Malam Baca Puisi PENA yang 'banyak' walaupun sedikit.
Aku, Vovin, Spyz, Tok Rimau, dan Kangaq (date Vovin malam itu) duduk di baris kedua kerusi-kerusi tiga baris di halaman rumah PENA. Kerusi di barisan hadapan dibiarkan kosong: sebagai perisai dari sasaran muncung-mungcung kamera juru gambar. HA HA. Kamikan popular! Ada gadis-gadis comel duduk di baris ketiga. Kejap. Gagal mendapatkan autograf kami - mereka berlalu pergi.
S.M. Zakir menyanyi. Pemain gitar letih nak kejar. Perut aku rasa macam nak pecah. Chaiyok Zakir, chaiyokkk! Wo, rugilah siapa tak datang.
Dr. Ahmad Razali (bapak Bob) jadi juru acara. Pick sana, pick sini - suruh kawan-kawan baca puisi. Kami kecilkan diri, takut kena pick jugalah. Ha ha. Ada sekali Sutung Omar RS jadi juru acara. Dia pick Khalid Salleh - suruh baca puisi.
Zubir Ali menyanyi juga. Dua lagu.
Vovin bisik, "Suatu hari nanti, kita buat poster Maskara kosong tanpa nama peserta - kita pick sana, pick sini (dari kalangan hadirin) - suruh baca apa saja." Ha ha.
Kami nak tengok berapa ramai hadirin akan kecilkan diri, takut kena pick jugalah.
Oh, kami ada bergambar kenangan dengan Wak Khalid - mana dia?
5 comments:
Kalau Pengerusi pilih aku suruh ke depan, aku nyanyi Negara Ku sahajalah.
Pengerusi tak kenal aku. Jadi aku cuma manusia halimunan di situ... selamat! Hahaha!
Kalau maskara buat pick sana, pick situ, aku duduk kat dapur buat air sajalah..
first time aku pegi baca puisi pena.
tak rasa rugi langsung sbb dpt jumpa khalid salleh n zubir ali.
nostalgia tu beb...
bila lagi ko bleh dpt tgk khalid salleh nyanyi...
Dah lama aku tak pergi Baca Puisi PENA. Kali pertama (dan setakat ni tiada yang kedua atau seterusnya) aku pergi masa Pak Menteri baca puisi dan isterinya menyanyi. Kemudian pak menteri dermakan patung ayam jantan kepada rumah PENA. Aku tak pasti ada lagi ke tak patung tu.
Post a Comment