Thursday 25 February 2010

Mereka Yang Terkekah...



Bidan Sepiah, bukan sebarang bidan, bukan bidan terjun tetapi bidan berilmu.

Berilmu beliau tetap jugak kecundang.

Dikekah bukan sebarangan kekah. Nak kata binatang pun bukan, nak kata manusia pun bukan. Yang pasti ianya makhluk ciptaan Allah swt. Mungkin ianya ada diantara kita.


Jaringan sosial dalam Kampung Fatimah Kacip sangat rumit.
Kamu kena kenal setiap penduduk untuk tahu lebih lanjut dari duduk terkumat-kamit.
Diam, baca, duduk atas tumit.


Ada harimau jadian bunuh manusia, ada manusia bunuh harimau jadian, ada harimau jadian bunuh harimau jadian, dan ada manusia bunuh manusia
- harimau jadian bunuh manusia dalam cerita Bidan & Wak K
- ada manusia bunuh harimau jadian dalam cerita Kadeer
- ada harimau jadian bunuh harimau jadian dalam cerita Renjer
- dan ada manusia bunuh manusia dalam cerita Leha


Menyesal aku baca dalam bas, ketawa kena kontrol. Kalau aku tau, baca kat rumah malam-malam sorang-sorang dalam bilik, mesti berdekah-dekah! Tak mengapalah, nanti aku ulang baca bila pulang ke Seri Kembangan. Kali ini baca dalam bilik, tak adalah sibuk nak kontrol gelak sengih-sengih gedik. Gelak-gelak jugak, manyak takut wo!


kemudian aku baca bab pertama. seram juga. [gelak takut takut] kemudian rasa mengantuk sebab baca waktu malam [serius bukan sebab takut]. ingat nak berhenti tapi ternampak, bila selak selak, 'teknik cakar harimau'. terus segar biji mata dan sambung baca.


Siapa kekah siapa?..Jali Lempoyang dalam marah-marah kat Bidan Sepiah ada lembutnya. Macam dapat rasakan akan ada Waris Anak Harimau. Beli sementara stok paras hidung.


Membaca Kekah membuatkan saya tegak bulu tengkuk.


Semua orang bercakap tentang KEKAH. Sana KEKAH, sini KEKAH. Tidakkah anda berasa tersisih? Tidakkah anda malu menjadi manusia yang tidak pernah membaca KEKAH? Apa kata rakan-rakan anda nanti? Anda mungkin dicemuh masyarakat, dibuang keluarga, dan dihina selama tujuh keturunan kerana itu.

Jadi, tunggu apa lagi? Selamatkan maruah anda sebelum terlambat! Cepat, bayar RM20 ke akaun Maybank 1140 1316 9352 (F a i z u l M d A s p a n) dan isi borang ini. Kami akan pos KEKAH kepada anda, dan anda akan hidup bahagia selama-lamanya... disanjung dan dipuja... penuh kemuliaan.

Monday 22 February 2010

FORUM Siapa Kekah Bidan Sepiah?

"Abang! Sapa yang kekoh Bidan Sepiah sebenarnye?" tanya Irdawati.

"Wait! Semasa harimau jadian tu makan di kedai Kadir Kutee... no body seems to know him, right? And Aida dan Bibik pula kata, 'orang luar!'... so, siapa yang kekah Bidan Sepiah ni, sayang?" tanya Ani Beyonce, "Tapikan... kenapa Si PP tak habiskan cerita dia?" tanya Ani Beyonce lagi.

MISTERI INI SEMAKIN TAK TERUNGKAP! SEMAKIN TAK MELENGKAP!

Apa ni? Tap! Takkan kami terlupa nak beritahu anda siapa pembunuhnya kot? Atau, anda semua mempunyai pelbagai telahan yang lebih meyakinkan? Atau, apa yang anda tahu barangkali kami sendiri pun tak tahu?

Siapa kekah Bidan Sepiah? Jadi, kami buka FORUM ini untuk membincangkan telahan dan pandangan anda [tinggalkan telahan-telahan dan pandangan-pandangan anda di ruang 'komen'].

"Aok suruh aboh bace... kendian aok suruh aboh cerite ke aok ke, Irdawati?"

"He he he."

Sunday 21 February 2010

"Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" Mula Dijual Sekarang!

Seperti yang kami ulang-ulangkan, buku ini tidak akan diulang cetak. Dapatkan segera!



Buku baru Sindiket Sol-jah ini sudah mula dijual secara online!
klik di sini untuk borang pesanan online
* isi borang ini hanya SELEPAS bayaran dibuat


"Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" merupakan satu lagi projek eksperimentasi Sindiket Sol-jah untuk menyuntik pop ke dalam seni penulisan. KEKAH ialah mengenai kehidupan penduduk di Kampung Fatimah Kacip yang diganggu serangan harimau jadian, diceritakan oleh sepuluh anggota Sindiket Sol-jah dalam bentuk cerpen dan dihimpunkan menjadi sebuah novel kisah seram. Bonus bersama-sama buku ini ialah cara bermain permainan "Harimau Jadian".


