Wednesday 9 January 2008

Apa kata Jigo tentang K-Eight

Sebaik habis membaca cerpen aku dalam K-Eight, isteri aku kata, "awak tulis lucah, bahasa awak kasar!"

** ** ** **

K-Eight adalah seperti gugusan angin yang terhimpun di bawah sayap rama-rama di Brazil. Aku harap, satu hari nanti, ia boleh menjadi tornado di Texas.

Kalau sebelum ini, pembaca dihidangkan dengan bebola idea dan tema Kudeta dan Kalashnikov, kali ini dengan K-Eight kami mahu menguji kemampuan mengarang karya yang watak-wataknya disatukan oleh situasi. Dan watak-watak silang menyilang dan menyokong antara sama satu lain.

Kalau kau sudah terbiasa dengan filem-filem Alejandro González Iñárritu, aku kira, tak jadi masalah untuk kau menghadam kisah-kisah di dalam K-Eight ini.

** ** ** **

Cerpen yang menjadi pilihan aku dalam K-Eight ialah Bongek Kuasa Dua oleh Samurai.

Bukan cerpen rakan-rakan lain tidak menarik, cuma aku sudah terbiasa dengan persembahan Mat Jan, Tok Rimau, Vovin, Sinaganaga dan Op, jadi sudah tiada lagi elemen surprise lagi. Tapi sebaik sampai di noktah terakhir cerpen Samurai, aku berkata, "Oh, man!" (Sila rujuk Dora the Explorer untuk sebutan yang tepat.)

Cerpen Samurai seperti ular yang melingkar dalam bulatan; kau baca dan akhirnya kau akan dibelit. Dialognya kalaupun tidak segar tapi memikat. (Siapa kata klise adalah perkara yang membosankan?) Watak-watak dalam cerpennya terkinja-kinja meminta perhatian. Emosi mereka kental, psikologinya menyakinkan. Apa lagi yang boleh aku katakan selain pujian yang melambung-lambung?

Kalau Mat Jan cuma beri tiga bintang untuk cerpen Samurai, aku lebih bermurah hati dengan memberinya 4.25 bintang. (Tak sia-sia aku melobi agar Samurai ditarik masuk untuk mengukuhkan barisan Sol-Jah. Ha ha! Jangan lupa Samurai, masukkan wang seperti yang kau janjikan terus ke akaun Maybank aku. SEGERA!)

** ** ** **

"Buku yang menarik," kata isteri aku lagi. "Bahasa Tok Rimau menarik, cerita Naga menarik. Mat Jan seperti biasa, dengan lawaknya. Watak-watak cerpen Samurai, best."

Dia tak sebut nama Op dan Vovin. Maaf!

** ** ** **

K-Eight adalah cuma satu dari ribuan tompokan warna dalam lukisan aliran pointilism. Ia mungkin tidak sempurna, kerana bukan itu yang dikejarnya. K-Eight berusaha meninggalkan ruang-ruang di antara watak-wataknya untuk kau fikir (dan isi, kalau mahu.)

Dapatkan segera, selagi stok masih ada. Tidak terdapat di kedai-kedai mamak (dan toko-toko buku besar berhampiran anda). Hubungi terus penulis-penulis* untuk pesanan.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

* Nota: Jangan hubungi Sinaganaga, stoknya dah lama habis!!

5 comments:

Anonymous said...

jigo, aku suka babak "uncle nyamuk" dalam cerpen samurai. uncle nyamuk samurai lebih best daripada uncle nyamuk naga. haha!

cerpen vovin lambat hadam sebab tak ada dialog. pembaca kena telan monolog dalaman usman dari mula sampai habis.

tapi, seriously, k-eight kalau baca dari mula sampai habis memang best. pembaca boleh cuba-cuba buat cerpen sendiri: cerita Romlah, cerita budak-budak tabligh, cerita Ruby (kucing betina), cerita Ani (pelayan pub), cerita mamat burger, cerita Kate, etc.

setiap watak sampingan boleh dikembangkan jadi watak utama.

sinaganaga said...

Aku cuma boleh berharap: selepas ini Samurai akan bekerja lebih kuat lagi untuk Sindiket Sol-Jah. Jangan tunggu orang suruh - sendrik tawarkan tenaga untuk jayakan aktiviti2 Sindiket Sol-Jah.

sinaganaga said...

Oh ya, dah lah tu, cukup cukuplah ulas buku sendiri. HA HA HA HA HA.

Anonymous said...

Naga,

Aku masih malu2.

sinaganaga said...

Samurai,
Kemalumaluan? Wo! Ha ha.