Friday 28 December 2007

K-Eight lagi

Seperti apa yang dikatakan oleh Bobby dalam wawancaranya dengan Sinaganaga tentang:

BIAWAK BERSALUT COKLAT oleh MatJan
Satu-satunya cerita dalam kumpulan cerpen K-Eight yang tidak berpentaskan flat K-8. Ha ha.

DIA BUANG PIANO? oleh MatJan
"Siapa tak kenal MatJan? Ha ha!" Kata Bobby. Pendek.

Antara babak yang Bobby gemari: ms26, Budak-budak tu suka sangat tengok Romlah parkir kereta sebab Romlah tak pandai masuk parkir. Maklumlah, Romlah baru dapat lesen. Masuk sikit, gostan. Pulas stereng, masuk balik. Masuk sikit, gostan. Pulas stereng, masuk balik. ..."Come on baby, you can do it!" "Malaysia Boleh!" "Usaha Tangga Kejayaan!" "Chaiyok! Chaiyok!"

"Ya. MatJan tetap MatJan!" Kata Bobby. Pendek.

Berapa bintang? Beli dan baca! Dan anda tentukan sendiri. :)

Thursday 27 December 2007

K-Eight


Apa kata Mat Jan

gua dapat k-eight tadi dari vovin.

ini carta cerpen favourite gua (cerpen gua tak masuk carta, takkan gua nak nilai karya sendiri):

1) Halimunan oleh Tok Rimau

paling gua suka. setiap mukasurat cerpen ini ada ayat yang mencuit hati. gua tak mau tulis ayat-ayat tu di sini, sebab tak nak spoil orang yang belum baca. lima bintang.

2) K-Nine oleh Sinaganaga

cerpen ini pun sama. setiap mukasurat ada ayat yang buat gua tersengih. lima bintang juga.

mungkin yang menjadikan dua cerpen di atas lain dari cerpen-cerpen lain dalam k-eight adalah kerana watak utamanya bukan manusia. satu hantu, satu anjing.

3) In-A-Gadda-Da-Vidda oleh Jigo

cerpen ini, masuk mukasurat ketujuh baru gua jumpa ayat yang mencuit hati gua. yang pasal 'putih dan warna' tu. gua sampai gelak berbunyi di mulut, bukan sekadar gelak dalam hati.

di mukasurat kelapan, gua sengih sebab ada nama sora aoi dan maria ozawa. jigo, lu pun layan ke?

(tapi gua lagi suka yua aida)

empat bintang untuk jigo.

4) Usman oleh Vovin

tidak ada ayat yang betul-betul mencuit hati gua. tapi flow cerita ni jelas, tak ada kekeliruan ketika membaca (berbanding cerpen samurai dan op, yang ada dua-tiga part yang aku keliru ketika baca).

lepas baca cerpen ni gua terfikir, dalam pada mak/ustaz/cikgu si usman dok cerita tentang baik/jahat dan syurga/neraka tu, depa gamaknya tak cerita pasal pahala/dosa start dikira selepas baligh.

kalau tidak, tentu usman tak teragak-agak nak mencuri dan tak sedekah. dia budak, mati masuk syurga.

(jadi, tak dapat jumpa tolstoy di neraka)

empat bintang.

5) Nyanyuk Uncle Nyamuk oleh Sinaganaga

kurang menyengat berbanding cerpen naga yang satu lagi (k-nine). ceritanya cuma tentang adventure uncle nyamuk mencari rumahnya. tapi ya lah, dah cerita orang nyanyuk, nak buat macam mana ya tak?

tidak ada ayat yang betul-betul mencuit hati gua. (yang peliknya, dialog-dialog uncle nyamuk yang mencuit hati gua, gua jumpa dalam cerpen samurai, bukan dalam cerpen naga, haha!)

tetapi kedudukannya dalam carta ini lebih tinggi berbanding cerpen samurai dan op kerana flow ceritanya jelas.

lagi satu, memang sesuai cerpen ni diletakkan di awal antologi, kerana ia memberi gambaran kasar tentang blok k-8 dan penghuni-penghuninya.

tiga bintang.

6) Bongek Kuasa Dua oleh Samurai

ada dua-tiga part yang gua tak clear. gua pun dah lupa part yang gua tak clear tu. nanti gua check balik.

tapi ada dua babak yang mencuit hati gua. satu, babak james bertembung uncle nyamuk. dialog uncle nyamuk "sekejap kata kucing hitam, sekejap kata kucing coklat" tu gua suka. dan "rumah pun tukar-tukar, gilalah ini flat!". haha!

dua, babak james terdengar judge-intan bergaduh. dialog "berbaik dengan jiran" dan hujah balas tu gua suka.

tiga bintang.

