 2011. Harap bersabar!].

MASKARA masih mengekalkan format 4 1 1: 4 kali MASKARA, 1 kali MASKARA SHOWCASE, dan 1 kali MASKARA SHORTIES.

Kepada karyawan yang ingin mengambil bahagian dalam sebarang persembahan - sila emel kepada SINAGANAGA atau VOVIN secepat mungkin, agar kami dapat mengatur segala rancangan.

Teruslah menyokong usaha-usaha SINDIKET SOL-JAH.

"Mmm, ada SINDIKET SOL-JAH dalam hati setiap kita!"

Sekian, terima kasih.
JENDERAL

Thursday, 30 September 2010

Buku bergambar medan ekspresi

Cari gambar Naga tersembunyi?

"Azalan yang berpengalaman dalam dunia penerbitan juga memberitahu, pemikiran penulis dan ilustrator dalam dunia penghasilan buku bergambar kanak-kanak tidak harus dihadkan. Bagi memajukan semula industri itu, pihak penerbit perlu berani untuk menerbitkan karya-karya baru yang diilhamkan oleh kanak-kanak di Malaysia."- Baca lanjut di KOSMO Online, 30 Sept. 2010.

Tuesday, 21 September 2010

RARE SOL-JAH BOOKS FOR SALE

 Sol-jah sayangkan bumi. Kami mengalakkan Recycle, Reduce, Reuse. Maka, Sesiapa yang memiliki buku terbitan Sol-jah yang sudah sold out dan ingin menjualnya. Kami akan bantu promosikan secara percuma di blog ini.  Tidak perlu bayar komisen sesen pun.

Sila hantar e-mel tokrimauatgmaildotcom dengan tajuk BUKU SOL-JAH dan isinya:
  • Nama
  • No Telefon
  • Tajuk Buku
  • Harga Buku Yang Anda Pinta
  • Fizikal Buku
  • Foto anda dengan buku

Contoh:
Nama: Tok Rimau
No Telefon: 012-7367772
Tajuk Buku: Ayah Kita Bos
Fizikal buku: Baik. Ada tandatangan penulis. Ada tulisan nama pembeli asal. 2 helai muka surat di highlighter. Boleh dibaca.
Harga: Rm300

Oh! Yang di atas tu contoh je. Tok tak jual buku tu. Sayang. Sesiapa yang perlukan duit untuk kahwin, sambung belajar, beli rumah, beli susu anak dan lain-lain- Segera jual buku Sol-jah anda. T-shirt Sol-jah pun boleh jual sebagai vintage bundle. Market tengah subur ni.
 

p.s.
Jeneral kami, Sinaganaga juga vintage. Sekarang offer Rm5K serba berdiri. Sila hubungi tuan punya badan. Sementara stok masih ada.

AKAN TERBIT

Friday, 3 September 2010

Kemudian... gua masuk Sindiket Soljah.

...
Faking cunt! Soljah setiap dua bulan sekali buat MASKARA dan setahun sekali MASKARA Shorties dan Showcase. Siapa yang kasi duit? Siapa? Yusuf Haslam? M Nasir yang main lagu rakyat tu? Menteri Kesenian?

Duit untung tadilah kita orang pakai. Sindiket Soljah guna untuk beli PA System. Guna untuk beli kerusi, beli alat bertukang, pemain DVD, kanvas layar dan sebagainya untuk perjalanan acara. Dan yang paling penting, guna untuk beli mikrofon mahal supaya Ana Raffali boleh menyanyi dengan suara sedap dan lu orang boleh datang tengok free tak payah bayar!
...
baca selanjutnya apa yang PIPIYAPONG tulis.

Tuesday, 24 August 2010

Ulasan C3RK45

Yang, abang beli buku tu untuk Yang baca! Bukan untuk Yang tengok-tengok gambar [gambar Sindiket Sol-Jah di kaver belakang]. Lagipun semua gambar kat belakang tu dah di photoshop-kan!  oleh BUKAN SEPET

Akhirnya semua buku3 yg dipesan dri on9 smpi ke tapak tangan aku oleh SEMUT SEWEL

Jika para pembaca ada membuat review tentang buku ini - tinggalkan link-nya di ruangan komen ini ya!

Tuesday, 10 August 2010

C3RK45 terjual lebih 200 naskhah dalam masa 5 jam di Maskara Shorties



Oleh kerana itu, DAPATKAN NASKHAH ANDA PADA HARI INI JUGA, sebelum 'sayang semuanyaaaaa, sudah terlambaaaaaat'.

Tinggal sedikit lagi, pat pat pat, siapa cepat dia dapat. Caranya mudah sahaja, ANDA cuma perlu klik pada Borang Pesanan C3RK45 atau Buku Baharu di kolumn sebelah dan patuhi segala arahannya satu per satu.

Segala keuntungan pendapatan hasil daripada penjualan buku ini akan dijanakan kepada aktiviti-aktiviti yang kami rancang - segalanya untuk ANDA juga.

Tanpa KAMI, siapalah ANDA. Dan tanpa ANDA, kami mungkin sedang kesepian di sini. Yeehah!

Sebarang masalah - hubungi kami di sindiketsoljah@gmail.com

Saturday, 7 August 2010

MASKARA SHORTIES 2010 POSTER

Seperti biasa, siapa tidak datang dia kodi. Untuk perkembangan semasa projek Maskara Shorties sila ke laman web Maskara Shorties.

MASKARA SHORTIES
7.30 pm. 7 Ogos 2010
Rumah Pena
Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur
(sila klik PETA PLANET PENA, bersebelahan bendera Malaysia, di menu sebelah kanan! Atau search sahaja di maps.google.com)


Panduan Untuk Pengarah dan Media
1. Daftar nama anda dengan urusetia agar kami dapat mengenal anda. (supaya tak timbul lagi cakap-cakap bahawa kami tak layan anda macam tahun lepas, ha ha).

2. Kami telah mengambil segala langkah pencegahan dan pengujian untuk memastikan tiada masalah teknikal berkenaan keserasian alatan kami dan DVD yang kami terima. Jika masih juga berlaku masalah, kami mohon maaf terlebih awal.

Panduan Untuk Penonton
1. Jika ada orang cuba menjual tiket Maskara Shorties - sila jangan ambil peduli. Maskara Shorties adalah PERCUMA.

2. Kami mula marathon filem pendek 7.30 malam! Datang awal kerana ramai orang sesat jalan mencari Rumah PENA. Yang pernah pergi pun tersesat juga. Rujuk peta di blog kami agar anda tahu arah tujuan ke Rumah PENA/Maskara Shorties. Rujuk peta: http://bit.ly/baScKD

3. Parking kereta mengikut arahan penjaga parking bertauliah kami. Parking Utama: Laman Rumah Pena, Sepanjang Jalan Susur ke Rumah Pena, dan laman Gapena. Jika ruang penuh, anda terpaksa parking di tapak letak kereta kubur Cina di sebelah bangunan MAA. Hati-hati melintas lebuhraya tu.

4. Rumah Pena akan dibuka seawal jam 4 petang. Kalau datang awal, boleh bantu kami buat persiapan. Ruang solat disediakan di tingkat atas Rumah PENA. Tandas disediakan di tingkat atas rumah PENA dan di belakang rumah PENA.

5. Bawa duit kerana anda mungkin berminat untuk beli t-shirt terhad dan buku-buku Sol-jah yang terbaru, CERKAS dan SIAPA KEKAH BIDAN SEPIAH. (Sesuai untuk cenderahati keapada orang tersayang). Jajan juga ada dijual. Jika tiada duit, sila pinjam dengan jiran. Tiada paksaan.

