Tuesday 13 December 2011

Jadual MASKARA 2012

28 Januari - Maskara Showcase

25 Februari - Independen Film Surabaya [Indonesia]@MASKARA

31 Mac - Maskara

[27 April - 6 Mei - Pesta Buku Antarabangsa KL]

26 Mei - Geylang [Singapore] Shorties@MASKARA

[? Jun - KLAB?]

[21 Julai - Puasa & 19 Ogos - Raya]

29 September - Maskara

30 September - deadline hantar short filem untuk Maskara Shorties.

24 November - Maskara Shorties (Kurator: Tok Rimau & Vovin)

Monday 21 November 2011

BACA BUKU SOL-JAH DAPAT IPAD




Tahniah kepada ctnna (Sihin Azimi) kerana telah memenangi ipad sempena ulangtahun ke-5 blog dan penerbitan buku Kentang Tentang, anjuran blog Saharil Conteng & Sindiket Sol-jah.


Friday 23 September 2011

MASKARA SHORTIES [30]



1. Filem Pelik - Alif Firdaus
2. Dunia Eicak - Addeen Multimedia Animation Studio
3. Lambaian Marmara - Rizal Gunx
4. Lima Minit: Dain Said - Ajami (5 minit)
5. Kusyuk - M. Yusof
6. Pagar - Fikrikacak
7. Chances - Kumanan Rajendran
8. Iklan Majalah SOS (Suara Orang Seni)
9. Orang Longkang - Nazri M. Annuar
10. Bundle of Joy - Syed Syahrul & Tok Rimau
11. Ameen - Sanif Olek (Singapura)
12. Rock oo - Mamat Khalid
13. Nad Zainal - Aloy Paradoks
14. Reunion Dinner - Anthony Chen (Singapura)
15. Iklan Gengster - Aman Wan
16. Skodeng - Al Hafiz Burhanuddin
17. Kerajaan Laut - Dean Sham
18. Nausea - Ares Bahar
19. The Perfect Woman - Uta Arning (Singapura)

PETA:
FINDING THE VENUE: Maskara Shorties @ RUMAH PENA View SOL-JAH in a larger map
NOTA: Indonesia tidak menghantar filem-filem pendek pada kali ini.

PROMO ON SINAR HARIAN


IKLAN GENGSTER

Pengarah:            Aman Wan
Datang beramai-ramai pada 24 September ke Rumah PENA. 8 malam. Masuk PERCUMA. Tonton marathon filem pendek di bawah bintang! FB Event Maskara Shorties.

Thursday 22 September 2011

DUNIA EICAK


Datang beramai-ramai pada 24 September ke Rumah PENA. 8 malam. Masuk PERCUMA. Tonton marathon filem pendek di bawah bintang! FB Event Maskara Shorties.

REUNION DINNER


Here is an excerpt from Anthony Chen's painstakingly put together short film for River Hongbao 2011. The attention to details is jaw-dropping and being at the shoot, it is amazing to know how Anthony has defined for our viewing experience, the hustle bustle of yesteryears' CNY, out of a really limiting space like Tuas TV world.
Datang beramai-ramai pada 24 September ke Rumah PENA. 8 malam. Masuk PERCUMA. Tonton marathon filem pendek di bawah bintang! FB Event Maskara Shorties.

THE PERFECT WOMAN - Trailer

The Perfect Woman Trailer from Uta Arning on Vimeo.

Datang beramai-ramai pada 24 September ke Rumah PENA. 8 malam. Masuk PERCUMA. Tonton marathon filem pendek di bawah bintang! FB Event Maskara Shorties. The Perfect Woman (Trailer, 13min, 16mm/MiniDV, Singapore 2009) supported by the German Embassy, Singapore Featuring: Michael Pink, Olivia Auerbach, Janice Koh, Pavan Singh Written and Directed by Uta Arning The Grand OFF, World Off Film Awards 2009 in Warsawa, Poland, nominated for Best Screenplay; First Run Film Festival New York 2010, Wasserman Award Finalist 2010; Mexico International Film Festival Silver Palm Award 2010, Singapore Foreign Directors Showcase 2010, SF Filmfestival Tel-Aviv 2010, European Filmfestival Singapore 2011, Maskara Shorties Malaysia 2011 Synopsis: “The Perfect Woman” is the story about an alienated factory worker who purchases a robotic woman in order to satisfy his needs. Having experienced only abuse in his life, he is unable to handle the robot with loving care. However, modern engineering fails and he is left unsatisfied. It isn't long though before a vulnerable and love stricken woman falls into his arms, and he takes a sudden interest.

