12 Nov 2008 by sitinurulhawa
Dulu aku beli k-eight dan aku suka, jadi aku beli romlah pulak. sindiket soljah jahat. Diaorg suka buat cetakan terhad je pastu tak cetak gi. Jadi paksa rela kenalah beli jugak, tak boleh tangguh2 kalau nak punyai buku ni. ...
11 Nov 2008 by landaklaut Encik Landak datang semalam dan bawa bersama Romlah datang. Romlah? sape tu? girlfriend baru? Ewah! bukanlah! beranilaa kalau die tu girlfriend! Ni haaa Romlah yang dinanti-nantikan tu.. ROMLAH the untold stories ... |
18 Nov 2008 by doff ... gi sri aman. berangkat dari rumah aku jam 7 pagi. perjalanan dari kuching ke sri aman lebih kurang 3 jam. abang ipar aku yang drive. ako dok belakang sambil baca buku Romlah the Untold Stories. ada ler setengah jam aku membaca, ... |
3 Nov 2008 by blackpurple @ jowopinter Petikan cerpen Serabut saya yang tak best dan entah apa-apa itu, termuat di dalam antologi terbitan Sindiket Sol-Jah, Romlah - The Untold Stories bersama 17 pencerpen yang lain. Juga 18 cerpen-cerpen seksi lain yang bisa menjentik jiwa ... |
11 Nov 2008 by addyaholix
ROMLAH dah datang. Aku senyum pada ROMLAH tapi langsung tiada reaksi. Aku sentuh ROMLAH tapi langsung dia diam. Aku peluk ROMLAH erat-erat tapi dia tetap membisu. Aku terus dakap ROMLAH kejap-kejap. Tak mahu lepas. ...
review romlah
8 Nov 2008 by sabariah.noor
Banyak cerita dalam Romlah yang menyentuh sensitiviti kaum wanita contohnya aku, yang dah baca buku ni seolah-olah merendah-rendahkan martabat seorang wanita yang hanya tujuannya menjadi bahan pemuas nafsu si sang lelaki. ...
I Think It Coud Work Marylin
3 hours ago by eamy
The B&W still didn't finished yet. Dang! I just saw the sun for less than one hour, huhu. But last night I saw the sun again at 2 am. How come? Satu perkara lagi. Romlah dah sampai, yeay! King cakap sape takde Romlah dia kodi. La la la. ...
Mereka sudah memilikinya. Anda bila lagi?
Email sindiketsoljah(at)gmail(d0t)com untuk mendapatkan antologi sensasi masakini: ROMLAH THE UNTOLD STORIES.
Kata sitinurulhawa, "sindiket soljah jahat. Diaorg suka buat cetakan terhad je pastu tak cetak lagi. Jadi paksa rela kenalah beli jugak, tak boleh tangguh2 kalau nak punyai buku ni..."
Sanggupkah anda menggigit jari lagi setelah gagal memiliki buku-buku kami sebelum ini? Tunggu apa lagi, email sindiketsoljah(at)gmail(d0t)com untuk mendapatkan antologi sensasi masakini: ROMLAH THE UNTOLD STORIES.
Kata eamy, "sape takde Romlah dia kodi..."
Anda kodi? Jika tidak, jangan buang masa, email sindiketsoljah(at)gmail(d0t)com untuk mendapatkan antologi sensasi masakini: ROMLAH THE UNTOLD STORIES.
Stok semakin susut. Jangan nanti nama anda diabadikan sebagai orang yang gagal memiliki antologi Romlah. Mati mata terbeliak kerana kempunan. Menjadi kera sumbang tatkala rakan sekeliling berbicara tentang Romlah.
Email sindiketsoljah(at)gmail(d0t)com sekarang untuk mendapatkan antologi sensasi masakini: ROMLAH THE UNTOLD STORIES.
16 comments:
selepas ROMLAH siapa pulak? aku dah tak sabar dah!
MESTURA! Ha ha. Or, kau orang nak kami tulis pasal LELAKI pulak?
naga, kita kena pertimbangkan cadangan tersebut.
asik cerita pasal wanita ja, nanti orang syak kita bukan gay.
Cerita pasal perempuan, org tuduh kita kaki layan perempuan.
Cerita pasal lelaki, org tuduh kita gay.
Cerita pasal gay, org tuduh kita kaki layan gay.
Mau cerita pasal apa lagi?
-terasa jeles sbb romlah lebih glamer skrg.. hauu~~~~
cuba bagi kat perempuan pulak cite pasal lelaki.. pasal budak2 bujang tingkat 4 ke.. kompem tak gay. ha ha ha..
tak kisahlah apa orang nak kata.
tuh kan trademark sol-jah haha!
ROMLAH merendahkan martabat perempuan?!
