Wednesday 21 January 2009

AIE - Kartunis Blues Yang Suka Baca Puisi

Ya Aie. Ceritakan sikit tentang latar belakang kau untuk orang yang tak kenal kau lagi.
Aku asal Kuala Lumpur. Dibesarkan di Segamat – Kluang - Kuantan. Abah aku TUDM, jadinya kena ikut posting. Itu pasal aku berpindah randah. Pengalaman jugak tu…dapat belajar hidup kat tempat orang. 1991, habis SPM aku naik Kuala Lumpur semula, start kerja jadi pelukis. Mulanya di majalah Jenakarama. Kemudian majalah Ujang. Dan...aku blues! Ha ha!

Dulu masa kecik-kecik, apa sebenarnya cita-cita kau? Dan sejauh mana ia menjadi kenyataan.
Aku sangat suka melukis dan aku memang nak cari makan dengan hobi aku ni. Masa kat sekolah dulu, cikgu aku kat S.M.Tengku Aris Bendahara, Kluang dan S.M. Seri Mahkota, Kuantan yang selalu tunjukkan muka 'manusia' tiap kali aku zahirkan harapan dan usaha aku. Alhamdulillah, berkat doa semua yang menyokong, 17 tahun penuh cabaran jadi saksi usaha keras aku selama ni.

Ni ramai yang bertanya, apa kesudahan kisah Aku Hidup Dalam Blues?
Aku dengan penulis (engkau la tu…lagi mau tanya. Chet!)…err…tak dapat teruskan sebab hakcipta, penerbit pegang. Setakat ni tak ada sebarang perkembangan. Terpulang kepada penerbit.

Kenapa tak teruskan Blues Untuk Aku?
Sama seperti di atas. Ha ha ha!

Kisah Aku Dan Sesuatu, bila nak sambung? Ha ha ha!
Hahahahahahahahahahahangin satu badan korang tunggu! Ampunkan aku. Perkembangan sangat slow, tapi tetap bergerak. Korang memang sangat berhak untuk naik hangin dan aku mintak sikit lagi kredit masa dengan korang untuk selesaikan urusan hidup sedia ada sebelum aku dapat pergi dengan tenang.

Apa pandangan kau terhadap komik-komik Malaysia?
Berhenti buat kerja pakai mulut. Pengkarya dan pengkritik berenti berbalah tentang genre komik. Fokus siapa pembaca dan pembeli karya kita dan jangan berhenti berusaha hasilkan sesuatu yang mengagumkan.

Aku nak tau jugak ni…kau buat apa sekarang?
Jadi Art Director kat Vision Animation Sdn. Bhd.

Soalan bonus. Kau suka teh tarik ke teh ais ke kopi ke apa?
Main badminton.

Mamak! Air badminton satu! Kurang gula...kasi susu lebih!
:)
- Kartunis Aie akan beraksi di Maskara 7 Februari 2009. Tempat biasa: Planet Pena. Tandakan dalam diari anda.

24 comments:

sinaganaga said...

hahahahahahaaa... temubual yang serius - tapi kita masih boleh gelak. tak ada 'babi babi' - bravo! tahniah Azzam.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aie!!

Minat sama kamu!!

Anonymous said...

ooo muka aie macam ni. gua mati-mati ingat muka aie macam muka hero blues untuk aku tu.

aie tak ada blog ke?

Tok Rimau said...

Nanti bawak karya dia yang aku beli. Aku nak dia sign.

Mohafiz MH, M.D. said...

salam..

encik azam supardi la penulis aku hidup dalam blues tu?yang namanya toyon tu (ke silap,lama dah baca cerita tu)..bapak best.sayang tak bersambung..last aku baca si sham jadi macam tabligh

Sindiket Soljah said...

13: ya. toyon = azam supardi.

toyon nama samaran. azam supardi nama sebenar.

dugongsenyum said...

air badminton tu minuman diet ka? aku nak satu!

HAHA

omarkhayam said...

suka aie...nak bwk isu blues 001. abg aie..nak saiiiin

Unknown said...

aie la pulak....tahap fardu ain kene turun ni...

