Reviu
Kolaborasi 7 pemuda (ada pemudi?) yang berjaya menghasilkan cerita dalam cerita, watak-watak empatik dan simpatik yang berinteraksi antara satu sama lain, di mana akhirnya semua itu kembali bersarang dalam satu blok perumahan pangsa (apartment?) yang dinamakan blok K-8.
Setelah puas menghening cipta, barulah aku dapat tangkap maksud simbolik K-8. Perhatikan siapakah nama watak sentral yang disebut berulang-ulang dalam setiap cerita pendek yang ditulis. Kate. K-8. Kate. K-8. K-ate...
'K-eight' bagai ada semua; psikoanalisis, misteri sixth sense, elemen rasa bersalah boleh menghantui kembali (ala Edgar Allan Poe's The Tell-Tale Heart, cuma kini melibatkan kucing), kritikan sosial (isu demonstrasi dan "ini bukan budaya kita") dan sindiran kepada personaliti terkenal Malaysia.
Bukan, 'K-eight' bukan bacaan no-brainer, malah pada satu-satu ketika ia begitu menggigit minda anda, memeras anda untuk berfikir dengan lebih lateral. Silalah berkunjung ke blok K-8, anda tidak akan kerugian melawatinya.
-----
Tadi adalah cut paste dari entri beliau di Ulas Buku
Terima kasih kerana sudi membaca karya kami.

1 comment:
WEDNESDAY, JANUARY 09, 2008
K-eight (2007), terbitan terbaru Sindiket Soljah
Tidak dinafikan apa yang membuat saya tertarik mengenai buku ini ialah tangga berhantu ini. Satu rekaan grafik yang sangat menawan. Malah logo atau nama K-eight itu juga berjaya dilakukan dengan penuh inovasi sekali. Jika anda akhirnya tidak menyukai apa yang tertulis di dalam ini (yang mana ianya amat mustahil), saya yakin anda akan menyukai buku ini kerana covernya.
Saya agak terlewat mengenai grup Sindiket Sol-Jah ini. Ternyata mereka adalah anak-anak muda yang sangat berwawasan dan penuh idea yang urban-urban belaka. Mereka ini bolehlah diumpamakan sebagai barisan alternatif (BA) penggiat seni negara. Jangan lupa beri sokongan berterusan kepada BA!
http://ulasbuku.blogspot.com/2008/01/k-eight-2007-terbitan-terbaru-sindiket.html
Post a Comment