FILEM PELIK - TRAILER

Datang beramai-ramai pada 24 September ke Rumah PENA. 8 malam. Masuk PERCUMA. Tonton marathon filem pendek di bawah bintang! FB Event Maskara Shorties.

Wednesday 14 September 2011

CHANCES

Pastikan 24 September anda datang ke rumah PENA. 8 malam. Masuk PERCUMA. Kita marathon 20 filem pendek di bawah bintang! FB Event Maskara Shorties.

Monday 12 September 2011

AMEEN

Pastikan 24 September anda datang ke rumah PENA. 8 malam. Masuk PERCUMA. Kita marathon 20 filem pendek! FB Event Maskara Shorties.

Wednesday 7 September 2011

PAGAR

Pastikan 24 September anda datang ke rumah PENA. 8 malam. Masuk PERCUMA. Kita marathon filem pendek! FB Event Maskara Shorties.

Tuesday 6 September 2011

FILEM PELIK

Pembikin Filem Pendek,
Masih belum terlambat untuk hantar DVD. Sila baca SINI untuk ambil bahagian dalam Maskara Shorties.

Wednesday 24 August 2011

KERAJAAN LAUT

Click untuk saiz bagak


Pembikin Filem Pendek,
Masih belum terlambat untuk hantar DVD. Sila baca SINI untuk ambil bahagian dalam Maskara Shorties.

Monday 15 August 2011

A BUNDLE OF JOY

Pembikin Filem Pendek,
Masih belum terlambat untuk hantar DVD. Sila baca SINI untuk ambil bahagian dalam Maskara Shorties.

Tuesday 26 July 2011

Perahu Fansuri oleh Rahimidin Zahari

BUKU PUISI TERBAHARU TERBITAN SINDIKET SOL-JAH [Satu perkongsi bijak di antara kami dengan penulis].]



Rahimidin Zahari dan puisi, dua sosok berbeza, tetapi sama. Rahimidin merupakan lelaki puisi, dan puisi-puisinya bercerita seadanya tentang apa yang ingin diceritanya. Dia seperti tidak ingin bersukar-sukar, tetapi ingin memudahkan. Tetapi, dalam mudahnya itulah sebenarnya jalan sukar untuk mengenalinya. Melalui puisi, dia seakan berbisik. Antara kedengaran dan tidak, memang bisikannya selalu mengusik. Apakah yang lebih membahagiakan lelaki ini selain daripada menulis puisi?

Untuk membeli buku ini secara online - hubungi penulisnya sendiri di: rahimidin at gmail dot com

Wednesday 20 July 2011

MASKARA 29, pada 23 Julai 2011

PANGGILAN PENYERTAAN!!!! - MASKARA SHORTIES RETURN!



Jika tidak kiamat, bencana alam, rampasan kuasa, penaklukan makhluk asing, serangan kaum zombie, Maskara Shorties bakal berlangsung pada 24 September 2011.

1. Video adalah karya asli.

2. Satu video tidak lebih 10 minit termasuk kredit. Jangan nak mengelat!

3. Kami terima sebarang tema.

PENTING
4. Pemilihan video berasaskan selera kami. Pemilihan paling tidak adil di dunia. Kami ambil kira tentang kerencaman tema, kepelbagaian teknik, undang-undang Malaysia, lapisan-lapisan peringkat kepakaran dan lain-lain lagi. Tiada sebarang formula filem pendek mana yang akan diterima. Objektif Maskara Shorties adalah menayangkan filem pendek, bukan sebuah majlis diskusi tentang filem pendek.

5. Tarikh tutup menghantar filem pendek sebelum 31 Ogos 2011 (Hari Raya).

6. Filem-filem lakonan Maria Ozawa, Sasha Grey, Riko Tachibana dan seangkatannya tidak akan ditayangkan melainkan hanya akan disimpan untuk tontonan peribadi.

7. Sila jangan beri filem pendek untuk ditayangkan pada hari acara. Edisi yang lepas-lepas sebab kami ada belas ehsan. Edisi kali ini tiada maaf bagimu.

