Ada kalanya timun juga berasa pahit
Tercicirnya MatJan di dalam pembentukkan awal Sindiket Sol-Jah bukanlah sengaja dirancang oleh mana-mana kami. Ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada MatJan memfokuskan kepada pekerjaan pertamanya di PTS.
Dengan terbitnya Kudeta secara tiba-tiba, ia telah menerbitkan sedikit rasa cemburu di hati Tok Rimau. Atas dasar ingin memperkukuhkah kartel ini, Sinaganaga telah mempelawa Tok Rimau dan Spyz untuk menyertai Sindiket Sol-Jah. Pada awalnya, Tok Rimau menolak ‘pinangan’ ini.
Alasan yang diberikan oleh Tok Rimau: 1. tidak mahu kumpulan-kumpulan kecil ini lebih mendominasi lebih daripada GengJurnal, 2. Spyz dan MatJan yang menjadi sekutu kuatnya pada masa itu pasti tidak akan bersetuju dengan falsafah/aliran penerbitan yang dibawa oleh Sindiket Sol-Jah ini.
[Pada masa yang sama, secara diam-diam, MatJan yang menyukai idea yang dibawa oleh Sindiket Sol-Jah telah menyatakan persetujuan untuk menyertai kami.]
Apapun, Tok Rimau tidak ada halangan dengan kewujudan Sindiket Sol-Jah ini [Dengan membina alasan bahawa Sindiket Sol-Jah adalah sebagai sayap penerbitan GengJurnal]. Namun, untuk bergabung tidak sama sekali (ini adalah pendirian awal Tok Rimau).
Bagai ‘menarik benang dari dalam tepung’, Sinaganaga akur dengan pendirian Tok Rimau. Lalu dia menyusun strategi lain. Hah!
Bukunota yang tidak diundi masuk seratus peratus
Walaupun bukan anggota Sindiket Sol-Jah, tetapi pada setiap kali ada sesi minum teh tarik di warong mamak, kami tidak pernah lupa menjemput Bukunota untuk turut serta.
Teruja dengan rancangan-rancangan yang telah diatur oleh ketua turus (Sinaganaga) Sindiket Sol-Jah – Bukunota menyatakan hasrat untuk menyertai Sindiket Sol-Jah. Ini menimbulkan pelbagai reaksi dari anggota sedia ada. Ada yang bersetuju dan ada yang menentang dan ada yang bersetuju tidak menentang pun tidak.
Setelah menimbang akan pro dan kontranya, Bukunota diterima sebagai rekrut 'dengan bersyarat’.
Pada masa yang sama, nama Esis juga disebut-sebut untuk ditarik masuk ke dalam Sindiket Sol-Jah. Tetapi, oleh kerana Esis telah terlebih dahulu menyertai Narayuda – kami batalkan sahaja hasrat itu.
Jersi nombor 10
Entah mana datangnya idea, nama Samurai dan AttochSmart disebut-sebut untuk mengisi petak ke-10 kerusi Sindiket Sol-Jah.
Di dalam temuduga rekrut, apabila Samurai ditanyakan soalan sama ada mereka berdua masih boleh bekerjasama jika kami ingin memilih kedua-duanya sekali...
Jawapan dia, “Pilih dia atau saya. Period!”
Kami sebulat suara melantik Samurai sebagai rekrut 'dengan bersyarat’.
2 comments:
berapa kali mau tukar muka daa..
Oit! Oit! aku trelupa password dan username weh!
Post a Comment