Dalam terbitan kami yang akan datang, apa yang kamu mahu baca? Mungkin kami patut selit, "Sinaganaga mendatangi Mat Jan dari belakang"?
Kalau itu akan merendahkan apa pula?
Anggaplah ROMLAH sebagai satu provokasi. Namun Sindiket Sol-Jah tidak pernah sesekali mahu merendahkan intelektual pembaca, baik lelaki atau perempuan.
Cerita-cerita Sol-Jah tidak pernah mahu meninggalkan lohong moral.
Kamu adalah apa yang kamu fikirkan.
Yang buruk, jadikan sempadan. Yang baik, jadikan tauladan.
Renung-renungkan, dan selamat beramal!
romlah best la weii. pedulik la apa org kata. korg tau apa yg korg buat dah cukup
Alaa, biasa le tu Jigo. Tak payah ambik port.
Pejuang-Pejuang Hak Moral dan Martabat Wanita (PHEWIT) ni akan sentiasa datang dan pergi.
Tu komen dari polis moral belum lagi tu.
Bira berbeda ideologi, ayuh kitak ke MASKARA. Yok!
Ngeh! Ngeh!
(Kalau aku kata aku menulis untuk vagina mesti dah bertempik semua PHEWIT agaknye)
tulis pasal lelaki pulak..baru adil..buka pekung sang lelaki..
romlah menelanjangkan malu perempuan, dan memakaikan berani lelaki.
romlah hanya tahu berkehendak, dan penulis romlah memberikannya (kehendak itu)
romlah tidak tahu apa itu falsafah, dan penulis cerpan romlah mengakali romlah dengan falsafah.
tahniah penulis2 romlah walaupun cerpan korang, taklah best mana pun.
-rompong malaikat-
VOVIN MEMANG MENULIS UNTUK VAGINA!!!! Pewittttt! Ha ha.
Rompong,
Secara peribadi, aku rasakan ROMLAH ada sedikit kurang best/kurang umphhh jika dibandingkan dengan K-EI8HT.
Ermmmm... mungkin kerana ROMLAH ditulis secara tergesa-gesa or ditulis secara sambil lewa or penulis-penulis ROMLAH, ramai yang masih terperangkap dengan jaring-jaring lekit K-EI8HT.
Aku masih vote KUDETA & K-EI8HT sebagai projek yang seronok ketika dikerjakan. :)
Sori, ini pandangan peribadi, tak kisahlah kalau aku nak hentam buku kami sendiri, HA HA.
InsyaAllah, 'kami' akan datang lagi, dengan 'standard' yang lebih tinggi (daripada ROMLAH).
Teruskan menyokong usaha-usaha Sindiket Sol-Jah (yang berpakat untuk menyuntik pop ke dalam karya-karya mereka).
HUBAYA! HUBAYA!
Ma'asalam.
Apa yang tak best-nya dalam ROMLAH? Anda kena dapatkan ROMLAH: THE UNTOLD STORIES untuk mengetahuinya.
Ha ha, humchaaaa!!!!!
P/s: Tapi, cover ROMLAH: THE UNTOLD STORIES memang cun!
Romlah VS K-eight?
Hmmm... kalau dibaca setiap cerpen secara tunggal, pada aku lebih banyak cerpen best dalam Romlah.
tapi, jika dibaca secara keseluruhan, pengalaman membaca K-eight lebih best. ini kerana cerpen-cerpen dalam K-eight bersilang antara satu sama lain.
dari segi jumlah cerita yang aku suka: romlah aku suka 11 cerita. k-eight aku suka 7 cerita. jadi, dari segi jumlah cerita yang best, romlah menang. TETAPI, bila dikira secara peratusan, 11/19 cerita = 58%, manakala 7/9 cerita = 78%. jadi, k-eight menang balik.
lagi satu, terdapat kelucahan melampau dalam TIGA CERPEN dalam romlah. dalam cerpen-cerpen lain, dan k-eight, jika ada kelucahan pun, hanya lucah runcit-runcit saja (pinjam istilah pipiyapong).
so, Romlah VS K-eight, keputusannya k-eight menang 3-2. haha. ya, k-eight lebih best, tapi romlah kalah tipis saja. bukan kalah teruk.
jadi, jangan bimbang untuk membeli romlah, tak rugi punya. RM20 yang kalian bayar untuk beli romlah adalah untuk 11 cerpen yang best itu. yang 8 lagi tu kami kasi free!
And one more thing MatJan, hang lupa, segala keuntungan daripada pernjualan ROMLAH: THE UNTOLD STORIES akan kami belanjakan ke jalan yang benar - untuk segala perbelanjaan menganjuran MASKARA pada masa akan datang!
Ini janji kami, MASKARA 2009 lebih best, lebih mantopppp! Humcha!
Dan, MASKARA masih macam selalu-selalu - masih FREE!
kalau saya nak beli romlah macam mana?
Post a Comment