Wednesday, 26 November 2008

stok ROMLAH semakin susut!

romlah
21 Nov 2008 by en_me
Ingin membeli buku novel ‘romlah’ itu. Tapi sampai sekarang masih belum tiba. Jadi pihak penerbit telah berbesar hati menggantikan dengan yg baru. Dan me menjadi pemilik buku novel itu dengan rasminya hari ini. Alahai.


Baru Sampai - ROMLAH THE UNTOLD STORY
12 Nov 2008
by sitinurulhawa
Dulu aku beli k-eight dan aku suka, jadi aku beli romlah pulak. sindiket soljah jahat. Diaorg suka buat cetakan terhad je pastu tak cetak gi. Jadi paksa rela kenalah beli jugak, tak boleh tangguh2 kalau nak punyai buku ni. ...


ROMLAH dah sampai..
11 Nov 2008 by landaklaut
Encik Landak datang semalam dan bawa bersama Romlah datang. Romlah? sape tu? girlfriend baru? Ewah! bukanlah! beranilaa kalau die tu girlfriend! Ni haaa Romlah yang dinanti-nantikan tu.. ROMLAH the untold stories ...

Sehari dalam Hidup Saya
17 Nov 2008 by kekure
Kata Saharil dalam tulisannya di dalam Romlah the Untold Stories : Kadang-kadang realiti sebenar terlalu hambar, kita lebih percaya pada pembohongan. Aku tak perlu mengulas sebab itu hal peribadi dia dan kawannya, hanya mereka yang tahu ...

benak
18 Nov 2008 by doff
... gi sri aman. berangkat dari rumah aku jam 7 pagi. perjalanan dari kuching ke sri aman lebih kurang 3 jam. abang ipar aku yang drive. ako dok belakang sambil baca buku Romlah the Untold Stories. ada ler setengah jam aku membaca, ...

Cerita kawan Latep masuk masjid dengan Romlah.
3 Nov 2008 by blackpurple @ jowopinter
Petikan cerpen Serabut saya yang tak best dan entah apa-apa itu, termuat di dalam antologi terbitan Sindiket Sol-Jah, Romlah - The Untold Stories bersama 17 pencerpen yang lain. Juga 18 cerpen-cerpen seksi lain yang bisa menjentik jiwa ...



Tanda Tanya
4 Nov 2008 by Amy Z!
Aku quote ini dari Saharil di dalam ROMLAH:THE UNTOLD STORIES. (Yup, aku dah habis baca Romlah tadi. Owh. Something I can't resist bila dah ada di depan mata. Exam, exam lah. Baca Romlah, tetap baca juga. Haha.) ...

Tetiba gua rasa macam artis kena interview pulak.
5 Nov 2008 by Rambo
Smoking + reading Romlah the Untold Stories + mengeteh. 3. Favorite Memory with significant other? ~ Flat tire at Durian Tunggal. Fffff! 4. Last gift received? ~ a pencil. Back to primary school. kot? 5. Describe the last picture you ...

Aku perlukan rehat...
3 Nov 2008 by sukahati
Mlm tuh jugak aku dapat rembat kumpulan cerpen paling sexy, 'Romlah: The Untold Stories'. Menjadikan ini buku ke-6 dalam barisan buku2 yang aku beli tapi belum baca. Adehhh. Pukul 11, kitorang dah kene blah. ...

ROMLAH oh ROMLAH!
11 Nov 2008
by addyaholix
ROMLAH dah datang. Aku senyum pada ROMLAH tapi langsung tiada reaksi. Aku sentuh ROMLAH tapi langsung dia diam. Aku peluk ROMLAH erat-erat tapi dia tetap membisu. Aku terus dakap ROMLAH kejap-kejap. Tak mahu lepas. ...

review romlah
8 Nov 2008
by sabariah.noor
Banyak cerita dalam Romlah yang menyentuh sensitiviti kaum wanita contohnya aku, yang dah baca buku ni seolah-olah merendah-rendahkan martabat seorang wanita yang hanya tujuannya menjadi bahan pemuas nafsu si sang lelaki. ...

