Monday, 3 November 2008

Minus One

Sama ada kamu perasan atau tidak, Amir Mukhriz sudah tidak lagi berada dalam barisan Sindiket Sol-Jah.


Foto ehsan: www.irwandy.com
Dari kiri: Tok Rimau, Op, Vovin, Spyz, Sinaganaga, Samurai, Jigo, Pipi "All Out" Yapong, Mat Jan.

Amir Mukhriz sukar memberi yang terbaik untuk Sindiket Sol-Jah dan tidak mahu lagi memberi harapan palsu pada rakan Sol-Jah yang lain. Sinaganaga bersetuju membenarkan Amir bersara awal. OK, katanya. Ringkas sahaja jawapannya.

Tok Rimau marah-marah. Katanya pada Jenderal, "Dulu masa Jigo nak berhenti, beriya-iya kau tahan dia ya? Bila Amir nak berhenti, kau cuma balas 'OK' sahaja?"

"Dah tu, kau nak aku jawab apa lagi?" Kata Sinaganaga, dalam gelak-gelak.

Tabik untuk kamu, Amir Mukhriz. Hingga ketemu lagi, sahabatku.

P/S: Masa Irwandy tangkap gambar ni, wa rasa sungguh sentimental. Lebih feel daripada bergambar dengan famili di hari raya. Heh!

28 comments:

famia said...

alahai.
kurang 1 souljah.

addyaholix said...

kurang satu tak bermakna kurang idea nya kan !

spyz said...

aku ingat cuma aku sorang berperasaan yg sama.. heh..

bukan selalu kita dpt bergambar cukup korum..

Danielle_Corleone said...

gua harap kita terus dapat berkerjasama. :-)

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

alahai...

berkurang...

tapi masih mampu meberi yang terbaik..

syukur...

kenangan itu mesti indah...

Pyanhabib said...

biarkan! biarkan!
(hoih, baju putih tu iras santana pulak dah!)

Pyanhabib said...

biarkan! biarkan!
(gua teringat filem `melayu 106' mamat khalid dan kesian soljah kurang seorang)

-nimy- said...

oh begitu al-kisahnya. tercari2 juga, kerana tak nampak AM di majlis2 sol-jah (maksud saya, di gambar2 post party majlis2 anjuran sol-jah)

p/s: apsal jenderal itu tidak memakai uniform rasmi yang berwarna seperti cadbury dairy milk? tak ada saiz kah? hahahahaha

sinaganaga said...

Pyanhabib,
Tu le pasal. Santana = Latino. Hasantana = Melayu 106 kot, ha ha ha ha ha.

Nimy,
Hok tu pun uniform rasmi Sindiket Sol-Jah juga. Version 1.0. Yang warna cokelat tu - version 1.3. Yang tengkorak pakai helmet tu - version 1.2 beta. Ha ha.

Po said...

tapi kan..

dengan reputasi Sindiket Soljah dan event Maskaranya yang..

yang..

melangit hebat.

Aku rasa..design t-shirt yang lebih baik dan lebih seni adalah perlu, supaya semua org jealous dgn Sindiket.

Itu rupa macam T-Shirt aku buat untk Fakulti aku...duabelas tahun dulu yob!

dugongsenyum said...

Bukunota pun dah takde.

samurai said...

Seingat aku, kita cuma bergambar cukup korum masa piknik je.

Ini gambar cukup forum yg terbaik.

Gambar masa piknik hari tu, masing2 tak mandi pagi lagi.

Huhuhu..

Tok Rimau said...

Orang muda suka lekat poster band kegemaran mereka di dinding. Kita kena buat gambar ni saiz poster dan edarkan.

sinaganaga said...

Aaaa, majalah URTV, HAI, EH!, SERI minta kita hantar gambar ni kepada mereka. *LOL*

amer zaman said...

boleh gantikan..?

addyaholix said...

sebetulnya KKYKS itu apa?

dari dulu aku cuba gali dan korek otak aku dalam-dalam, tapi sampai sekarang aku belum tahu maksudnya.

the-mulan® said...

suka gambar ni,.. cantik sangat,..

dugongsenyum said...

Tok Rimau,
Buat kalendar 2009 aaa.. kalendar saiz poster. Atas dia ada autograf setiap ahli sol-jah.

Amy Z! said...

spyz : orang2 dah matang ni mmg sentimental.

sikit2 terasa.
sikit2 merajuk.

hahaha.

spyz said...

po - ianya adalah tentang duit bro. ada duit kalu songket terengganu sepersalinan lengkap kitorang order dari ngko.. ha ha..

basri - ahli soljah ada yg hilang senyap2, ada yg undur diri secara terhormat. tapi, yang ngendeng2 nak jadi anggota soljah sebenarnya lebih ramai.. ha ha..

addyaholix - wahh.. membelek sungguh dia ya :-)

KKYKS - kawan-kawan yang kita suka

MASKARA - malam baca naskhah sindiket soljah dan kawan-kawan yang kita suka.

jgn ditanya mana dtgnya huruf 'R' perkataan Maskara itu.. misteri yg tidak akan terjawab.. ha ha..

spyz said...

amyz - ciss.. pandai le ko..
bukan sentimental.. tapi kami jenis pandai menghargai kawan :-)

Amiene Rev said...

Amir Mukhriz sudah syahid...

Oh.. sambil berkabung.

Nazim Masnawi said...

Mungkin this fascist group dah boleh start ambik perempuan.

cik puan daun said...

aku rasa ramai (lelaki) teringin jadi ahli soljah.. ahahaha..

bukan senang weih jadi ahli soljah.. dorang memilihhh..

fadz said...

gdbye amir!

fadz said...

we'll miss u!

madulebah said...

sekarang yang kosong adalah groupies untuk soljah!!!!

amirMukhriz said...

:)

Ada kalanya, lagu "minus one" lagi "layan".....

Thanx 4 the sweet memories :)