Thursday, 8 July 2010

AKAN SEGERA TERBIT. [SESEGERA TERBITNYA MENTARI PAGI BULAN MEI DI TOKYO]

SINDIKET SOL-JAH feat. MUKHSEN_X mempersembahkan



Di Barat, mereka panggil ia flash fiction, microfiction, atau short short story. Di sini, kita panggil ia cerkas (cerita ringkas), atau certot (cerita kontot). Punyalah ringkas, sampai kau sempat baca satu cerita masa tivi sedang tayang iklan. Punyalah ringkas, sampai panjang satu cerita cuma jarak satu stesen LRT. Kerana hari ini, cerpen pun dah dianggap panjang dan lambat macam siput babi. Novel apatah lagi. Dalam dunia yang serba pantas ni, semua benda kita nak cepat. Kecuali inzal.

“Kadang-kala, lagi ringkas orang tulis, lagi lambat kita baca – sebab, sambil kita baca, sambil itulah kita berfikir. Berfikir menjadikan kita lambat. Sementelahan, di Malaysia sememangnya mempunyai banyak tukang fikir. Lalu, menjadikan kita semakin lambat."


~ Ah Boi, Cina jual telefon bimbit di Kompleks Pertama.


Kami percaya anda bukanlah seekor siput babi. Makanya, dapatkanlah CEPAT-CEPAT naskhah maha karya cinta ini apabila ia telah siap siaga untuk dipasarkan secara online kelak. Serius, macam selalu-selalu, kami cetak tak banyak! Iyalah, cetak sikit-sikit ni memanglah menjadi kemarahan orang banyak - nak buat macamana - dah kami ni pengiat seni pembikinan buku jenis miskin. :)

10 comments:

Anonymous said...

seperti selalu selalu...

Anonymous said...

hurm..sapa list penulis nya?

. said...

nak.

jumari jipan said...

kalau aku dh kaya nnt, aku nk terbitkan balik buku korang sume bnyak2. biar sume puas hati.

Firol said...

OK dah standby ni

azril aziz said...

Apsal tak bagi nama CerDek (Cerpen Pendek)

ay_yusof said...

harus buka internet hari- hari untuk tahu bila book ni mula di jual.
nak juga!

Bijen M. said...

Gua cop satu!

yuyu said...

nak!!!

Sindiket Soljah said...

halogamora- ya seperti selalu kena beli cepat-cepat :)
mister- semua sindiket sol-jah yang bersepuluh (nama ada kat muka depan blog ni)
nizam- kat maskara shorties!
jumari- terbit balik dah tak rare la dude
firol-sedia... sedia...
azril- macam nama buku kanak-kanak pulak hehe
ay_yusof- mua dijual di maskara shorties rumah pena 7 ogos 8 malam nanti!
bijen- ok cun!
nurul- meh la