"Abang! Sapa yang kekoh Bidan Sepiah sebenarnye?" tanya Irdawati.
"Wait! Semasa harimau jadian tu makan di kedai Kadir Kutee... no body seems to know him, right? And Aida dan Bibik pula kata, 'orang luar!'... so, siapa yang kekah Bidan Sepiah ni, sayang?" tanya Ani Beyonce, "Tapikan... kenapa Si PP tak habiskan cerita dia?" tanya Ani Beyonce lagi.
MISTERI INI SEMAKIN TAK TERUNGKAP! SEMAKIN TAK MELENGKAP!
Apa ni? Tap! Takkan kami terlupa nak beritahu anda siapa pembunuhnya kot? Atau, anda semua mempunyai pelbagai telahan yang lebih meyakinkan? Atau, apa yang anda tahu barangkali kami sendiri pun tak tahu?
Siapa kekah Bidan Sepiah? Jadi, kami buka FORUM ini untuk membincangkan telahan dan pandangan anda [tinggalkan telahan-telahan dan pandangan-pandangan anda di ruang 'komen'].
"Aok suruh aboh bace... kendian aok suruh aboh cerite ke aok ke, Irdawati?"
"He he he."
30 comments:
ai think da rimau is aida la..
Nurul,
Why Aida? Why not Leman Kompang?
sbb dia perahsia..ta bnyk yg taw pasal aida..
gpon tok guru dia suh dia jgn tunjuk bnyk..
myb aida la..
leman kompang??sy ta memahami lagi watak dan perwatakan beliau..
balik ni kn bc semula..
saya rasa dukun najri la rimau. menyamar jadi dukun je tu.
Aku rasa Kampung Fatima Kacip ni memang penuh dengan keturunan harimau jadian.
Kalau tak silap pembacaan aku, ada 7 harimau kesemuanya. 1 mati dibunuh harimau jadian, 1 mati dibunuh orang kampung, 1 hidup, dan 4 lagi tak mahu mengaku mereka adalah harimau jadian.
bkn ade 3 je ke rimau tu?..satu encik renjer, satu kadeer kutti n satu lg yg mkn roti kt kedai kadeer kutti..yg sembur tangkal bidan sepiah tu?..
bro naga..leman kompang tu mcm pp je..hehe
Ada banyak ke rimau jadian dalam SKBS ni? Aku rasa ada dua je.
Nurul,
Lu ada poin!
Amo,
Apa alasan lu?
Nony,
Siapa yang makan roti kat kedai Kutty tu?
Ona,
So, siapa yang kekah Bidan Sepiah ni?
Cerita Kekah ni penuh dengan syak wasangka.
(AWAS! Spoiler di bawah)
Baca bab 1: Pak Rahimin (ketua kampung) dan Bidan Sepiah mati kena kekah rimau.
Baca bab 2: gua syak Jali Lempoyang (penggali kubur) tu rimau jadian. sebab bini Jali dan anak dalam kandungannya mati sebab Bidan Sepiah sampai lambat. so, gua syak Jali bunuh Bidan Sepiah untuk melunaskan dendamnya.
Bila baca bab 3: gua syak Dukun Najri pulak rimau jadian. sebab dia dengki bisnes Bidan Sepiah lagi lebat dari bisnes dia. lepas dia bunuh Bidan Sepiah, bisnes dia lebat. ramai orang order pendinding dari dia. gua syak dia sendiri yang jadi rimau, dia sendiri yang jual pendinding. siapa beli pendinding dia, selamat. siapa tak beli, dia kekah. lagipun dia dukun, tak mustahil dia ada ilmu rimau jadian.
bila baca bab 4: gua syak Pak Akop pulak rimau jadian. sebab dia teringin sangat nak jadi ketua kampung. jadi, gua syak dia bunuh Pak Rahimin dengan harapan orang kampung akan lantik dia sebagai pengganti. namun, harapannya musnah bila Leman Kompang (anak Pak Rahimin) pulang dari kota dan berlaku perebutan jawatan dengannya. masa ni gua syak mangsa kekah seterusnya adalah Leman Kompang, sebab dia dah jadi seteru politik Pak Akop.
bila baca bab 5: perasaan gua bercampur-baur. geram pun ada, kesian pun ada. dalam banyak-banyak orang yang gua syak, orang kampung boleh pergi syak si Leha tu rimau jadian. bodoh betul!
bila baca bab 6: hah, si Renjer tu rupanya harimau jadian. tapi, dia pun mati dibunuh rimau. maksudnya, ada dua ekor rimau jadian. siapa pulak seekor lagi?
bila baca bab 7: Wak Karmon yang dari mula cerita ni dok mengaku dia rimau jadian tapi orang kampung tak percaya. ending bab ni tergantung. gua tak sure dia mati ke dia hidup, dia rimau ke dia orang.
bila baca bab 8: yay! rimau yang kekah Bidan Sepiah tu berjaya dibunuh. Abdul Kadeer Kutti (tauke warung) rupanya. gua tak syak dia langsung.
tapi, bila baca bab last: cilakak! gua kena tipu! kalah twist gua dalam novel Angels & Demons. Abdul Kadeer kena perangkap rupanya. rimau yang kekah Bidan Sepiah masih hidup.