8. Sebarang cadangan boleh dikemukakan pada pengurus projek & ketua kurator: DEAN SHAM. Telefon beliau: 017-3043907 Kalau beliau tak angkat telefon - silalah telefon berkali-kali, sampai dia angkat telefon, biasalah orang yang takut kereta mewah dia kena tarik memang macam tu, ha ha!

9. Konsep seperti tahun lepas.

10. Hantar dalam format DVD atau CD. Hantar by hand - boleh hubungi lelaki2 comel: Dean Sham [deansham@gmail.com], Tok Rimau [tokrimau@gmail.com], dan Vovin [nazri123456789@gmail.com].

11. Semua DVD tidak akan dipulangkan. Bagi kami simpan salinan DCD/VCD filem pendek anda - manalah tahu, kalau-kalau kami dijemput untuk membuat tayang filem pendek di USM, Singapura, Brunei, atau Uganda pada masa-masa akan datang. Makanya, taklah kami bersusah payah nak pergi ambil VCD/DVD tu dari anda lagi.

Tapi, dengar ceritanya, memang akan ada MASKARA di USM pada bulan November nanti.

12. Selamat membikin filem pendek.

13. Setiap penyertaan akan diberi satu cenderahati misteri. Sangat misteri. Dan, selagi stok masih ada, ha ha. Oh ya, sila sertakan maklumat Nama Pengarah, Biodata Ringkas Pengarah, Tajuk Filem, Durasi Filem, Poster filem dalm bentuk jpg. (emelkan) untuk tujuan promosi.

14. Send Materials To:
Maskara Shorties
335 Jln Senang, Tmn Bkt Senang. 81400 Senai. Johor. Malaysia

Tuesday 19 July 2011

AKAN SEGERA TERBIT!



Lebih momok daripada biasa! Eeeeeeiiiiuuuuu...

Sindiket Sol-Jah tidak menjual buku ini secara online. Jadi, untuk membelinya - hubungi penulis-penulis hantu kami:
1. TOK RIMAU: http://tokrimau.blogspot.com | tokrimauATgmail.com
2. FIKRI KACAK: http://fikrikacak.blogspot.com | fikri.mistiATgmail.com,
3. KUSYI HIRDAN: http://www.jendelaku.com | kusyihirdanATgmail.com
4. AIMI ANIS, 10 tahun: http://princessmyfamily.blogspot.com | nashiqahATgmail.com,
5. AYOB KELUBI: http://ayobkelubi.blogspot.com | akulerdonATgmail.com
6. RAHIMIN IDRIS: http://rahimin.blogspot.com | rahiminidrisAThotmail.com
7. MONA YANTY: (Dah tutup blog) | miszazieATgmail.com,
8. SYUQRI MUSTAQIM: busa-berbunga-oksigen.blogspot.com | gua.kringetATgmail.com
9. AY YUSOF: http://ayyusof.blogspot.com | msay_5ATyahoo.com,
10. KUMPRINX: http://www.kumprinx.com | kumprinxATgmail.com,

Harga RM15 + Shipping RM5


Place your order now!

Macam selalu-selalu, kami cetak tak banyakkkk.... Eeeeeiiiiiuuuuuu...!

Monday 4 July 2011

Ulasan Buku Tentang oleh Nisah Haron

Tentang by Saharil Hasrin Sanin
 
Entri yang pendek, menggugah minda (thought-provoking) dan ada beberapa entri yang menyentuh perasaan.

Saya beri 4 1/2 bintang.

Friday 6 May 2011

TENTANG dan KENTANG oleh Saharil Hasrin Sanin

180 naskhah (sahaja) buku-buku ini diterbitkan dan dijual secara online. 20 naskhah (utk setiap satu judul) telah pun dibeli orang secara pukal.

Dengan membeli buku-buku ini anda juga layak/berpeluang untuk memenangi iPad2 tajaan: www.saharil.com

Koleksi 50 esei dan tulisan terbaik dan terpilih yang pernah terbit di dalam blognya selama lebih satu dekad.



TENTANG | 200 mukasurat
RM25 + *RM4 (pos ekspress sahaja)

Koleksi 172 ilustrasi terbaik dan terpilih yang pernah terbit di dalam blognya selama lebih lima tahun.



KENTANG | 200 mukasurat
RM25 + *RM4 (pos ekspress sahaja)

*50 sen tu untuk tambang teksi aku pergi Pejabat Pos, keh keh keh.

Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Nama: AZALAN BIN HUSSAIN
Akaun: 1-14141-15430-1 (Maybank)

Kemudian, emelkan bukti pembayaran ke emel : jimimahmud@gmail.com dan pada subjek tulis: BELI TENTANG RM29 atau BELI KENTANG RM29 atau BELI TENTANG DAN KENTANG RM58 <= Jangan salah pesan buku ya! Tulis nama sebenar anda dan alamat yang betul dan tepat (untuk menjamin buku-buku sampai kepada anda).

Kemudian, kami akan pos buku anda, dan balas emel anda dengan menyertakan 'nombor package pos ekpress' untuk anda menyemak sendiri di laman web rasmi Pos Malaysia: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_express_mail_old.asp

Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya buku tidak sampai kepada anda jika status tracking pos ekspress mengatakan: Final Delivery.

Jadi, pastikan anda memberi alamat anda yang valid sahaja.

_______________
Fadli Akiti kata: Ya, Saharil (rujuk filem The Fisher King, nama "Saharil" ini saya suka panggil satu nama iaitu Saharil saja, seperti dialog Robin Williams dalam filem tersebut, "Like Moses") merupakan sebuah fenomena, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengikutinya di blog, dan tulisan-tulisannya seawal majalah Dewan Siswa, Eh! dan seterusnya. Apa yang ada di dalam penulisan penulis segak ini yang jarang ada dalam sanubari penulis lain sehingga saya terpaut dengannya? Lihat sahaja pembukaan bab serta "entri" buku ini: Ini adalah entri blog pertama aku (sebelum ini, laman web aku bukan dalam bentuk blog), dan nampaknya, kita akan mati hari ini!
(Tentang, hlm. 5)


BACA SELANJUTNYA!

Thursday 14 April 2011

Tshirt Sindiket Sol-Jah [ 5 tahun ] dijual secara online

TERHAD! RM30 sehelai (berserta sampul pos ekspres). Selagi stok masih ada.

Saiz: M - 20 helai, L - 20 helai, XL - 20 helai.


Emelkan pesanan anda ke spyzul@gmail.com - pada ruang subjek, tuliskan "SERIUS NI ENCHE, SAYA NAK BELI TSHIRT SINDIKET SOLJAH SPECIAL EDITION"

Nyatakan nak beli berapa helai & saiz. Kalau masih ada stok, Spyzul akan balas emel anda dan beritahu tahu nombor akaun bank kami untuk anda buat pembayaran.

Tuesday 29 March 2011

CEWAH oleh Pipiyapong kini dijual secara online!

Ada peminat-peminat lelaki gasar ini pernah kecewa apabila blook KACIP tulisannya SOLD OUT dan kami, Sindiket Sol-Jah, selaku penerbit berkeras untuk tidak mahu mengulang cetak! Hey! Kami bukannya kaya macam PTS, okayyyy! Keh keh keh!

Kini, lelaki gasar ini kembali lagi bagi mengubati kekecewaan peminat-peminatnya dengan blook terbaharu - CEWAH.



Blook CEWAH dijual pada harga RM16.00 senaskhah (pos biasa)
Blook CEWAH dijual pada harga RM18.50 senaskhah (pos ekspress).

Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Nama: FAIZUL B. MD ASPAN
Akaun: 1143 4806 1626 (Maybank) <-- JANGAN SALAH MASUK AKAUN!! 

Kemudian, ISI BORANG ONLINE INI dan emelkan bukti pembayaran ke emel : sindiketsoljah@gmail.com dan pada subjek tulis: "CEWAH CEWAH!!"


Dapatkan blook ini cepat (sebelum semuanya sudah terlambat; anda akan menjadi seperti gila meroyan - lalu menghantar berpuluh-puluh emel kepada kami dan bertanya, "Elo enche, buku KACIP ade lagi tak, weh?"

"Itu buku tahun bile, dudeeeeeeeee!!!!!!"

Wednesday 9 March 2011

Iklan Kawan-kawan Yang Kita Suka

CRG.COMMUNICATION mencari bakat baharu (penyanyi wanita) untuk menyertai kumpulan muzik SOCIETY. Hubungi Meor 012-5901798 atau emel meor67@yahoo.com untuk sesi uji bakat.

Thursday 17 February 2011

Batalkan segala temu janji romantis anda!



Ayuh kita ke MASKARA!
26 Februari, 8.00 malam, di Rumah PENA.



Khamis, Jumaat, dan Ahad boleh pergi tengok teater ni pula ya! :)