I Think It Coud Work Marylin
3 hours ago
by eamy
The B&W still didn't finished yet. Dang! I just saw the sun for less than one hour, huhu. But last night I saw the sun again at 2 am. How come? Satu perkara lagi. Romlah dah sampai, yeay! King cakap sape takde Romlah dia kodi. La la la. ...

Mereka sudah memilikinya. Anda bila lagi?

Email sindiketsoljah(at)gmail(d0t)com untuk mendapatkan antologi sensasi masakini: ROMLAH THE UNTOLD STORIES.

Kata sitinurulhawa, "
sindiket soljah jahat. Diaorg suka buat cetakan terhad je pastu tak cetak lagi. Jadi paksa rela kenalah beli jugak, tak boleh tangguh2 kalau nak punyai buku ni..."

Sanggupkah anda menggigit jari lagi setelah gagal memiliki buku-buku kami sebelum ini? Tunggu apa lagi, e
mail sindiketsoljah(at)gmail(d0t)com untuk mendapatkan antologi sensasi masakini: ROMLAH THE UNTOLD STORIES.

Kata eamy, "
sape takde Romlah dia kodi..."

Anda kodi? Jika tidak, jangan buang masa, e
mail sindiketsoljah(at)gmail(d0t)com untuk mendapatkan antologi sensasi masakini: ROMLAH THE UNTOLD STORIES.

Stok semakin susut. Jangan nanti nama anda diabadikan sebagai orang yang gagal memiliki antologi Romlah. Mati mata terbeliak kerana kempunan. Menjadi kera sumbang tatkala rakan sekeliling berbicara tentang Romlah.

E
mail sindiketsoljah(at)gmail(d0t)com sekarang untuk mendapatkan antologi sensasi masakini: ROMLAH THE UNTOLD STORIES.

16 comments:

addyaholix said...

selepas ROMLAH siapa pulak? aku dah tak sabar dah!

sinaganaga said...

MESTURA! Ha ha. Or, kau orang nak kami tulis pasal LELAKI pulak?

OP Zaharin said...

naga, kita kena pertimbangkan cadangan tersebut.

asik cerita pasal wanita ja, nanti orang syak kita bukan gay.

Anonymous said...

Cerita pasal perempuan, org tuduh kita kaki layan perempuan.

Cerita pasal lelaki, org tuduh kita gay.

Cerita pasal gay, org tuduh kita kaki layan gay.

Mau cerita pasal apa lagi?

Anonymous said...

-terasa jeles sbb romlah lebih glamer skrg.. hauu~~~~

cuba bagi kat perempuan pulak cite pasal lelaki.. pasal budak2 bujang tingkat 4 ke.. kompem tak gay. ha ha ha..

addyaholix said...

tak kisahlah apa orang nak kata.

tuh kan trademark sol-jah haha!

jiGOMorrison said...

ROMLAH merendahkan martabat perempuan?!

Dalam terbitan kami yang akan datang, apa yang kamu mahu baca? Mungkin kami patut selit, "Sinaganaga mendatangi Mat Jan dari belakang"?

Kalau itu akan merendahkan apa pula?

Anggaplah ROMLAH sebagai satu provokasi. Namun Sindiket Sol-Jah tidak pernah sesekali mahu merendahkan intelektual pembaca, baik lelaki atau perempuan.

Cerita-cerita Sol-Jah tidak pernah mahu meninggalkan lohong moral.

Kamu adalah apa yang kamu fikirkan.

Yang buruk, jadikan sempadan. Yang baik, jadikan tauladan.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Anonymous said...

romlah best la weii. pedulik la apa org kata. korg tau apa yg korg buat dah cukup

Anonymous said...

Alaa, biasa le tu Jigo. Tak payah ambik port.

Pejuang-Pejuang Hak Moral dan Martabat Wanita (PHEWIT) ni akan sentiasa datang dan pergi.

Tu komen dari polis moral belum lagi tu.