6. Siapa datang awal boleh cop tempat duduk strategik di ruang Outdoor Cinema kami. Penonton digalakkan membawa alas tempat duduk seperti tikar memandangkan bilangan kerusi kami terhad.

7. Doa-doa la hari itu tidak hujan. Pun begitu baik sedia payung sebelum hujan. Kami sedang berusaha untuk kawtim dengan bomoh tahan hujan, serius.

8. Baca, sinopsis filem dan latar belakang pengarah di blog kami agar anda ada kelebihan pengetahuan berbanding orang di sebelah anda.

9. Tiada pemenang untuk filem-filem di Maskara Shorties kerana ia bukan satu pertandingan. Namun begitu, penonton digalakkan membuat senarai 10 filem terbaik di Maskara Shorties [tahun ke-3] di blog atau facebook masing-masing.

10. Jika anda membuat ulasan tentang Masakara Shorties, tinggalkan link ada di blog kami agar boleh kami promosikan entri anda. #Tag entri dan tweet anda sebagai #maskara. Labelkan sebagai Maskara atau Maskara Shorties.

11. Jika anda mengambil gambar di Maskara Shorties, tinggalkan link ada di blog kami agar boleh kami promosikan foto-foto anda.

12. Tong sampah disediakan. Jaga kebersihan Rumah Pena. Jika kita tidak jaga kebersihan, kami juga yang terpaksa menyapunya kelak.

13. Tiada larangan membawa makanan luar. Sila bawa bekalan makanan. Jika dikongsi bersama Sol-jah lagi la afdal.

14. Bantu kami timbulkan kesedaran, post poster Maskara Shorties (Ambil di blog kami) di blog, facebook, twitter dan lain-lain media.

BLOG KAMI
http://maskara-shorties.blogspot.com/
http://sol-jah.blogspot.com/


Pada hari bertuah itu juga, kami akan melancarkan buku Cerkas.

Dan pastinya, model-model kami akan mempamerkan busana terbaru koleksi T-shirt Sol-jah. Terimakasih Kulgai Model Agency.

Wednesday, 28 July 2010

PELANCARAN. C3RK45. Buku Baharu

Ada dua sahaja cara untuk kami terus menganjurkan Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-kawan Yang Kita Suka (MASKARA) pada masa akan datang: 1. YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim datang ke Maskara Shorties pada kali ini dan suruh kami ke pejabatnya untuk berbincang pasal pendanaan, atau 2. anda beli buku terbaharu terbitan kami, C3RK45. Cuma RM15 senaskhah (Sepatutnya RM20 senaskhah, tapi turunkan harganya kerana kami sayang anda).




PETIKAN DARI BUKU C3RK45
...setiap kali Liana [Lanielle] mengirimkan pesanan ringkas kepada kapel-nya yang berbunyi 'Sayang dah makan?', dia akan segera mengharapkan balasan pesanan ringkas yang panjang-panjang seperti 'Dah, sayang! Hari ni Remi makan nasi. Nasi lauk ikan. Ikan patin masak tempoyak. Tempoyak made ini Chemor. Chemor terletak di daerah Kinta, Perak.' Tetapi malang, kerana pada setiap kali dia hanya akan menerima balasan pesanan ringkas yang berbunyi 'Dh!'
~ Jeneral Sinaganaga.

Malam itu berbahang. Lili rasa rimas duduk di dalam rumah. Dia buka pintu dan duduk di kerusi laman. Kaki tanpa seliparnya memijak rumput yang menguning. Langit gelap dan bintang bersinar terang. Angin panas sekali-sekala meneyrgah badannya. "Bila alien nak datang culik aku ni?" Lili berbisik....
~ Leftenan Jeneral OP Zaharin

...Yan Yan datang dari keturunan yang baik-baik. Bapanya mantan pemenang kucing sihat Wilayah Persekutuan selama tiga tahun berturut-turut dan ibunya bekas model iklan Whiskas. Mana tahan kalau setiap hari [dia] dirogol oleh bapak-bapak kucing.
~ Major Jeneral Vovin.

"Ni nak cerita macam mana ni?" Pemuda bertopi Liverpool itu menunjuk pada kemek kereta Wira orennya yang dilengkapi dengan ekzos - bunyi - macam - ribut - pecut - macam - siput. Wan Boroi hendak tak hendak sahaja memandang sambill menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Lampu kanan hadapan keretanya juga pecah.
~ Brigadier Jeneral Jigo

Hanif tumpahkan sedikit Kopi Ajaib ke atas gambar Diana Danielle. Tidak semena-mena Diana Danielle keluar dari kulit majalah, dan sekarang berada di dalam bilik Hanif, terpingga-pingga, Tapi gambar lipas tadi muncul balik di kulit buku Gangguan Teksual. Hanif periksa di dalam beg, lipas yang disimpannya tadi dah hilang.
~ Kolonel Mat Jan

Opsss... Baby dah bangun. GTG. Nanti dia perasan pula saya tak ada. Bye sayang. Muahhhhh...
~ Leftenan Kolonel Spyz

Wabihi nastainu billahi. Patik Awang. Nama patik pendek sahaja. Patik tidak dibenarkan menggunakan nama ibu bapa patik. Itu hukuman dari Baginda Sultan. Berdirinya patik di sini bukanlah sebagai panglima perang. Wakil Sultan pun bukan. Sebaliknya, patik adalah seorang banduan yang sudah lapan tahun dipenjarakan.
~ Major [Cook] Tok Rimau

Ismail yang lengkap beruniform sekolah baju masuk dalam, bangun dari kerusi lantas berjalan masuk ke bilik. Tak lama kemudian dia keluar semula dari bilik dengan hanya bertuala. "Hah baru makin sikit, berak..." sound Makcik Rosmoh.
~ Kapten Pipiyapong

Petang yang agak suram. Burung-burung telah kembali ke sarang. Kambing telah pulang ke kandang. Ayam telah balik ke reban. Begitu juga semua haiwan yang memahami rutin harian mereka. Namun, tidak bagi Senin. Di waktu yang tidak berapa elok sebegitu, dia masih menyendiri di bawah pohon rendang. Pandangannya ke arah ukiran di batang pohon itu yang bertulis 'Senin Cinta Kamisah'. Dia sendiri yang mengukirnya demi cinta yang tulus suci, biar bertepuk sebelah tangan, tapi cinta tetap cinta.
~ Sarjan Probos Azzam Supardi

Jangan salahkan Pusi. Pusi mana pandai. Pusi tidak pernah pergi sekolah pun!
~ Rekrut Dean Sham

Penampilan khas:

"Sudoh-sudoh la berak tu, Ismael!" sound Makcik Rosmah.
~ Leftenan Muda Lau Siew Sein

Johan melukis spoiler, tinggi macam kereta lumba. Johan lukis rim sport pada tayarnya. Johan berkira-kira mahu memberikan warna merah pada keseluruhan keretanya. Kecuali tayarlah, bibir Johan terukir senyuman nipis, bahagia dan gelihati. "Tipu!" Ashraf tiba-tiba menjerit. Pensil di tangan Johan hampir tercampak kerana terkejut. "Cikgu, Johan tipu, dia mana ada kereta!"
~ Laskar Kanan (U) Mukhsen_X

...

Macam biasa (dan macam cilake), kami cetak sedikit sahaja. Makanya, dapatkan naskhah anda dengan segera! Kalau anda gagal untuk memilikinya pada ketika ini - tak usahlah anda emel kami pada masa akan datang dan bertanya, "Maaf enche! CERKAS ada lagi ke? Saya nak beli." - Kami tak TAK AKAN BALAS emel anda bukan sebab kami sombong tetapi sebab buku ni memang dah FINISH, HA HA HA!