TEORI GUA: rimau sebenar tu adalah Leman Kompang. kenapa? sebab dia kan cicit Tok Batin orang asli. (Tok Batin kahwin dengan Fatimah Kacip. Pak Rahimin kahwin dengan cucu Tok Batin). Tok Batin ni mesti ada saka rimau jadian untuk melindungi hutan dari penceroboh dan melindungi haiwan dari pemburu. so, dia wariskan kat anak dia. anak dia wariskan kat cucu dia. cucu dia wariskan kat cicit dia (Leman Kompang). jadi, Leman Kompang melindungi hutan/haiwan dari penceroboh/pemburu. kebetulan, dalang utama pencerobohan hutan tu adalah bapaknya sendiri (Pak Rahimin). jadi, Leman pun bunuh Pak Rahimin dulu, diikuti oleh orang kampung yang lain.
klu yang mengatakan Leman tu rimau adalah: bila orang kampung ajak dia ikut pindah ke Kuala Tembaga, Leman menolak dengan alasan nak berhijrah ke bandar. hah! siapa yang sepanjang cerita ni bercita-cita nak ke bandar jadi mat despatch? LEMAN KOMPANG! yay, gua menang!
Dan Brown: teori lu tu mungkin membuktikan yang Leman Kompang adalah rimau jadian. namun, ia tak membuktikan Leman yang kekah Bidan Sepiah.
ingatkah dikau, pada malam Bidan Sepiah kena kekah, Leman ikut Wak Karmon dan Jimi Mahmud hantar Lijah Somel ke hospital. so, Leman tak ada di tempat kejadian. tak mungkin dia yang kekah Bidan Sepiah.
persoalan forum ini ialah: Siapa Kekah Bidan Sepiah? hah?
cilakak! gua tertinggal hujah alibi tersebut! fuh, misteri sungguh cerita ni. Siapa kekah Bidan Sepiah?
nanti gua baca se-round lagi untuk analisis berikutnya.
ada hadiah tak kalau berjaya teka dengan tepatnye sapa yang kekah bidan sepiah?..
Oi, Mat Jan ulas sendiri ke? Sendiri jadi Dan Brown, lepas tu jadi Mat Jan. Hapa la lu.....
Perlu diteliti, Dukun Najri ada hati pada Bidan Sepiah. Takkan dia nak kekah awek lama dia?
Motif! Motif!
Siapa ada motif nak kekah Bidan?
Hah! Soalan gua ni lagi best! Siapa Dan Brown? Kalu peratikan ayatnya satu-satu - mustahil dia adalah Mat Jan!
MatJan kalu cakap mesti ada, "uihhhhh! ako tatau ponnnnnn!" Dan Brown tak cakap macam tu.
Tok Rimau yang kekah Bidan Sepiah.
http://dugongsenyum.blogspot.com/2010/02/review-buku-siapa-kekah-bidan-sepiah.html
Aku dah baca 3 kali dalam masa 3 jam.
Masih tercari-cari siapa yang tersembur tangkal itu.
Sorotan aku tentang Siapa Kekah Bidan Sepiah.
http://shafaza-zara.blogspot.com/2010/02/siapa-kekah-bidan-sepiah-hidangan.html
jeriko? dia yang duduk hujung-hujung tu.. hurmmm
yang pasti abdul kadeer mmg power, dia dapat rembat aida dgn boleh tukar jadi rimau cuma dosanya tidak tertanggung dan dibalas dengan hukuman.
bak kata max cavalera
"what comes around, comes around"
yang aku nak kupas ialah
who the hell is Lau Siew Sin???.
Betul.. siapa Lau Siew Sin?
otograph pon takde..
Gua tau sapa itu Law Siew Sin..hahaha
Mau tau jawapan dia ka? hahaha
Aida tak mungkin adalah harimau jadian!
konferm. Dalam m/s 63. Rimau tu cakap dia selalu kalah main dam aji dengan wak Karmon.
Leman kompang? Dia ada masa sesi membunuh rimau jadian 40%.
Jali lempoyang mungkin adalah harimau jadian itu. Dengan syarat, HArimau jadian tu boleh bertukar-tukar wajah,
Lagipun rumah Jali Lempoyang adalah di hujung kampung. Sampai Bidan Sepiah pun lambat sampai ke rumah masa bini beliau nak beranak.
Hujung kampung dekat dengan hutan. Kalau nak pergi bertapa dekat gua, takde sapa pun tahu dia hilang.
Dia juga ada perewangan. Lalat tulah perewangan dia kalau ada orang mati.
Dia mungkin menangis masa terkenang jasa Bidan sepiah.
Tapi kenapa Tok Rimau yang tulis diari.
Akan tetapi disebabkan hujah m/s 63? Jali Lempoyang selalu kalah main dam aji?
aku rasa suma orang rimau jadian dlm kes ni.
sebab suma benda diorg nak kekah.
pada pendapat saya sebagai pengkaji rimau jadian , golongan itu tidak buleh duduk di dlm satu kwasan buruan yg sama. limit satu je beb.
suspek paling asli ialah abdul kadeer kuti.
juga, org yg makan kari trsembul tanggkal bidan sepiah.(mungkin mangsa fitnah si rimau jadian)
Post a Comment