Bira berbeda ideologi, ayuh kitak ke MASKARA. Yok!

Ngeh! Ngeh!

(Kalau aku kata aku menulis untuk vagina mesti dah bertempik semua PHEWIT agaknye)

bukan orang pinkish said...

tulis pasal lelaki pulak..baru adil..buka pekung sang lelaki..

Anonymous said...

romlah menelanjangkan malu perempuan, dan memakaikan berani lelaki.
romlah hanya tahu berkehendak, dan penulis romlah memberikannya (kehendak itu)
romlah tidak tahu apa itu falsafah, dan penulis cerpan romlah mengakali romlah dengan falsafah.
tahniah penulis2 romlah walaupun cerpan korang, taklah best mana pun.

-rompong malaikat-

sinaganaga said...

VOVIN MEMANG MENULIS UNTUK VAGINA!!!! Pewittttt! Ha ha.

Rompong,
Secara peribadi, aku rasakan ROMLAH ada sedikit kurang best/kurang umphhh jika dibandingkan dengan K-EI8HT.

Ermmmm... mungkin kerana ROMLAH ditulis secara tergesa-gesa or ditulis secara sambil lewa or penulis-penulis ROMLAH, ramai yang masih terperangkap dengan jaring-jaring lekit K-EI8HT.

Aku masih vote KUDETA & K-EI8HT sebagai projek yang seronok ketika dikerjakan. :)

Sori, ini pandangan peribadi, tak kisahlah kalau aku nak hentam buku kami sendiri, HA HA.

InsyaAllah, 'kami' akan datang lagi, dengan 'standard' yang lebih tinggi (daripada ROMLAH).

Teruskan menyokong usaha-usaha Sindiket Sol-Jah (yang berpakat untuk menyuntik pop ke dalam karya-karya mereka).

HUBAYA! HUBAYA!

Ma'asalam.

sinaganaga said...

Apa yang tak best-nya dalam ROMLAH? Anda kena dapatkan ROMLAH: THE UNTOLD STORIES untuk mengetahuinya.

Ha ha, humchaaaa!!!!!

P/s: Tapi, cover ROMLAH: THE UNTOLD STORIES memang cun!

Mat Jan said...

Romlah VS K-eight?

Hmmm... kalau dibaca setiap cerpen secara tunggal, pada aku lebih banyak cerpen best dalam Romlah.

tapi, jika dibaca secara keseluruhan, pengalaman membaca K-eight lebih best. ini kerana cerpen-cerpen dalam K-eight bersilang antara satu sama lain.

dari segi jumlah cerita yang aku suka: romlah aku suka 11 cerita. k-eight aku suka 7 cerita. jadi, dari segi jumlah cerita yang best, romlah menang. TETAPI, bila dikira secara peratusan, 11/19 cerita = 58%, manakala 7/9 cerita = 78%. jadi, k-eight menang balik.

lagi satu, terdapat kelucahan melampau dalam TIGA CERPEN dalam romlah. dalam cerpen-cerpen lain, dan k-eight, jika ada kelucahan pun, hanya lucah runcit-runcit saja (pinjam istilah pipiyapong).

so, Romlah VS K-eight, keputusannya k-eight menang 3-2. haha. ya, k-eight lebih best, tapi romlah kalah tipis saja. bukan kalah teruk.

jadi, jangan bimbang untuk membeli romlah, tak rugi punya. RM20 yang kalian bayar untuk beli romlah adalah untuk 11 cerpen yang best itu. yang 8 lagi tu kami kasi free!

sinaganaga said...

And one more thing MatJan, hang lupa, segala keuntungan daripada pernjualan ROMLAH: THE UNTOLD STORIES akan kami belanjakan ke jalan yang benar - untuk segala perbelanjaan menganjuran MASKARA pada masa akan datang!

Ini janji kami, MASKARA 2009 lebih best, lebih mantopppp! Humcha!

Dan, MASKARA masih macam selalu-selalu - masih FREE!

Anonymous said...

kalau saya nak beli romlah macam mana?