Monday, 19 July 2010

DI LUAR LINGKUNGAN BERSAMA SAYED MUNAWAR

Dean Sham (Pembikin Filem Pendek) dan Vovin (Penulis Skrip) telah mewakili Sol-jah dalam rancangan bual bicara Di Luar Lingkungan bersama Sayed Munawar. 10-11pm. Isnin. 19 Julai 2010. di TV1.

Bersama mereka membincangkan topik Buat Duit Bikin Filem adalah Saudara Ajami (Blogger Film) dan Hassan Mutalib (Pakar Animasi). Op dan Naga juga ke depan kamera di hujung program tetapi masa itu lampu studio sudah gelap. Kita nampak macam ada dua orang minyak enter frame.

Mat Jan komen, "tayangan cuma 1 jam. Sekejap sangat. Sepatutnya dua jam." Baru puas hati rakyat jelata.

"Buat la filem sesuka hati."

"Pantulan kepala dua panelis merosakkan pengchayaan."

"Lain orang lain pendapatnya."

"Bila Maskara Shorties?"

"Cerita jalan ke neraka lebih cinematic."

"Di Malaysia selain 'story driven' atau 'character driven' kita ada filem yang menggunakan penceritaan 'celebrity driven' ."


Thursday, 8 July 2010

AKAN SEGERA TERBIT. [SESEGERA TERBITNYA MENTARI PAGI BULAN MEI DI TOKYO]

SINDIKET SOL-JAH feat. MUKHSEN_X mempersembahkan



Di Barat, mereka panggil ia flash fiction, microfiction, atau short short story. Di sini, kita panggil ia cerkas (cerita ringkas), atau certot (cerita kontot). Punyalah ringkas, sampai kau sempat baca satu cerita masa tivi sedang tayang iklan. Punyalah ringkas, sampai panjang satu cerita cuma jarak satu stesen LRT. Kerana hari ini, cerpen pun dah dianggap panjang dan lambat macam siput babi. Novel apatah lagi. Dalam dunia yang serba pantas ni, semua benda kita nak cepat. Kecuali inzal.

“Kadang-kala, lagi ringkas orang tulis, lagi lambat kita baca – sebab, sambil kita baca, sambil itulah kita berfikir. Berfikir menjadikan kita lambat. Sementelahan, di Malaysia sememangnya mempunyai banyak tukang fikir. Lalu, menjadikan kita semakin lambat."


~ Ah Boi, Cina jual telefon bimbit di Kompleks Pertama.


Kami percaya anda bukanlah seekor siput babi. Makanya, dapatkanlah CEPAT-CEPAT naskhah maha karya cinta ini apabila ia telah siap siaga untuk dipasarkan secara online kelak. Serius, macam selalu-selalu, kami cetak tak banyak! Iyalah, cetak sikit-sikit ni memanglah menjadi kemarahan orang banyak - nak buat macamana - dah kami ni pengiat seni pembikinan buku jenis miskin. :)

Gurindam Gadis Manis


Puisi Zaleha, Dewan Siswa, Mei 2010 dibacakan oleh Nur Azlin

Monday, 5 July 2010

PASCA MASKARA 22



Bila berada di persimpangan, seseorang terpaksa memilih satu antara dua- menonton Argentina lwn German, atau menonton Maskara di rumah PENA, seseorang itu mestilah bertanya kepada hatinya.

Terharu juga bila ada yang menjawab, saya pilih Maskara. Huh! Sayang kamu. Kamu memang kekasih setia.

Kepada yang terlepas Maskara 22, berikut ada sedikit laporan untuk kalian:
Zul Deanz's Photos
Haan Yusoff's Photos
Tom Faizul's Photos
Adinda Atie: "Semuanya di Maskara22."
Koishie Merah : "Arghh... sebenarnya aku lagi suka dan lagi selesa menonton sambil bersila dan berlaga lutut bagai biasa. Lebih intim, kata seorang teman."
Pelita Minyak Tanah's Photos 
Hazwan Faiz's Photos 
Jesse: "It was an intimate occasion. it was held in an old house and the place is surrounded by trees which makes the event private and special."
Para and Nisha's performance:Cinta Berdosa


(entri ini dikemaskini dari masa ke semasa.)

Saturday, 3 July 2010

Maskara 22





CETAKAN TERHAD | SELAGI STOK MASIH ADA | RM20

Tambahan acara:
PELANCARAN BUKU BLOG (BLOOK) SEMBANG KENCANG KARYA FDAUS AHMAD

Buku yang mengumpulkan coretan-coretan hidup seorang mamat kerja syarikat petroleum negara yang berulang-alik dari Tanjung Malim ke Menara Kembar Kuala Lumpur setiap hari demi 5 suap nasi.Turut dimuatkan kisah kisah lucu bersama anak beliau Fateem dan isteri, Cikgu Kuala Kubu. Cerita banyak tak guna tapi kalau blog yang baru "setahun jagung" dah boleh dapat "hit counter" sampai 250,000 lebih, takkan tu pun korang nak kata sembang kencang?

Sembang Kencang bakal dilancarkan oleh selebriti blogger Argentina yang namanya terpaksa dirahsiakan demi menjaga kemashalatan ummah...cait!

Saturday, 26 June 2010

BERCAKAP DENGAN FILMUDA

 
1. Kepada yang belum kenal, apakah itu Filmuda?
Filmuda adalah akronim kepada Kumpulan Pembikin Filem Muda.

2. Apakah yang membuat timbulnya keperluan mewujudkan kumpulan Filmuda ini?
Melihat perlunya ada pelapis pembikin filem dari golongan anak muda yang tidak punya peluang utk belajar atau bikin filem secara bebas dan gerila agar bila sampai masa mereka bersedia menjadi pembikin filem yang keras jiwanya.

3. Kenapa "muda"?
Kerana nak mendidik yang tua sudah panjang akalnya.

4. Bagaimanakah organisasi Filmuda diuruskan? (Kuku besi? demokrasi?)
Pengurusan dilakukan dengan sukarela, pendapat dari semua diterima dan kalau semua bersetuju, projek akan djalankan, tapi selalunya memang terus buat tanpa pengurusan tetap.

Kami bukan kukubesi haluan kiri dan juga bukan penyokong demokrasi.

Kami lebih bersikap gerila yang bergerak kecil didalam bayang dan tiada kepentingan.

5. Untuk 2010, apakah projek2 yang telah dan bakal dijayakan oleh Filmuda?
Dalam bulan Julai 2010 ini tampuk pemerintahan kumpulan ini akan beralih tangan dan di harap ideologi dan pemahaman pergerakan di kekalkan oleh anak anak muda ini dan beberapa projek dalam tahun ini telah dibuat dan dalam masa terdekat sebuah bengkel produksi akan dijalankan dan telah dijalankan dengan jaya dan di harap lebih ramai anak muda mengambil kesempatan utk bersama kumpulan ini merealisasikan impian mereka membikin filem pendek, kami memang selalu tak sebulu tapi kami tak pilih bulu.

6. Jika Filmuda terpijak duit Rm10K, apakah projek yang akan diberi keutamaan?

Kami akan dapatkan peralatan peralatan yang mampu membantu kami membikin filem dan gambar yang lebih baik seperti Jib, Crane, Dolly mudah alih dan penambahan lampu dan beberapa peralatan kecil lain seperti gel filter dan difusser dan peralatan ini semuanya boleh didapati dengan 10k dan jika semua ini ada, sebuah filem cereka dijital mampu dibikin.


