Wednesday 13 February 2008

Pejam celik, pejam celik

Pejam celik, pejam celik pilihan raya... err.. maksud aku, MASKARA datang lagi.

Tolong tanda pada kalendar di meja pejabat kamu, tolong simpan dalam 'To-do list' handphone kamu. Buatlah apa saja, asalkan kamu ingat MASKARA 7 akan menemui kamu pada Sabtu 1 Mac 2008, 8.30 malam.

Bila aku tulis, "menemui kamu", bukanlah bermaksud bahawa MASKARA akan terbang melayang terus jatuh ke riba kamu, atau MASKARA akan dibawa oleh Encik Posmen untuk dihantar ke dalam peti undi.... err.... peti surat kamu. Ingat tu, adik-adik!

Seperti sebelum-sebelumnya, MASKARA masih lagi dijalankan di Rumah PENA. Ya, kami tahu, jalan ke situ sudah kucar-kacir sekarang. Tapi bersabarlah, adik-adik. Panjatkan doa banyak-banyak, supaya Sindiket Sol-Jah lekas-lekas kaya dan mampu beli bangunan sendiri yang semua orang senang nak datang, serta mempunyai ruang parkir yang luas dan cukup untuk semua orang.

Baru sekejap tadi, lepas Sinaganaga telefon aku, aku telefon pula Samurai. Kemudian, selesai berbual dengan Samurai, aku telefon pula Vovin.

Vovin marah-marah. Katanya, "Oh! Sebelum ni seorang pun tak hendak tolong aku. Tapi bila ada awek chomel, semua berebut-rebut nak tolong!!"

Ya, adik-adik! Ingat tu, menurut khabar angin yang bertiup kencang, kononnya ada awek chomel akan datang ke MASKARA kali ini! (Bagi kami, semua awek-awek yang datang ke MASKARA, chomel-chomel belaka! Sungguh!!)

Lagi sekali aku ingatkan bahawa parlimen dibubarkan... err... maksud aku, MASKARA akan dijalankan di Rumah PENA, Sabtu 1 Mac 2008, 8.30 malam.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

3 comments:

Amyz! said...

Ohh.. tiba-tiba aku rasa sangat jeles..

Lily Abdullah said...

sape?sape? sape awek yang chomel itu...(pap!!tepuk kepala). Aku pompuan camna boleh lupa lagi ni. Eiyoo..berMASKARA lagi. Harap kali kali boleh join.

Amyz,
Jangan jeles. takde sape boleh lawan kecomelan kamu.:)

John Hafiz said...

I swear, I cuba datang kali ini.