Antologi Cerpen "Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" dijual pada harga RM20 senaskhah. Pos percuma untuk sampul surat biasa. Sekiranya anda mahu kami gunakan Pos Ekspres, sila tambah RM4.50.
Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Nama: FAIZUL B. MD ASPAN
Akaun: 1140 1316 9352 (Maybank)
Telefon : hubungi kami melalui email @ blog soljah
Emel: sindiketsoljah@gmail.com

dan pada subjek tulis: MANYAK TAKOT WO!


Nota penting selepas bayaran dibuat:

1- Emelkan bukti pembayaran. Imbas (scan) atau ambil gambar bank-in slip, kemudian kepilkan (attach). Pastikan bukti bayaran jelas dan boleh dibaca. Proses ini penting untuk mengelakkan kekeliruan semasa kami mengesahkan pembayaran. Kami tidak akan memproses buku yang tidak disertakan bukti bayaran.

2- sila isi borang ini SELEPAS bayaran dibuat untuk penghantaran buku (klik sini).Penghantaran buku adalah dalam tempoh 7-9 hari.


p/s: kepada 153 orang yang telah membeli "Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" di MASKARA tempohari, jika anda tulis reviu antologi  tersebut di blog anda, sila kongsi bersama kami.

Saturday 20 February 2010

Pesanan dari Mamat Khalid



Kepada sesiapa yang rasa dia berhak - berpeluang untuk menjalani ujibakat lakonan atau untuk menghadiri taklimat kerjaya dalam filem - sila hadir ke FINAS esok, dari jam 10 pagi sehingga jam tak tahu berapa (sampai malam rasa-rasanya). Best o!

- Ini pesanan dari Abang Mamat Khalid, via SMS ke gua.

Thursday 18 February 2010

NASI LEMAK KOPI O

Maskara 19 masuk TV9. Sesiapa yang nampak mukanya sendiri dalam video ini, sila angkat tangan.

Saturday 13 February 2010

LAPORAN MASKARA 19

Berikut adalah beberapa entri tentang Maskara 19 dari laman-laman web yang terdapat dalam Internet.


via Ana Raffali / Video dari myvi1081.

Foto-foto menarik
via Md Husni

"Bagai biasa juga, aku membawa pulang naskah yang dijual di luar rumah pena untuk di bawa pulang. Kali ini, aku mengambil Salun Eksotikata dan Siapa Kekah Bidan Sepiah untuk dibawa pulang."
via


Via Myvi1081

"Rasa sedikit menyesal tak tangkap gambar. Entah bila akan bertemu (sambil lagu syahdu dibelakang melatari pemergian saya). "
via BiruUngu

"Saya ada juga fikir-fikir, jika rumah saya di sebelah Rumah Pena; saya mahu berlari balik ke sana mengenakan yukata."
via Waterlily  


"Semasa di Maskara 19 di Rumah Pena Pada 6/2/10. Aku membaca 2 sajak di sesi open mic. Aku baca sajak ini dan ini."
via Hikayat Raja-raja Bertujuh

Nasi Lemak Kopi O: 13 Februari 10
Klik Bahagian 4!!


.....
Tidak larat untuk memaut semua laman web yang menyebut Maskara 19. Jika jumpa, sila tinggalkan link dalam ruangan komen.

Wednesday 10 February 2010

Pasca Maskara 19

Kamera: Sinaganaga. Jurugambar: Jigo.


The Peni5 bersama-sama pemain gitar undangan yang kami suka, Zan.

"Lagu apa yang diaorang main tu?" tanya aku yang duduk di luar rumah PENA, "Bunyi macam diaorang nyanyi lagu Tagalog 'ja!"

"Lagu Better Man!" jawab Daniyal Corleorne.

"Ha ha. Kenapa macam bunyi lagu Tagalog 'ja?" ...


Bermain tabla sambil menghisap rokok adalah sangat gampang. Ha ha.


Butter men. "When marimba rhythms start to play, dance wi' me, make me sway, like a lazy ocean hugs the shore, hold me close, sway me more!"


Ada siapa-siapa yang kehilangan anak?


OP, Basri dan Siapa Kekah Bidan Sepiah?


Lelaki-lelaki gasar yang kita suka.


Nama saya Rain!


Jay yang kita semua suka.


Ana Raffali pun sukakan kita.


Diam-diam ubi Wak Saring yang berisi.


Dr Ibrahim Ghafar yang sudi datang walaupun nun jauh di Kelang.


Azzam dan lightsaber jenis kontot.


Wartawan mStar, Lia.


Kedai runcit SOL-DAGAR.


Trio Pohon Cemara.

Jika anda ada mengambil gambar-gambar dan membuat ulasan tentang Maskara 19 - sila pautkan di ruangan komen blog Sindiket Sol-Jah ini.

Oh, hampir saya terlupa, terima kasih semua atas segala-galanya.

1Sol-Jah!

Saturday 6 February 2010

MASKARA 19 - FEB 6


 Klik poster untuk saiz bagak.