7. Apakah yang bakal dihidangkan untuk khalayak Maskara kelak?

Kami akan cuba tidak menghidangkan makanan yang berkalori tinggi dan minuman yang memabukkan. Kami hanya mahu menghidangkan sesuatu untuk akal dan mampu memberi sedikit perubahan dan peringatan kepada semua kerana kami berpegang kepada kata hikmat ini iaitu "Cerita untuk Visual Kecil Yang Besar" dan semoga perjuangan ini diteruskan dengan baiknya, insyaallah.

Thursday, 24 June 2010

BERCAKAP DENGAN PARA JAMALUDIN DAN NISHA ISMAIL

Gambar dari Facebook: Para Jamaludin dan Nisha Ismail sedang jual mahal dengan penulis
Penulis berada di Johor Bahru, manakala Para Jamaludin dan Nisha Ismail berada di Kuala Lumpur. Jarak tidak menghalang saya untuk menemubual dua wanita yang bakal menyerikan Maskara Julai nanti.

Saya telah potong sebiji limau nipis dengan keris lok tujuh, titikkan air limau ke dalam mangkuk berisi air tujuh sungai. Kemudian, saya seru semangat Para dan Nisha untuk masuk ke dalam pembantu saya, Wak Pesbuk dan Pak Waiyem. Serta merta, kedua-duanya bertukar bersuara lunak. Duduk pun bersimpuh elok bagai gadis Melayu yang sopan. Saya pun mula bertanya:

SJ. Untuk orang yang tidak mengenali, siapakan Nisha dan Para?
PJ: Para Jamaludin, perempuan, pelajar, penulis blog, puisi.
NI: Nisha Ismail, pelajar, menulis puisi dan cerita pendek, mendengar lagu-lagu Normadiah.

Mereka jawab terus kepada isi penting. Tiada basa-basi.

SJ. Apakah perbezaan dan persamaan ketara Nisha dan Para?
PJ: Bezanya diameter badan.(haha) Samanya muka kot. Entah, tudung? ke mcmna? entah2. rasanya soalan ni org ramai yang kena jawab kot
NI: tentang beza, suara Para sedap. suara Nisha, pehhh! bernanah telinga. tentang persamaan, ramai tegur muka kami sama. kadang-kadang kalau tengok gambar sendiri pun keliru, kusangkakan Para, rupanya muka sendiri.

Walaupun kedua-duanya mahir linguistik, mereka gemar buat kesilapan bahasa dan ejaan. Ye lah, orang yang tahu selok belok undang-undang la yang boleh manipulasi undang-undang. Untuk mengekalkan ketulenan, saya tidak menyunting temubual ini.

SJ. Apakah isu-isu pokok yang sering timbul dalam karya kalian?
PJ: tak pernah ambil pokok sebagai isu tetapi cinta. =) perempuan juga ada. pudu mall belum lagi. insyaallah.
NI: cinta, lelaki, perempuan. tentang tumbuh-tumbuhan belum sampai lagi.

PJ dan NI memandang satu sama lain. Tersengeh.


SJ. Jika kalian boleh memilih, apakah kerjaya yang kalian mahu lakukan?
PJ: saya nak jadi fotografer tp x reti. dan kitorg dlu ade plan nak bukak biz sekali. ini angan2 masa cikgu lambat masuk kelas waktu tingkatan lima. =)
NI: Nisha nak jadi pelakon teater. hah hah. kalau ada rezeki, insyaAllah nanti Nisha dan Para jemput Soljah waktu hari perasmian butik pengantin yang kami rancang nak buka. rancang masa tingkatan 4 ke 5 entah. :)

PJ menepuk bahu NI. NI pun membalas. Mereka ketawa serentak. Seekor lipas terbang dan hinggap di dinding.


SJ. Apakah projek-projek seni yang telah melibatkan Nisha dan Para?
PJ & NI: zine 3 kuntum, zine sampah karat III, maskara(soon, 3 july). yang lain2 takat pegi tengok2 je

Mereka bercakap serentak. Sepertinya masing-masing boleh membaca fikiran yang satu lagi.

SJ. Apakah perancangan projek-projek seni mendatang sekitar 2010?
PJ: zine 3 kuntum II, dan more puisi untuk zine baru. setakat ni la.
NI: sedang kumpul material untuk zine 3 Kuntum II, terus menulis di blog puisi dan cerita pendek.

Tiba-tiba kucing belaan saya, Tompok, masuk ikut tingkap. Dia melihat lipas yang merayap di dinding. PJ dan NI melihat Tompok. Mereka tersenyum, PJ meletak siku kiri di bahu NI menunjukkan dia lebih tinggi, dan NI pula memegang tangan PJ. Mesra. Inilah dua kawan sejati. BFF!

SJ. Sebagai satu pasukan, pernahkah kalian bertelagah?

PJ: ada, tapi kami berbincang. bukan bertelagah. tak ingat apa tapi setakat 10 tahun ni ok saja =)
NI: bertelagah itu biasalah. masing-masing ada idea sendiri. 10 tahun kenal, sekarang benda yang tak puas hati pun dah boleh jadi bahan gelak. :)

Gedegang. Mangkuk air telungkup. Tompok mengejar lipas dan terlanggar mangkuk itu. Serta merta PJ dan NI hilang. Yang tinggal adalah Wak Pesbuk dan Pak Waiyem. Mereka lekas-lekas meleraikan tangan masing-masing dan segera berlagak macho.

Tidak mengapa, kita dapat butir-butir penting. Selebihnya, boleh jumpa mereka di Maskara nanti. 3 Julai 2010.

Temubual Eksklusif Pengulas Sukan Abu Baker Atang dengan 'Jenderal' Sinaganaga

ABA:
Jika Sindiket Sol-Jah adalah sebuah pasukan bolasepak, bagaimana anda sebagai kapten dan attacking midfielder melihat peranan dan corak permainan rakan-rakan sepasukan anda?

NAG:
Vovin (Striker) – Penyerang lincah yang semakin meningkat mutu permainannya. Ada ketika, permainannya agak ‘tepu dan ketat’ juga, tetapi akhir-akhir ini larian-larian deras dan gelecek-gelecek belutnya sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan; seterusnya berjaya meledakkan gol demi gol dalam setiap perlawanan. Sepatah katanya, “Buat apa main bola kalau tak boleh jaringkan gol!” Penyerang muda berhati waja [tetapi di dalamnya ada taman] ini kini dalam intaian pengarah filem terkenal, Othman Hafsham. Tak lama lagi pakai Merc lah tu.

Pipiyapong (Striker Berkembar) – Selepas pasukan ini menukar formasi kebiasaannya dari 4-5-1 kepada 4-4-2, pemain yang mempunyai nama samaran ‘Pipiyapi’ ini telah dipanggil untuk menyertai kesebelasan utamanya. Bergandingan dengan Vovin di barisan hadapan, pemain ini mempunyai skill individu yang sangat menghiburkan. Bagaimanapun, cubaan-cubaan berani matinya meliar ke gawang gol lawan tanpa membuahkan sebarang hasil. Bagaikan David Beckham dalam pasukan ini – sepak penalti pun boleh tak masuk! Baru-baru ini dia ada membuat kenyataan akhbar memohon maaf kepada bos pasukan Matahari, Amir Muhammad. Tak tahu apa kes!

