Tuesday, 20 January 2009

BERCAKAP DENGAN PIPIYAPONG bhg 2

Berikut adalah bahagian 2 dalam acara sesi temual Pipiyapong yang dilaksanakan oleh vovin; Untuk membaca Bahagian satu sila klik ini.


Oke, pasal arsenal
Hah

Lu tgk polisi anak ikan arsene wenger ni dah lapuk atau lu masih nampak sinar harapan untuk long term? dah dekat 2,3 tahun gak tak merasa bau cup ni
Soalan ni sensitif ni. Polisi tu bagus sebenarnya. tapi bilangan anak ikan tu yang betul betul terer tak cukup nak menampung musim yang panjang. mesti ada satu dua yang barai kaki lepas tu kelam kabut laa. Lagipun lu tau kan arsenal, main cantik, orang mudah panas hati. Tackle ganas laa kesudahannya. Tapi arsene wenger patut beli laa star kalau nak cium cup. bukan apa, bila semua budak budak muda, mana diaorang punya influence? nak hara
p gallas? hak tuih..!!

Kira takde father figure la ni. umpama budak-budak merewang sebab takde abang dalam keluarga
Hah lebih kurang laa. hehehhe. sebab abang sibuk kerja kolumpo. Nampak sangat liga inggeris ni merepek

Memang merepek pun. Boleh dikatakan overrated jugak la
Ye laa. Macam cerita maut itu hari laa

Hah, apa cite scene black metal tu?
Scene black metal tu memang tak senonoh. lagu memang tak black metal langsung. memang kalau gua jadi black metal, gua akan hantar tukang pukul ke bade tu. Study laa sikit

Gua perasan gak intrepretasi black metal kat malaysia ni macam ada kurang sikit
Ye laa

Dulu masa kecoh black metal tu, tv keluar cover Cypress Hill sebab ada tengkorak, apa cite?
Ye laa bengap laa tu

Celah mana Cypress Hill tu black metal?
Bukan takde internet masing masing. Ada internet buat mende tak berfaedah. Taknak selidik

So band lu ni apa cite? dah boleh masuk AJL tahun depan? lawan Elyana
Gua setakat ni takde pulak hajat nak masuk AJL. Kalau gua masuk pun mungkin bertanding atas tiket komposer untuk artis artis macam elyana tu, siti nurhaliza, jacyln victor dan sebagainya. Amacam?


Mana la gua tahu, gua bukan elyana. apa pendapat lu tentang elyana? kacip tak dengan gua?
Elyana tu pada gua bukan laa cun sangat pun. tapi itu laa lain orang lain selera, kira kacip laa agaknya. lu pun dah lama membujang

Aaah, abis tu tak kira selera lu kat phuying?
Babi, ini serangan peribadi ni. Gua no komen

Back to topic
Orait

Apa benda yang paling ekstrim awek yang minat blog lu buat kat lu?
Setakat ni telefon berejam jam laa. yang lain lain tu takde laa. ada juga hantar email nak berkenalan. gua jawab je laa elok elok. hahaha. jumpa jumpa tu biasa laa. tapi takde laa ringan-ringan macam lu biasa buat tu

Ecehh, cuba memesongkan dakyah
Hehehe. mana tau kot kot terlepas, untung juga

Penah dapat peminat awek psiko? maksud aku, dia bukan peminat filem psiko tu, tapi dia tu psiko
Psiko macam mana tu? jenis ugut bunuh diri?

Mana la gua tahu. gua tak ikut perkembangan lu sangat, lu tanya pasal elyana ble la
Takde lagi laa macam tu, semua ok je

So apa cite gosip gua dengar pasal lu kena mandrem dengan peminat lu tu?
Babi

Eh, tu Pierre Andre, sorry
Mandrem apa jadah?

Gua selalu konfius lu dengan Pierre Andre
Ah cilakak, jauh panggang dari api

Oke la, kita tamatkan interview kita la, panjang la pulak, entah sapa nak baca, so kata-kata terakhir untuk peminat lu?
Hah tu laa. kepada semua peminat blog. Ingat peminat blog saja, bukan peminat gua. Membaca jambatan ilmu.

Gua letak gambar lu dengan Lisa tu eh?
Babi, lisa mana pulak?

Eceh, cover
Babi

----------

Pipiyapong akan beraksi di Maskara 7 Februari 2009. Tempat biasa: Planet Pena. Tandakan dalam diari anda.

15 comments:

tasikmerah said...

hahahaha... pipi punya pose mmg tak boleh blah. ha ha.



.

adik janis joplin said...

ceh.. ni bukan interview. ni borak-borak kedai kopi. apa la orang-orang tua ni..

vovin said...

Ahh, budak-budak apa korang tahu?

Danielle_Corleone said...

Mcm harem! hahaha!

Tok Rimau said...

Baru je Blog Soljah ni nak gi antarabangsa jadi cam majalah Rollingstone, lu tukar jadi mag Gila-gila la pulak. Pecah perut gua.

pipiyapong said...

hahaha..ni YM je ni tok..

BudAk hijAu said...

elyana cun kot!!!

sinaganaga said...

HA HA. Babi!

Op said...

aku syak interview ni ambik masa satu hari suntuk. YM mesti putus-putus lepas tu bos panggil lagi. ha ha. banyak gangguan.

Anonymous said...

Orang mu’min bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang pengkeji dan bukan juga seorang yang berkata kotor - HR. at-Tirmizi

Saiful Mazli said...

Ha! Ha!

Lawak

Anonymous said...

gambar pipi tu lu amek lokasi kat bukit permai ke?

lu skodeng rempit ronggeng nih.
hahah jk

fatin fatan said...

hahaha.
hahahahaahah

maicher said...

coof521
rig444
lye258
maid6547
maroom5

Anonymous said...

hahak. interview gila.