Friday, 29 February 2008

MASKARA 7

Klik untuk gambo lebih besar


MASKARA 7

Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 01 Mac 2008
Masa: 830 Malam


- Penampilan istimewa Dean Sham sebagai juruacara berani mati,
- Buat pertama kali pasangan suami isteri beraksi di atas pentas (jangan fikir yang bukan-bukan) yakni Samurai dan Ahsuez,
- Dua awek istimewa (dan sudah tentulah comel), Liyana Yusof dan Miss Fynn,
- Fathi Aris Omar juga ada,
- Siapaa sebenarnya Hisham Salmin dan Iwan?
- Pelancaran buku Sai-Fai bakal best-seller yang pastinya gagal untuk mengalahkan 7 siri Harry Potter tapi sekurang-kurangnya mereka mencuba,
- Ada profesor kecil yang medium,
- Selebriti Nazri M. Annuar dengan sajak-sajak angkasalepas (dan kucing),
- Mungkin, hanya mungkin Mat Jan memperagakan fesyen terkini dari Ukraine.

dan banyak lagi.

Kami merayu agar anda semua datang memeriahkan majlis.

10 comments:

bayan said...

saya jangkakan maskara 7 akan diadakan pada minggu kedua. Jadi minggu pertama bulan depan sudah terisi dengan agenda lain.
Maaf, tak dapat menghadirkan diri.

Semoga meriah.

sahalfikri said...

saya minta izin sebarkan info ini.. ijinkan ya pak.. (belum diizinkan pun, sudah disebarkan sebenarnya..hehe)

ZAiDi said...

Assalamualaikum,
Kali pertama nk datang... bole kasi lokasi Rumah Pena? Ada parking ke berdekatan? Ada merchandise utk dijual?

Maaf, byk soalan..

ZAiDi

pipiyapong said...

saya nak datang juga..boleh tak?

sinaganaga said...

Bayan,
Abang Mahmud kata, dia tak kisah... Ha ha.
Ok, jumpa lagi di Maskara bulan Mei ya!

NOTA: Maskara off pada bulan April utk memberi laluan kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Zaidi,
Ada peta ke rumah PENA di dalam entri yang lama2. Carilah!

Yapong,
Lu makan apa tu? Nampak macam sedap je.

fadz said...

Bang Naga, kena paparkan lagi sekali, kenalah marketing bagus.. baru org sayang..muahahah

sinaganaga said...

Fadz,
Wa bukannya reti copy2 link tu.

amyz! said...

Ge.. sponsor aku datang MASKARA nie...

ayobkelubi said...

Bang, sori bulan ni aku takleh dtg, ada sukan kat JB!. bulan Mei aku turun,wokeh?.

sinaganaga said...

Amyz,
Ok, aku sponsor makan kat Maskara - Nida yg masak lagi kot, entah! Nanti aku check dgn manager.

Yob,
Tulah pasal kenapa kau tak diserap2kan lagi utk masuk Sol-Jahs. HA HA.