Op Zaharin (Defensive Midfielder) - Sweeper yang biasa-biasa sahaja permainannya. Tetapi, berkat kesabaran dan sikap tidak jemu untuk belajar – permainan ala-ala syariah compliant-nya kini semakin menyerlah. Pun begitu, hantaran-hantaran silangnya memang mudah diduga oleh pasukan lawan. Bermotokan, “Hujung minggu aku kena pergi outstation!” Op Zaharin adalah di antara nadi kepada pasukan ini. Nama gelarannya di padang – ‘Tauke’.

Tok Rimau (R - Winger) – Bolasepak bukanlah permainannya kerana dia lebih gemar bermain bolakeranjang dan keranjang-keranjang lain. Baginya, bolasepak adalah sukan untuk anak-anak kecil. Sepatah katanya, “Budak tadika pun boleh hitung kalau setakat nak disuruh hitung satu sampai sepuluh!” Baginya, bolasepak adalah fake kalau peminat-peminat pakai jersi beli kat depan Odeon bila tiba musim bolasepak, tak kiralah sama ada musim World Cup atau pun musim EPL.

Jigo (L - Winger) – ‘Kuda Tua’ yang mempunyai corak permainan lintang pukang paling jahanam sekali di dunia. “Ikut mood!” sepatah katanya, “Ada hari naik! Ada hari turun! Selalunya turun!” Satu-satunya pemain pasukan ini yang lahir dari akademi bolasepak dan memperoleh ijazah dalam sastera Inggeris kuno. Corak permainannya adalah sesuatu yang begitu kontra sekali dengan corak permainan Tok Rimau. Itu sebab seorang ‘left’ dan seorang lagi ‘right’. Dalam pasukan ini mereka berdua adalah seteru tahap dewa.

Mat Jan (Fullback) – Sebagai double marked, pantang mendapat bola – pemain ini akan naik ke atas dan… iya, jaringan gol adalah sesuatu yang pasti dan sesuatu yang bagaikan telah dijanji-janji – mesti gol punyalah! Walaupun mempunyai susuk tubuh yang panjang dan berbulu seperti Serbegeth Singh – sesuatu yang dilihat seperti akan memberi masalah kepadanya untuk bergerak sehingga sering digelar sebagai slow walker, slow worker, slowmo, anak manja, cikgu labah-labah – jaringan-jaringan cantiknya belum pernah sekalipun menghampakan pasukan dan penyokong. Sepatah katanya, “Aku tatau pun selama ini aku berbakat – kalau tahu, masa sekolah dulu aku dah main hoki, entah-entah dah wakil negara dah la ni!”

Azzam Supardi (Centre Back) – Pemain yang mempunyai nama gelaran ‘Bulldozer’ ini adalah benteng terakhir pasukan. Pemain ini adalah pemain yang paling banyak mempunyai besi di dalam badan [akibat kemalangan motosikal] dalam pasukan ini. “Sudah terang lagikan bersuluh” adalah moto kegemaran pemain yang gemar mengumpul pelbagai jenis lampu suluh dan benda-benda yang mengeluarkan cahaya ini. Kalau main bolasepak pada waktu malam – dia memang champion!

Dean Sham (Fullback) – Pemain paling kurang berpengalaman dalam pasukan ini. Mempunyai susuk tubuh yang hampir steady – pemain ini gemar membuat umpanan-umpanan jauh ke kawasan lawan. Dan, kita tak pasti sama ada umpanan-impanannya itu boleh mengena ataupun tidak. Sama-samalah kita nantikan keupayaannya di masa-masa akan datang.

Spyz (Goalkeeper) – Sebenarnya dia cuma hendak menjadi penjaga gol sahaja. Tetapi, adakalanya dia diberi tugas untuk menjaringkan gol juga. Dan, pada setiap kali itu jugalah dia gagal untuk menggalas tanggungjawab itu. Manjanggggg handball! Nama samarannya – ‘The Accountant’.

ABA:
Selain mereka, siapakah lagi yang anda perlukan untuk memperkuatkan pasukan anda?

NAG:
Seorang ‘box-to-box’ midfielder macam JJ Okocha. Kita tak tahu siapa. Kita cuma mampu berdoa agar dipertemukan dengan pemain ini pada masa-sama akan datang nanti.

ABA:
Terima kasih.

NAG:
Sama-sama.

[ Sumber asal ]

Tuesday, 8 June 2010

Thursday, 3 June 2010

MASKARA SHORTIES REPEAT 12 JUN 2010 Kompleks Gurney, KL

DIBATALKAN!
kerana menurut Enche Luka De Ketiak memberitahu kami, "Tak boleh buat, sebab... Technician kahwin!"

Tatau, sama ada semua kawan-kawan kena menghadiri majlis perkahwinan juruteknik berkenaan atau juruteknik berkenaan ada 'job' orang kahwin. Tatau, tak 'clear' sangat. :)

Tuesday, 18 May 2010

MASKARA SHORTIES AUG 7, 2010


Maskara Shorties is an outdoor film festival screening short films made by seasoned and fresh filmmakers. It is not a competition as we want to encourage limitless creativity among filmmakers. Be offbeat, be bold, be what you wanna be.

Maskara Shorties 2009
Maskara Shorties 2008

Coming soon:
MASKARA SHORTIES AUG 7, 2010. Rumah Pena, Kuala Lumpur


Submission Requirements:
1. Films must have been submitted before July. 14, 2010
2. All non-Malay/English films must have Malay/English sub-titles.
3. Films must be submitted on DVDs. Submit TWO DVDs per story.
4. DVDs should be labeled with the title, running-time and contact email and phone number.
5. You MUST email us stills or press kits. a) Filmmaker Biodata + photo b) Film Title c) Poster e) Set Photos f) Et Cetera
6. Sol-jah reserves the rights to use the DVDs and press materials from the film for promotional purposes.
7. Sol-jah is permitted to retain DVD copies of each film selected as part of our festival library and for media educational use.
8. You are encouraged to upload a trailer or clip of your film on youtube.
9. You may submit more than one film, but each one must be on a separate DVD set.
10. If you would like to make sure that we received your submission, please enclose a self-address, stamped postcard which we will send back to you as your confirmation.
11. No fee for submission.
12. There won't be any winners and losers as Maskara Shorties is not a competition.
13. The running time of your film MUST be 10 minutes or less.

Deadlines:
Films must be postmark by the following deadline:
• Deadline – July 14, 2010
• Maskara Shorties – August 7, 2010. 8pm. Rumah Pena, Kuala Lumpur.


Selection:
1. Film selection for the Festival will be made by the Festival Committee.
2. We dictate no specific themes. Be creative.
3. We cannot be held liable for DVDs which may be lost or damaged.

Send Materials To:
Dean Sham
44-1 Jalan 8/23E Taman Danau Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Setapak Kuala Lumpur

tel: 4143 6180
017-3043907

e-mail: deansham@gmail(dot)com

Monday, 10 May 2010

Pasca MASKARA 21


[Foto oleh PACHIE]

Demam Maskara Showcase berterusan oleh SINAGANAGA

"Mereka tidak biasa tengok orang buat show pakai gitar jer, saya kata itu biasa ada yang buat show pakai air liur jer..." oleh AIRMAS

KKYKS,
Sesiapa yang mengulas tentang Maskara Showcase ini - sila tinggalkan link di ruangan komen ya!

