Klik gambar atau peta untuk imej lebih besar!
Jejambat Jalan Dewan Bahasa telah dibuka kepada lalulintas. Dan, beberapa lorong/susur telah ditutup bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Di sebelah kiri gambar - ada penghadang konkrit kuning hitam kuning hitam. Di sebelah kanan gambar - ada penghadang plastik merah putih merah putih.
Jika kenderaan anda datang dari Penjara Pudu - himpit kiri, naik ke atas jejambat tersebut, himpit kanan - di hujung jejambat adalah Rumah PENA. Kami akan menempatkan pegawai lalulitas yang memegang baton bercahaya di situ. Dan, anda perlu membuat satu pusingan melalui sisir Rumah PENA dan Restoran Tupai-Tupai sebelum memasuki lorong sedia untuk ke Rumah PENA.
Jika kenderaan anda datang dari Jalan Cheras atau Jalan Lok Yew - jangan belok kiri di persimpangan lampu isyarat Dewan Bahasa dan Pustaka. Kerana jalan ini akan membawa anda ke tol Sg Besi. Percayalah! {Tetapi, kalau anda tersesat sampai ke tol Sg Besi - anda boleh call Wani Ardy - dia tahu macamana nak patah balik semula ke Rumah PENA, ha ha, ya, dia pernah tersesat sehingga ke situ!].
Makanya, jika kenderaan anda datang dari Jalan Cheras atau Jalan Lok Yew - sampai persimpangan lampu isyarat DBP - terus - selepas pam minyak Shell (berhadapan dengan Hotel Mirama) - belok kiri - belok kiri lagi - terus - naik bukit sikit (di hadapan anda adalah bangunan lama DBP) - belok kanan - terussss (di sebelah kiri anda bangunan DBP dan di sebelah kanan anda bangunan Puspanita) - di hujung jalan, belok kiri - dan cepat-cepat masuk ke lane paling kanan (kalu anda dah nampak Restoran Tupai-Tupai di sebelah kanan anda... hahah... dah dekatlah tu.
Laluan ini juga sesaui untuk kenderaan anda yang datang dari Jalan Kuching. Anda dinasihati untuk membuat pusingan U di lampu isyarat DBP. Seterusnya - ikuti langkah-langkah sama seperti di atas.
Kalau terlajak (kalau masuk dari simpang selepas pam minyak Shell)? Jangan bimbang - terus - sampai di stesen Monorel Maharajalela (berhampiran Dewan Perniagaan Cina) - signal kiri - masuk ke simpang jalan selepas stesen tersebut - belok kiri - asal jumpa saja simpang, belok kiri, asal jumpa sahaja simpang, belok kiri - sehingga anda jumpa bangunan Puspanita di sebalah kanan anda - sampai simpang tu, belok kanan - terus - di hujung jalan, belok kiri - dan cepat-cepat masuk ke lane paling kanan (kalu anda dah nampak Restoran Tupai-Tupai di sebelah kanan anda... hahah... dah dekatlah tu.
Dan yang akhir sekali, kalau dah datang mesti kena balik jugakan? Ha ha. Bagi kenderaan-kenderaan yang hendak ke Tol Sungai Besi - sila buat satu pusingan (tawaf) di sisir Rumah PENA dan Restoran Tupai-Tupai - himpit kiri (menuju ke Pusat Bandaraya) - hah, kat bawah Jejambat Jalan Dewan Bahasa tu ada susur untuk berpatah semula ke kanan, seterusnya ke tol Sg Besi.
Ya, kalau anda lulus ujian ini - kalau pergi ambil ujian memandu 'on the road' - pasti lulus (Betul-betuk ho liaw, ha ha ha!)
15 comments:
ikut gua jalan kaki. jom!
Siapa dtg tanpa sesat sedikit pun, akan dpt sijil dari soljah.. ha ha..
waduh.. usus perut ku pulak terU-turn selepas membaca panduan lalu lintas ini
BroFramestone Blog
errrr kalau aku nih kire dapat sijil jugak tak kalau tak sesat??
adehhh.. cam kena gi survey dulu nih b4 event... huhuhuh
yes.
ada treasure hunt.
Tu dia!
ni baru di katakan peta...
Menangkis segala kemungkinan! (utk sesat)
gaya gaya buat peta ni...
errr cam dah ramai sesat aja?
Ramai orang sesat di PENA rupanya...
ye dan saya orang yang selalu sesat bila ke rumah pena. sesat yang kronik
pena menyesatkan, hahahaha..
saya cadangkan buat signboard cam direction pegi rumah org kawin :D
Ainul,
Kami kekurangan modal. :)
Susahnya nak faham ... yang ingat tuari lepas "lembah Tengah" terus then ada cam lencongan... tup-tup sampai. Masa tu malam so bila pergi siang cam blurr lagikkkkkkkk.
mahu tanya sesuatu!
adakah tidak steten monorail atau ktm berdekatan disitu. jika ada, stesen apakah?
terima kasih.
stesen LRT berdekatan ialah hang tuah dan kena jalan kaki ke arah DBP kemudian ke Rumah Pena
Sesungguhnya panduan peta ke rumah PENA memang asik asik asik.....tapi kalu sesat juge bermakna mereka2 itu tidak menghayati panduan itu.....al maklum.
Post a Comment