7) Nama Saya Is oleh Op

cerpen ini ceritanya tak jelas (pada bacaan gua la, mungkin orang lain baca faham dan lancar). ada dua-tiga part yang gua keliru, tak faham.

masa is dapat vision kate atas bumbung, gua keliru adakah is betul-betul pergi kejar dia ke bumbung atau dalam vision sahaja?

mula-mula gua ingat dia betul-betul kejar, lepas tu hujung-hujung dia jumpa kate sekali lagi menghulur salam perkenalan, gua rasa macam "eh, tadi tu vision saja kot?"

kemudian, bila gua rasa babak kejar kate ke bumbung tu vision, gua rasa "kalau macam tu, masa dia berselisih dengan kate pertama kali tu pun vision juga agaknya. pasal dia dah berkenalan dengan kate, kenapa kate nak kenalkan diri lagi bila jumpa kali kedua?"

jadi, gua tak clear, bila start dan bila akhirnya vision si is? gua keliru. mana satu vision, mana satu betul-betul.

lagi satu, adakah vision is silap? sebab semua cerpen orang lain kate jatuh dari tingkat 5, tapi dalam vision is, kate naik atas bumbung?

dua bintang.

Keseluruhan:

tapi antologi ini, lepas baca dari mula sampai habis, memang best. rasa macam nak tepuk tangan. ini pertama kali gua baca baca antologi cerpen yang cross-over ni. gua terfikir, kalau sindiket ada bajet, kita buat "k-eight the movie".

istimewanya movie ini, ia boleh ditonton sebagai sebuah filem panjang, atau sembilan filem pendek.

markah keseluruhan: 3.7 bintang.

Monday 24 December 2007

Saturday 22 December 2007

Mama, aku ingin kahwin

Bila K-Eight sudah bertukar tangan, aku tanya Vovin, "Selepas ni apa projek kita?"

Dan Vovin pun bercerita panjang lebar. Dia kata mahu beri peluang Amir Mukhriz lontarkan ideanya pula.

Aku tanya, "Boleh ke dia terlibat? Dia kan sibuk, sejak berkahwin ni mana ada banyak masa untuk semua ni..."

Vovin kata, "Dah kahwinlah ada banyak masa. Nak makan, ada orang masakkan. Nak baju, ada orang cucikan, gosokkan. Nak mandi, ada orang sabunkan."

Aku kata, "Tu semua cuma fantasi orang-orang yang belum berkahwin!"

"Tak apa," kata Vovin, "aku percaya pada cahaya di hujung terowong."

Aku jawab, "Cahaya di hujung terowong tu datang dari kepala kereta api!! Dia datang laju, sedar-sedar kau dah mati!!"

Vovin ketawa besar. Aku kehairanan, kerana aku tahu, aku tidak bergurau. Ha ha!

** ** ** **

Untuk projek seterusnya, setelah mendapat persetujuan ramai, Mat Jan dilantik menjadi ketua pengarang bagi menggantikan aku. Aku rasa dia lebih layak, pertama kerana bidang kerjanya berkaitan, kedua kerana dia masih bujang.

** ** ** **

Projek K-Eight adalah satu projek yang paling lama disiapkan. Projek yang sudah disepak mula sejak berbulan yang lepas, mengesot lesu. Perayaan silih berganti, Amir dan Samurai pun sudah selamat diijabkabulkan, tapi K-Eight masih tak nampak bayang.

Projek ini sebenarnya tidak punya banyak isu. Walaupun setiap satu ceritanya bersilang kait dengan cerita penulis-penulis yang lain, sebenarnya ia agak mudah diselesaikan.

Dan hal-hal yang melengahkan projek K-Eight adalah permasalahan di luar projek. Masalah-masalah luaran inilah yang sering mengendalakan pengurusan masa. Tugasan-tugasan rasmi, tentunya tidak boleh diketepikan. Dan hal-hal yang melibatkan keluarga juga tidak boleh dipandang lewa.

Suka aku ulang, fantasi orang-orang bujang tentang hidup berkelamin, hanyalah fantasi semata-mata.

Monday 17 December 2007

BAKAL TERBIT

Buat menemani malam anda yang gersang dan basah sekaligus...

Monday 3 December 2007

LAPORAN MASKARA 5



1. Foto-foto Lan Rasso.
2. Jimadie mempromosi foto-foto Khalid.
3. Salina merakamkan kemeriahan Maskara.
4. Laporan dari Pink Platun yang cun-cun belaka.
5. Cerita dari Nida sebelum dia merajuk kat gerai bucu.
6. Fadli menulis post-mortem Maskara 5.
7. Lutfi kata “Maskara yang feminin. Tapi, kita tak feminin malam tu, kan, Sinaganaga?”
8. SASTERA Gelodak jiwa wanita Oleh Shaidah Shafie, Berita Harian.
9. Baca naskhah Maskara bela nasib wanita. Utusan Malaysia.
10. Sinaganaga jawab Lutfi, “Kita bukan feminin. Kita groovy! Ha ha.”

....
Nota: Jika anda ada menulis tentang Maskara, laporkan kepada kami untuk kami hebahkan.