Monday, 19 April 2010

Maskara 21 - [ 8 Mei 2010 ]



FADZLY RAHMAN
Fadzly Razman's Pop Project (formerly known as Elaina) is established in 2006 bringing pop rock and power pop music with both English and Malay language as the medium. At the beginning of establishments, Elaina are ; Fadzly Razman, Azim Razully, Putri Latifah Besheeba and Meor Fairuz Hazlee. Putri and Meor then had to step down due to commitment issue. After that HAsiff Razully come in for Bass and Reuben Peter step in as the Drummer. Now Elaina is called "Fadzly Razman's Pop Project". Bringing soft music from Pop, Pop Rock, Ballads and all soft music that is easy listening. (www.myspace.com/elainaband)

Fadzly Razman and The Rockstar Session (formerly known as Rockstar) is establish in 2008 in a competition called Hotfm Twisties Bingit. In the beginning, Rockstar is Fadzly Razman, Zai Hamzah, Azryx Sani, and Fadzly Rahim. After the end of Twsities Bingit, Zai Hamzah left the group and Samad took over as the guitarist. Rockstar only been with Samad for about 1 year, then Samad had to go due to some band crisis. After that Fadzly decided to stop with Rockstar and re-establish "Fadzly Razman and The Rockstar Session". Now the band uses sessionist for the instruments. Current sessionist is now ; Nan Antz (Guitar) Azryx Sani (Bass) Peth Kroni (Bass/Guitar) Aliff Sani (Drums) Adzeem "Jenk" Modread (Drums) and Fikry Arabella (pErcussion). Bringing the sound of Modern Rock such as Daughtry, 3 Doors Down, David Cook, POD, Puddle Of Mudd, Limp Bizkit, Linkin Park and Slipknot, Fadzly Razman and The Rockstar Session hope to comercialize some heavy music to the Malaysian mainstream ground. (www.myspace.com/rockstarmalaysia)

ASMIDAR
Gadis berusia awal 20-an dan bekas graduan diploma muzik di UiTM ini sedang menyudahkan ijazah muziknya di ASWARA. Empunya nama Asmidar Ahmad yang mengambil classical vocal sebagai major study-nya ini juga berupaya untuk menyanyikan lagu-lagu berirama Melayu asli dan tradisional dengan amat baik.

Gemersik suara soprano-nya yang diringi petikan gitar dan gesekan cello akan mengingatkan kita kepada kumpulan Madredeus dari Portugis yang terkenal di seluruh pelosok dunia itu.

AIRMAS
Lelaki dari Sungai Siput, Perak ini amat menggemari lagu-lagu berirama rock. Airmas, atau Airmas SZ, atau empunya nama sebenar Samsul Zakaria ini pada mulanya mencipta dan menyanyikan lagu-lagu dari puisi-puisinya sendiri. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lima buah album DIY - dari yang pertama 'Sentimen' sehinggalah kepada yang terkini 'Sebelah Hitam'.

'Sebelah Hitam' adalah lagu-lagu puisi yang diciptanya dari sajak-sajak seorang teman karyawan, Abdullah Jones.

Selain lagu-lagu puisi dan lagu-lagu berirama rock, Airmas juga menggemari lagu-lagu dangdut, "Saya tak boleh lena semalaman kalau tak dengar lagu-lagu dangdut sebelum tidur!". Apabila ditanya tentang penyanyi dangdut kegemarannya, tanpa ragu-ragu dia menjawab, "Rhoma Irama dan Inul Daratista! I likeeeee!"

TRI
Suami kepada Fynn Jamal ini apabila ditanya tentang muziknya, dia berkata, "Aku menghambakan diri dengan melodi berbentuk perasaan." Lelaki yang tidak mahu menumpang populariti isterinya yang tersayang ini menambah lagi, "Orang nampak aku sombong, tak ada perasaan... yang sebenarnya aku pemalu!"

Apabila kita membaca status pasangan suami isteri ini di FaceBook, hati kita akan berkata, 'Bagaikan sebuah percintaan selepas berkahwin - seperti percintaan tok nenek kita dulu-dulu!' Cuma yang membezakannya, percintaan kedua-dua mereka penuh dengan titipan nota-nota cinta, 'Sayang, you sambunglah tidur, ek! I nak pergi kerja!', misalnya. :)

Agaknya inilah yang dimaksudkan oleh Tri dengan '...melodi berbentuk perasaan.' itu.

Oh ya, warna putih adalah warna kesukaannya, "Putih itu asmaraaaaaa...."

RS MURTHI
Journalist/singer-songwriter RS Murthi, an avid home recordist since the early '80s, boasts a wealth of knowledge as an independent producer with a keen ear for sonic and stylistic subtleties. Among his notable achievements is the album 'Itu Padang... Aku Di Situ' by indie folk singer-songwriter Meor Yusof Azzidin, which he not only recorded, engineered and produced but also contributed to as an arranger and multi-instrumentalist. In the late '80s and early '90s, RS was the leader of the blues-rock power trio Kamasutra who played both original tunes and classic rock covers in club/pub gigs in the Klang Valley. Since 2000, he has been playing original blues-rock with his band Archtop Soul whose work can be sampled at http://www.youtube.com/user/stratomoto . Besides freelancing as a producer, writer and print editor, RS is also as a Web consultant, video editor, remix specialist and an advisor on audio-specific matters.

MEOR
"Saya bukan seorang penyanyi yang bersuara bagus. Terus terang saya malu untuk mengaku yang saya ni penyanyi. Saya hanyalah komposer yang melagukan peristiwa yang berlaku kepada saya dan yang berlaku di sekeliling saya. Lagu saya adalah emosi, expresi dan harapan saya." itu kata Meor atau nama sebenarnya Meor Yusof Aziddin Meor Hassan.

Berasal dari Bruas, Perak, Meor mula serius mencipta lagu pada tahun 1984. Setelah itu Meor tidak menoleh ke belakang lagi. Sehingga kini Meor telah menghasilkan album Pesta Jiwa, Pesta Jiwa II, Itu Padang... Aku Di Situ, Aku Dan Bulan, Yang Terlintas Di Fikiran, Sakrat, dan Dari Rakyat Untuk Rakyat. Selain itu Meor juga berkolebrasi dengan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dalam sebuah album mini berjudul Koleksi Sajak Rindu Ibu. Dalam album mini ini Meor melagukan tiga sajak SN Pak Samad.

Apabila ditanya tentang genre muziknya, Meor menjawab, "Progresif folk dan pop! Temponya menggunakan sistem 6/8, 3/4 dan juga 4/4!" Dan apabila ditanya tentang hobi masa lapangnya, Meor menjawab, "Ha ha ha! ... Aaaa, jirus pokok bunga! ... Agaknyalah! Ha ha ha!"

BENJAMIN HASNI
Benjamin Hasni mula serius bermain music sejak 2002. Bermula sebagai pemain gitar band Service Provider for the Poor, beliau banyak meng'kontribusi' lagu-lagu rock dan aktif bermain di gig-gig indie scene pada masa itu. Hampir 3 tahun bersama band SPFTP, Benjamin Hasni mengorak langkah membuat projek band Silencer, yang memainkan lagu-lagu modern rock hasil ciptaannya sendiri sealiran dengan kematangan dalam mencipta lagu.

Kini, Benjamin Hasni aktif mencipta lagu- lagu yang lebih rileks dan santai; membuat persembahan secara solo akustik dan kadangkala diiringi pemuzik-pemuziknya - Rolex-gitar utama, Umar Zayeed-drum, Komal-gitar bass, dan Somut-gitar/gitar bass - yang merupakan rakan-rakan se'belajar'nya pada masa dulu.

Wednesday, 7 April 2010

BISIKS dibatalkan!

Program Bicara Sol-Dadu Sindiket Sol-Jah yang dijadualkan pada 10 April 2010 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri. Pihak penganjur memohon maaf atas kesulitan.

Harap maklum.

Monday, 5 April 2010

ULASAN MASKARA 20

 Sebuah persembahan synchronised swimming atas darat yang turut dipersembahkan.