:: Barisan penghibur yang bakal menghias malam itu:
1. DEAN SHAM - Lelaki yang bercerita tentang lelaki lain, auw
2. JAYZUAN - Lelaki pop ini
3. Uu, seksi, P.I.S.E.K menggesek 'inferno' FADLI.
4. ISMAS SARING - mantan wartawan gaplek
5. GENG PERAK DARUL KARTUN
6. RAINWONDER - hadirnya bagai hujan, kadang lebat kadang gerimis
7. ANA RAFFALI - Pop akustika jujur perempuan Melayu

:: Juga disertakan pada malam itu, pelancaran buku SIAPA KEKAH BIDAN SEPIAH? yang ditulis oleh Sindiket Sol-jah. Buku ini mengisahkan misteri kematian-kematian ngeri di Kampung Fatimah Kacip. Ramai orang mati dalam buku ini, itu sahaja sudah cukup membuat buku ini angker. Kalau anda tak dapat pergi ke Maskara, pesan kawan untuk belikan. Nak tunggu online sale takut sudah habis diborong orang di Maskara nanti. Mesti beli!

:: Facebook Event untuk Maskara 19: http://bit.ly/7fOXWS

:: Usahawan produk-produk indie (buku, CD, t-shirt, pasu, lukisan, kraftangan dll.) digalakkan membentang tikar untuk berjual beli atau bertukar-tukar barangan. Sindiket Sol-jah memang prihatin dengan prestasi ekonomi negara.

Friday 5 February 2010

Maklumat PENTING!

Klik gambar atau peta untuk imej lebih besar!

Jejambat Jalan Dewan Bahasa telah dibuka kepada lalulintas. Dan, beberapa lorong/susur telah ditutup bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Di sebelah kiri gambar - ada penghadang konkrit kuning hitam kuning hitam. Di sebelah kanan gambar - ada penghadang plastik merah putih merah putih.


Jika kenderaan anda datang dari Penjara Pudu - himpit kiri, naik ke atas jejambat tersebut, himpit kanan - di hujung jejambat adalah Rumah PENA. Kami akan menempatkan pegawai lalulitas yang memegang baton bercahaya di situ. Dan, anda perlu membuat satu pusingan melalui sisir Rumah PENA dan Restoran Tupai-Tupai sebelum memasuki lorong sedia untuk ke Rumah PENA.


Jika kenderaan anda datang dari Jalan Cheras atau Jalan Lok Yew - jangan belok kiri di persimpangan lampu isyarat Dewan Bahasa dan Pustaka. Kerana jalan ini akan membawa anda ke tol Sg Besi. Percayalah! {Tetapi, kalau anda tersesat sampai ke tol Sg Besi - anda boleh call Wani Ardy - dia tahu macamana nak patah balik semula ke Rumah PENA, ha ha, ya, dia pernah tersesat sehingga ke situ!].


Makanya, jika kenderaan anda datang dari Jalan Cheras atau Jalan Lok Yew - sampai persimpangan lampu isyarat DBP - terus - selepas pam minyak Shell (berhadapan dengan Hotel Mirama) - belok kiri - belok kiri lagi - terus - naik bukit sikit (di hadapan anda adalah bangunan lama DBP) - belok kanan - terussss (di sebelah kiri anda bangunan DBP dan di sebelah kanan anda bangunan Puspanita) - di hujung jalan, belok kiri - dan cepat-cepat masuk ke lane paling kanan (kalu anda dah nampak Restoran Tupai-Tupai di sebelah kanan anda... hahah... dah dekatlah tu.

Laluan ini juga sesaui untuk kenderaan anda yang datang dari Jalan Kuching. Anda dinasihati untuk membuat pusingan U di lampu isyarat DBP. Seterusnya - ikuti langkah-langkah sama seperti di atas.


Kalau terlajak (kalau masuk dari simpang selepas pam minyak Shell)? Jangan bimbang - terus - sampai di stesen Monorel Maharajalela (berhampiran Dewan Perniagaan Cina) - signal kiri - masuk ke simpang jalan selepas stesen tersebut - belok kiri - asal jumpa saja simpang, belok kiri, asal jumpa sahaja simpang, belok kiri - sehingga anda jumpa bangunan Puspanita di sebalah kanan anda - sampai simpang tu, belok kanan - terus - di hujung jalan, belok kiri - dan cepat-cepat masuk ke lane paling kanan (kalu anda dah nampak Restoran Tupai-Tupai di sebelah kanan anda... hahah... dah dekatlah tu.


Dan yang akhir sekali, kalau dah datang mesti kena balik jugakan? Ha ha. Bagi kenderaan-kenderaan yang hendak ke Tol Sungai Besi - sila buat satu pusingan (tawaf) di sisir Rumah PENA dan Restoran Tupai-Tupai - himpit kiri (menuju ke Pusat Bandaraya) - hah, kat bawah Jejambat Jalan Dewan Bahasa tu ada susur untuk berpatah semula ke kanan, seterusnya ke tol Sg Besi.


Ya, kalau anda lulus ujian ini - kalau pergi ambil ujian memandu 'on the road' - pasti lulus (Betul-betuk ho liaw, ha ha ha!)