Monday 28 July 2008

The Fury

Image Hosted by ImageShack.us
Gua sampai CM semasa satu kugiran tu nyanyi macam celaka (or mic tu memang sound macam celaka?). Gua layan satu round. Lepas tu gua join The Fury lepak kat restoran mamak di Annexe. “Bedebor!” kata Pipyapong, dalam decibel dengar tak dengar. Gua ketawakan saja.

Image Hosted by ImageShack.us
Dia (Kumprinx) memang 'king'. Semasa majlis minum-minum, gua sempat jeling buku lima dia - berkudis (berparut?) - lambang pemain drum yang sungguh 'passion'. Show petang tu memang 'King' punya! Patutnya, kita angkat drum set tu dan bubuh kat bahagian paling depan stage - barulah mantop!

Image Hosted by ImageShack.us
Gua sedikit hampa. Dia petik bass guitar dengan 'pick'. “Tap la woi, tapppp!!!!” gua jerit dalam hati. Chick t shirt hitam duduk sebelah tepi gua pandang kat gua. Wo! Dia boleh dengar 'jeritan batinku'?

Image Hosted by ImageShack.us
Ini part 'joget' ni.

Image Hosted by ImageShack.us
Ketika Mail (lead guitarist The Fury) 'solo' - photographers berduyun-duyun snap gambar dia.

Sekitar 'The Road to ROTTW Soundstage 2008'

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Petugas

Image Hosted by ImageShack.us
Rockin'

Image Hosted by ImageShack.us
Chick

Image Hosted by ImageShack.us
Rockin'

Image Hosted by ImageShack.us
Petugas/Photographer

Image Hosted by ImageShack.us
Rockin'

Image Hosted by ImageShack.us
Chicks

Image Hosted by ImageShack.us
Chicks

Image Hosted by ImageShack.us
Tak rock-lah tengok rock sambil sit down

Friday 25 July 2008

Ini bintang baru! Ini baru bintang!!

Beb, wa rasa kalau kita dapat jemput Yuna ke MASKARA, memang dia pukul habis semua orang.

Pergh!!! Lu dengar sikit lagu-lagu dia. Memang terangkat, beb!

Nak-nak lagi, kalau dia boleh datang sekali dengan Reza Salleh.

Itu pun, kalau Yuna dan Reza Salleh sudi datang ke MASKARA la.

Kalau Yuna / Reza, atau kawan-kawan yang kenal mereka, terbaca entri ini, sila hubungi kami segera!

Lu orang memang bintang!

>> Yuna
>> Reza Salleh

Friday 11 July 2008

KL Fringe Festival

Bila? 11 Julai - 4 Ogos 2008

Mana? DBP (Dewan Bahasa & Pustaka, Bangunan Lama), Jln. DBP, KL.

Apa? Teater, filem pendek, monolog, dan lain-lain.

Maklumat lanjut: http://klfringefestival.blogspot.com/

Wednesday 9 July 2008

Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan: USMAN AWANG

12 Julai 2008

7.30 - 11.00 malam

Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27e, Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

MASUK PERCUMA!

Monday 7 July 2008

SABOTAJ 3 HABIS!!


BLOOK SABOTAJ 3 HABIS!!

LAPORAN MASKARA 9

Terngiang-ngiang di atas gegendang. Kata Pyan Habib, "Maskara ini mengingatkan gua kepada Anak Alam."Jika kalian ada buat laporan atau pengakuan bersumpah mengenai Maskara 9 di rumah Pena, jangan segan-segan hantar link di ruang komen.

Blogs Entries:

Ok! apa komen aku MASKARA itu?.. wow! wow! wow!.. sekali flashback sebijik mcm mlm persembahan antara kelas masa jaman skolah menengah dolu2 lepas abis SPM dimana apa saja yg boleh di-pentas-kan.. maka di-pentas-kan!.. dlm ertikata lain bahasa pasar mudah ialah spt ROJAK!.. tapi ini bukan sebarangan ROJAK krn peserta2nya adalah dr 1001 mcm jenis resepi seni yg bagus2! hebat2! grand2! best giler yaa amats!.. lebih best dr tgk sarkis politik masakini tau!..
READ MORE>Ajami Hashim

Yey! Malam yang sangat best. Puas. Sangat puas.
READ MORE>Ili Syazwani

Kawan, apa rasanya menjadi kumbang yang terpaksa berjalan di sarang labah-labah? Itu yang saya rasa pada malam MASKARA, dengan berbekalkan darah gemuruh dan rasa panik, saya tetap berdiri di hadapan khalayak, lalu ia menjadi sejarah buat saya. Kawan, saya menjadi kumbang yang mati dimakan labah-labah, tetapi tanpa disuntik bisa, saya mati dengan aman, dan buat pertama kalinya saya boleh pulang dan tidur tanpa rasa kesal. Seperti tidur pengantin pada malam pertamanya.
READ MORE >BAHRUDDINBEKRI

Majlis diserikan dengan lawak jenaka dari enche mat jan. beliau boleh memberikan lawak sengal yang ada substance.
READ MORE >Ainee Qalamun

MASKARA Edisi ke-9. Kata mereka yang menonton dari awal, persembahan kali ini semuanya mantap. Sesuai dengan usianya yang sudah mencecah satu tahun.
READ MORE >Nida

"A'ahlah... kalau sembahyang Jumaat... jumlah jemaah lepas ni", tambah kawan Azzam.
READ MORE >Dugong

Sempat juga jumpa lagenda-lagenda blogger lain macam Tok Rimau, Vovin, Si Naga, Pipiyapong dan jugak yang paling aku tak sangka, dapat tengok Pyan Habib bersajak, hehe..
READ MORE >Mohd Huzairy

nak lagi! one more! One more!
READ MORE >attoch

dalam banyak-banyak persembahan, aku tertarik dengan segmen pantomime.
READ MORE >vitamin

Boleh aku katakan bahawa aku gembira melihat perubahan yang ada bahawa peminat dan pendokong sastera kini bukan lagi mereka yang sudah berusia malah turut digemari oleh golongan belia. Syabas.
READ MORE >enche

apa akan jadi bila satu acara yang dianjurkan oleh penulis dan ahli sindiket, dan dihadiri oleh ramai tukang blog dan tukang reviu dan tukang tulis? jadi macam cendawan putih yang tumbuh lepas hujan celah akar kayu, batang kayu dan atas tanah yang takde rumput. senang nampak. senang cabut. tak perlu aku nak cerita. cari sendiri.
READ MORE >alina abdullah

Karangan Foto:

Lan Rasso

Friday 4 July 2008

SATU SOLJAH DALAM SERATUS

Seperti biasa, tanpa gagal, Syed Syahrul dari Sireh dan Cengkih Terpilih mengumumkan 100 blog popular di Malaysia. Walaupun Soljah mementingkan pop, bukan populariti, mahu juga berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

97- SinagaNaga
804,649

Tahniah Boss! Perencanaan kamu untuk menakluk dunia fasa 1 sudah bermula.