Sebenarnya dah satu tahun empat bulan aku tak makan nasi lemak. Tapi di Maskara 20 tadi aku bantai makan. Lapar sebab tak sempat nak makan malam. :: DUGONG

Paling menarik ia dirasakan begitu intim sepertinya rakan-rakan yang membuat persembahan malam ini khas untuk aku. Hahaha.. istimewa dan dekat sekali. :: KOISHIE

Penulis sangat terhibur pada malam tersebut kerana dapat menyaksikan pelbagai acara, iaitu drama bersajak, tarian, nyayian berakustika dan bacaan puisi. :: ZULDEANZ

Sepatutnya gua baca tuk open mike, tapi terok betul, Naga bagi gua first pulak :: MUKHSEN-X


Foto-foto menarik juga terdapat dalam Photo Album Facebook (Nak tengok, kenalah jadi Friend mereka):
Nazri M. Annuar
Rizal Gunx
Haan Yusoff
Hani Salwah Yaakup
Norfarahzila Mohd Faudzan

Flickr Album
Basrinmd 

Fotoblog
Mohd Aizat ramli

Saturday, 3 April 2010

Maskara 20

Bila malam perfomer perempuan telah pupus (kerana mereka semakin sibuk 'membuat keputusan', he he.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah dalam kenyataannya kepada Bernama hari ini berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirin berkata Puteri percaya dan yakin pertambahan penjawat awam wanita menurut Cuepacs (hampir tiga perempat jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita) adalah disokong oleh kebolehan serta keupayaan wanita itu sendiri.

sumber: The Malaysian Insider.

"Kita tahu lelaki sifatnya aktif disebabkan oleh hormon dan fizikal. Apabila sistem pendidikan kita bersifat pasif hanya mengharap pelajar duduk dan dengar, menerima tanpa menyoal, keadaan ini sangat tidak sesuai dengan jiwa lelaki." Datuk Dr. Wan Halim Wan Othman, pakar sosiologi klinikal.

sumber: Kosmo.


Maskara pada kali ini kita mula 'sharp' jam 8:30 malam. Kita mulakan dengan 'performer' yang best-best dahulu. Anda akan menyesal tak sudah kalau datang lambat.

Makanya, datang awal! Tempat sembahyang disediakan. Tandas (yang terletak di sebelah belakang Rumah PENA pun telah dibaiki. Ayuh!

Dr Ahmad Razali
Dr Ahmad Razali dilihat oleh beberapa pengkritik sastera tanah air telah berjaya menampilkan keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri menerusi puisi-puisinya. Beliau ialah penyair pada tahun enam puluhan, iaitu tahun-tahun awal kemerdekaan dengan masalah sosio-politik tanah air. Seperti kebanyakan penyair lain yang terpaksa mengalami krisis tersebut, Ahmad Razali menyuarakan reaksinya dengan keberangan dan kehibaannya; suara daripada satu kehidupan yang amat membingungkan.

Syed Mohd Zakir
Syed Mohd Zakir atau S.M. Zakir merupakan Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Beliau menulis dalam bidang sastera, budaya, teater, dan isu semasa masyarakat. Sehingga kini telah menerima puluhan anugerah penulisan dalam pelbagai bidang khususnya sastera.

Syed Amran
Di samping menjadi busker, Syed Amran juga adalah seorang penulis lirik dan pencipta lagu.

Untuk MASKARA kali ini, Syed Amran akan memetik gitar bagi mengiringi nyanyian Syed Mohd Zakir.

Rahimidin
Rahimidn Zahari termasuk penyair muda Malaysia yang bertuah. Dalam usia awal 40an, beliau telah berjaya meraih beberapa hadiah dalam sayembara penulisan puisi dan cerpen, dan menerbitkan beberapa kumpulan puisi. Di kalangan pemuisi yang seangkatan dengannya Rahimidin adalah yang terbaik.

Rahimidin Zahari yang terdidik di Universiti Sains Malaysia kini bertugas di Istana Budaya dan menulis kolum "Selasar Pawana" dalam majalah PENTAS.

Zubin Mohamad
Bekas graduan Universiti Teknologi MARA dan Universiti Strathclyde di Glasgow ini telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara dalam bidang seni persembahan.

Selain bergiat sebagai penari dalam seni persembahan, kurator, penulis, dan pengarah persembahan teater dan media, Zubin Mohamad atau Dr Zul merupakan seorang pensyarah di ASWARA.

Ninjaseni
Tidak banyak yang kita tahu tentang Ninjaseni atau nama sebenarnya Muhammad Faiz Mohamed Saaid selain daripada beliau menyanyi sambil bermain gitar dan harmonika. Dengar ceritanya, beliau adalah seorang tutor di Universiti Malaya.

Dugong Senyum
Dugong Senyum adalah seorang lelaki biasa di Kuala Lumpur. Dia ada isteri, dia ada anak-anak, dia ada bos, dia ada rakan sekerja, dan dia ada juga bukan rakan sekerja untuk duduk-duduk minum teh tarik. Tulisannya adalah wakil suara lelaki-lelaki biasa yang mencari rezeki di ibukota.

Salah Lorong hasil tulisan Dugong Senyum adalah buku komedi yang serius.

Nazri M. Annuar
Lelaki kacukan Melayu dan Latin ini pernah sedozen kali gagal dalam percintaan. Ironinya, dia menulis pasal cinta yang ideal dalam Karipap-Karipap Cinta. Inilah yang dikatakan ‘pengalaman mendewasakan kita’ atau inilah fantasi lelaki yang pernah sedozen kali gagal dalam percintaan.

Cinta baginya adalah hidup mati hidup mati hidup mati dan seterusnya.

The Primary
Sebuah band mendiri yang dianggotai oleh arkitek, jurutera pembinaan, mat kerja kapal, pencuci tandas, dan kutu yang berlagukan irama post-punk dan pop-berkecai. Primary adalah - P: Pipiyapong, RI: Samsuri, MA: Mohd. Adiff, R: Rochang Nor, dan Y: Yusfa. Aaa, agaknyalah! He he.

Saturday, 27 March 2010

Ulasan MASKARA dalam DEWAN SASTERA April 2010

Dewan Sastera April 2010

"MASKARA, Bloggers dan Puisi"
Sindiket Sol-jah dan MASKARA ini sebahagian daripada senario baharu yang wujud dalam dunia sastera hari ini. Nama para penulis blog khususnya dalam kalangan Sindiket Sol-jah dan khalayak, mereka tentunya tidak pernah wujud sebagai seorang penyair tradisi yang dikenali sebagai sasterawan atau penyair. Kehadiran mereka tidak dapat dinafikan sebagai penulis yang berada dalam mis-en-scene dunia sastera tersebut.

.. kewujudan MASKARA tersebut sedang membentuk perubahan yang mampu memberikan kesan jangka panjang kepada perubahan kerangka utama dunia sastera pada masa akan datang.

oleh
S.M. Zakir

dapatkan Dewan Sastera April panas dari kilang 
di booth DBP, Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC

Saturday, 13 March 2010

BISIKS yang bising

Fadli: Buku tanpa ISBN ni ibarat jantan tanpa telur! Memalukan kaum buku!

Ajami: Contohnya buku Siapa Kekah Bidan Sepiah? ni. Walaupun cerita dia best, tapi sebab dia tak ada ISBN, aku pijak-pijak dia!

Gua tak setuju Fadli samakan 'buku tanpa ISBN' dengan 'jantan tak ada telur'. Analogi yang sungguh dangkal! Sepatutnya buku tanpa ISBN disamakan dengan karipap tak ada inti!