Anonymous said...

G,
Aku serius, Aie gelak ha ha ha!

ZARA,
Aku syak Aie pun minat sama kamu :)

FUL,
Ada mirip sikit-sikit. Cuba tengok dengan teliti. Heh.

MAU,
Nanti aku mintak Aie lukis karikatur Tok.

13,
Errr...Sol-Jah dah jawabkan :)

GONG,
Air untuk akil baligh. Kau dah boleh dah, Basri. Heh.

OMAR,
Jangan...jangan tak bawak.

GUNX,
Oraits! Turun...turun.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

cis wartawan yang interview gua tu buat kerja tak siap.banyak tak censored.jujur sangat wartawan tu jenderal..

army4war said...

wohooo~ ni ke aie.. dulu follow ujang pasal citer dia..

aie ada sikit muka hero blues untuk aku (tipu)

sinaganaga said...

Yapong,
Tak apa - nanti aku gi maki dia. Ha ha.

Anonymous said...

Pipi - eceh, dah mula "komersial" eh?

Standard la, bila tak terkenal dulu takde pikir nak self-censored, bila dah ramai follower, baru nak fikir pasal nak jaga imej. Nak jaga apa kata orang lain.

lepas ni jangan mencarut juga atau sebut alat kelamin wanita.

Oooo...tu tak pe ye?

Anonymous said...

Ini bukan isu "self-censored" ker, komersial ker, banyak follower ker, jaga imej ker, atau pebenda reason lagi yang nak keluar. Band Rock kat luar negara pun mencarut riuh rendah. Banyak ja follower dan boleh ja komersialkan dengan berjaya. Filem porno lebih pada mencarut lagi, dah masuk bab real melucah secara nyata dah, banyak jugak follower dan malah tersangat berjaya dikomersialkan.

Mencarut tu larangan Nabi, kalau rasa tak bleh buat sebab mulut dah memang style mencarut sejak azali, takyah la komplen banyak. Diamkan ja.

Kalau asyik komplen banyak bab-bab macam ni, aku takut nanti status ko, ah chong dan sugamaran jadi sama!

p/s - pp apa-pa pun hal pun, aku memang salute kat ko!

Tok Rimau said...

Anon,
Vovin dan PP tak bertengkar. Mereka cuma bersenda kasar. Jangan ambil hati. Itu cara mereka meluahkan kasih sayang.

jOnOs said...

AAAaaaiiieeeee....

Nak mintak sain dalam pusat!

Tujuh Kaki Dalam said...

fuh.

bagi aku bro Aie ni adelah pencetus revolusi komik di zaman aku muda2 (sekolah menengah dulu).

siap semua bajet nak jdi blues.

karya terawal aie dgn Ujang tak silap aku Jibam kot.

pastu bermulalah Blues..

semua nak jadi blues.

termasuk aku.

Ha Ha Ha!

Anonymous said...

Tahniah...Kedatangan AIE malam tadi sungguh mengujakan sebagaimana tertera di dalam poster.
Aku nampak ujang di bangku taman rumah pena.
...aku dengar nama tembakau dan yang aku lihat si naga-naga.semuanya sebagaimana tersangka.terima kasih.

Anonymous said...

Rugi aie tak bt show mlm tu.kalau aie dtg mesti dia pengsan tengok pipiyapong pya kelakar gile.hidup pipiyapong!x apa aie,gua terus support lu.untuk sidiket soljah,teruskan usaha utk dptkan aie maskara akan dtg.ujang,gua suka lu pya show yg pendek x hingat tu hahahaha!

Anonymous said...

hahahaha.....ujang punya show cakap 2-3 baris saja.Memang korang kelakar la.

BROTHAHOOD OF DEENSIGN said...

assalamualaikum,para artis tanah airku..sila link ke 54missileartsmodern manala tahu boleh
berkerjasama bagi menaikkan lagi
nama Malaysia di mata dunia..hehehe

adz said...

Aie..sy suka kartun blues untuk aku..hope adakan la lg..dlm bentuk blog pun ok..tp kalau mcm dulu pun ok..

blindgraphique said...

Idola