Thursday, 31 January 2008

Memperkenalkan...

Hari tu Sinaganaga telefon aku. Dia cakap, "Aku nak tarik Pipiyapong masuk Sol-Jah."

"Siapa?!" Aku tanya. Sebetulnya, memang aku tak kenal mamat ni. Hati aku berdetik, entah kutu berahak mana pula dia nak bawa masuk ni. Ha ha!!

"Kenapa Pipiyapong?" Aku tanya.

"Kalau kereta perisai kita rosak, dia boleh baiki," Sinaganaga balas, "Meeting nanti, aku datang dengan dia. Kau sediakan soalan untuk interview, ya!"

Dengar khabar dia terlibat dalam projek Goblog (bukan produk Sindiket Sol-Jah).

Dengar tu adik-adik. Ya, betul Sinaganaga adalah Ketua Turus Sindiket Sol-Jah, tapi bila tiba hal ehwal pengambilan ahli baru, selalunya aku yang akan dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Panel Penemuduga.

Saja aku bagi soalan susah-susah, biar calon temuduga tak dapat jawab.

Masa Samurai nak dibawa masuk pun, aku juga yang jadi panel penemuramah. Masa sesi temuduga Samurai, aku bawa Dian sekali. Aku tanya soalan, Samurai jawab tak berapa cantik. Apa dia ingat, aku main tiup-tiup api lighter dengan Dian, aku tak dengar jawapan betul-betul ke? Ptuih!!

Hari yang ditunggu tiba. Sinaganaga datang dengan Pipiyapong. Habis saja meeting kami, sesi temuduga pun bermula. Tergagap-gagap Pipiyapong menjawab. Kejap-kejap "Hah?", kejap-kejap garu kepala. Ha ha!!

Tapi akhirnya Pipiyapong juga diterima masuk sebagai rekrut.

Tugasan pertamanya merebiu K-Eight pun dilakukan dengan agak baik. Tugasan seterusnya ialah kerja-kerja pra-produksi MASKARA.

Komen Sinaganaga pasal rekrut terbaharu kami ini, "Bagus Pipiyapong ni sebab dia bisu!" Ha ha!

Saksikan kemunculan ulung Pipiyapong di MASKARA 6, 2 Feb 2008, jam 8.30 malam.

5 comments:

sinaganaga said...

>>"Bagus Pipiyapong ni sebab dia bisu!"

HA HA.

pipiyapong said...

haha tak dapat tune lagi ni..segan ngan otai-otai..

Tok Rimau said...

Pipiyapong cemerlang dlm tugasan keduanya. Bacaannya buat aku ketawa sampai mengalir airmata.

spyz said...

memula dgr pipi nak perform, wa pun rasa berdebar jugak. mamat ni biasa main belakang.. errr... maksud wa dia main bass duduk belakang :-) arini kena sumbang suara plak. first time
jumpa time interview aritu pun wa nmpk dia mcm blur semacam aje...

tapi...

pergh... dasat syiut... keselambaan dia tulah punca sampai wa upa nak tangkap gambar.. ha ha..
salute kat member2 lu dari lipis gak (kumprinx etc..) sanggup dtg bagi support...

wa salute luuu!!!
hidup amy!!
hidup search!!!

p/s sbg adiah, wa ada DVD search perform masa konsert selepas banjir kat JB aritu, nnti wa pass kat lu satu.. ni barang tarak dlm market punya bro...

pipiyapong said...

terima kasih..terima kasih..haha hari ni baru start lega..

kalau tidak, seminggu gua tak keruan..

spyz, cilakak barang rare tuh mmg gua dah lama idam..gua tunggu..