Sinaganaga: Ooo Ajami, kau pijak-pijak buku Siapa Kekah Bidan Sepiah ya... tak apa, tak apa... sekejap lagi aku pergi kedai buku, aku beli buku kau Buku Untuk Filem: Estet, aku pijak-pijak buku tu pulak!

Basri: Dah lapan kali saya pergi daftar ISBN, sekali pun saya tak dapat air kotak free. Jiran saya baru pergi daftar ISBN sekali, dah dapat air kotak dengan kuih ketayap. Tak puas hati betul!

Thursday, 11 March 2010

T Shirt Sindiket Sol-Jah (selagi stok masih ada)

RM25 sehelai [termasuk belanja pos]

Warna hitam
M (40 inci) - tinggal 5 helai
SOLD OUT

L (42 inci) - tinggal 2 helai
SOLD OUT

XL (44 inci) - tinggal 6 helai
SOLD OUT

Warna putih
XL (44 inci) - tinggal 4 helai
BERBAKI 2

Warna coklat muda
saiz kanak2 9-10 - tinggal 2 helai
BERBAKI 1

Emelkan pesanan anda kepada sindiketsoljah@gmail.com
Pada ruang 'perkara' - tulis: Spyz, gua nak beli t shirt!

*Saiz dalam inci diukur berdasarkan jarak dari bawah ketiak kanan ke ketiak kiri. :)

Thursday, 25 February 2010

Mereka Yang Terkekah...



Bidan Sepiah, bukan sebarang bidan, bukan bidan terjun tetapi bidan berilmu.

Berilmu beliau tetap jugak kecundang.

Dikekah bukan sebarangan kekah. Nak kata binatang pun bukan, nak kata manusia pun bukan. Yang pasti ianya makhluk ciptaan Allah swt. Mungkin ianya ada diantara kita.


Jaringan sosial dalam Kampung Fatimah Kacip sangat rumit.
Kamu kena kenal setiap penduduk untuk tahu lebih lanjut dari duduk terkumat-kamit.
Diam, baca, duduk atas tumit.


Ada harimau jadian bunuh manusia, ada manusia bunuh harimau jadian, ada harimau jadian bunuh harimau jadian, dan ada manusia bunuh manusia
- harimau jadian bunuh manusia dalam cerita Bidan & Wak K
- ada manusia bunuh harimau jadian dalam cerita Kadeer
- ada harimau jadian bunuh harimau jadian dalam cerita Renjer
- dan ada manusia bunuh manusia dalam cerita Leha


Menyesal aku baca dalam bas, ketawa kena kontrol. Kalau aku tau, baca kat rumah malam-malam sorang-sorang dalam bilik, mesti berdekah-dekah! Tak mengapalah, nanti aku ulang baca bila pulang ke Seri Kembangan. Kali ini baca dalam bilik, tak adalah sibuk nak kontrol gelak sengih-sengih gedik. Gelak-gelak jugak, manyak takut wo!


kemudian aku baca bab pertama. seram juga. [gelak takut takut] kemudian rasa mengantuk sebab baca waktu malam [serius bukan sebab takut]. ingat nak berhenti tapi ternampak, bila selak selak, 'teknik cakar harimau'. terus segar biji mata dan sambung baca.


Siapa kekah siapa?..Jali Lempoyang dalam marah-marah kat Bidan Sepiah ada lembutnya. Macam dapat rasakan akan ada Waris Anak Harimau. Beli sementara stok paras hidung.


Membaca Kekah membuatkan saya tegak bulu tengkuk.


Semua orang bercakap tentang KEKAH. Sana KEKAH, sini KEKAH. Tidakkah anda berasa tersisih? Tidakkah anda malu menjadi manusia yang tidak pernah membaca KEKAH? Apa kata rakan-rakan anda nanti? Anda mungkin dicemuh masyarakat, dibuang keluarga, dan dihina selama tujuh keturunan kerana itu.

Jadi, tunggu apa lagi? Selamatkan maruah anda sebelum terlambat! Cepat, bayar RM20 ke akaun Maybank 1140 1316 9352 (F a i z u l M d A s p a n) dan isi borang ini. Kami akan pos KEKAH kepada anda, dan anda akan hidup bahagia selama-lamanya... disanjung dan dipuja... penuh kemuliaan.

Monday, 22 February 2010

FORUM Siapa Kekah Bidan Sepiah?

"Abang! Sapa yang kekoh Bidan Sepiah sebenarnye?" tanya Irdawati.

"Wait! Semasa harimau jadian tu makan di kedai Kadir Kutee... no body seems to know him, right? And Aida dan Bibik pula kata, 'orang luar!'... so, siapa yang kekah Bidan Sepiah ni, sayang?" tanya Ani Beyonce, "Tapikan... kenapa Si PP tak habiskan cerita dia?" tanya Ani Beyonce lagi.

MISTERI INI SEMAKIN TAK TERUNGKAP! SEMAKIN TAK MELENGKAP!

Apa ni? Tap! Takkan kami terlupa nak beritahu anda siapa pembunuhnya kot? Atau, anda semua mempunyai pelbagai telahan yang lebih meyakinkan? Atau, apa yang anda tahu barangkali kami sendiri pun tak tahu?

Siapa kekah Bidan Sepiah? Jadi, kami buka FORUM ini untuk membincangkan telahan dan pandangan anda [tinggalkan telahan-telahan dan pandangan-pandangan anda di ruang 'komen'].

"Aok suruh aboh bace... kendian aok suruh aboh cerite ke aok ke, Irdawati?"

"He he he."

Sunday, 21 February 2010

"Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" Mula Dijual Sekarang!

Seperti yang kami ulang-ulangkan, buku ini tidak akan diulang cetak. Dapatkan segera!



Buku baru Sindiket Sol-jah ini sudah mula dijual secara online!
klik di sini untuk borang pesanan online
* isi borang ini hanya SELEPAS bayaran dibuat


"Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" merupakan satu lagi projek eksperimentasi Sindiket Sol-jah untuk menyuntik pop ke dalam seni penulisan. KEKAH ialah mengenai kehidupan penduduk di Kampung Fatimah Kacip yang diganggu serangan harimau jadian, diceritakan oleh sepuluh anggota Sindiket Sol-jah dalam bentuk cerpen dan dihimpunkan menjadi sebuah novel kisah seram. Bonus bersama-sama buku ini ialah cara bermain permainan "Harimau Jadian".


Antologi Cerpen "Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" dijual pada harga RM20 senaskhah. Pos percuma untuk sampul surat biasa. Sekiranya anda mahu kami gunakan Pos Ekspres, sila tambah RM4.50.
Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Nama: FAIZUL B. MD ASPAN
Akaun: 1140 1316 9352 (Maybank)
Telefon : hubungi kami melalui email @ blog soljah
Emel: sindiketsoljah@gmail.com

dan pada subjek tulis: MANYAK TAKOT WO!


Nota penting selepas bayaran dibuat:

1- Emelkan bukti pembayaran. Imbas (scan) atau ambil gambar bank-in slip, kemudian kepilkan (attach). Pastikan bukti bayaran jelas dan boleh dibaca. Proses ini penting untuk mengelakkan kekeliruan semasa kami mengesahkan pembayaran. Kami tidak akan memproses buku yang tidak disertakan bukti bayaran.

2- sila isi borang ini SELEPAS bayaran dibuat untuk penghantaran buku (klik sini).Penghantaran buku adalah dalam tempoh 7-9 hari.


p/s: kepada 153 orang yang telah membeli "Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" di MASKARA tempohari, jika anda tulis reviu antologi  tersebut di blog anda, sila kongsi bersama kami.