Sepanjang pengalaman gua baca blook Melayu, SABOTAJ 3 adalah blook paling best. Bukan saja kerana semua entrinya best, malah kerana kulit buku dan layoutnya pun best. Kira tak malulah kalau nak jual kat orang dengan harga RM15.
Kalau blook-blook lain, ada saja benda yang gua tak puas hati. JIWA KACAU (JK) misalnya, gua tak puas hati dengan entri beberapa orang penulis, terutamanya Slumbermann dan Zurie. MASUK BARISAN (MB) pula, walaupun mutu entri sedikit meningkat, gua tak puas hati dengan layoutnya, tulisan kecik-kecik rapat-rapat, perenggan kadang berjarak kadang rapat. Gua agak malu nak jual dua blook ini pada harga RM20. Malah, blook gua sendiri, JONGKANG JONGKET (JJ), gua tak puas hati (dan agak malu) dengan kualiti covernya.
GOBLOG pula, gua tak puas hati kerana diuar-uarkan sebagai blook bebudak hardcore/punk pertama di Malaysia, dengan kata pengantar "Berikan Aku 7 Blogger" oleh Hasmi Hashim yang berdegar-degar, maka gua expect entri-entri dengan semangat anti-establishment macam dalam zine-zine underground, tapi... gua dapat blook dengan entri biasa-biasa macam dalam JK, MB dan JJ. Bukannya tak best langsung, cuma tak best sangat. Malah, gua suka sangat-sangat (suka gila babi nak mampos) dengan entri Pipiyapong dan Kumprinx.
PINK PLATUN? Seronok dibaca, tetapi kurang rencamnya. Blook perempuan... apa lagi yang lu nak expect, selain entri mengeluh single? (Abih la gua kena boikot lepas ni).
Blook DUGONG SENYUM? Nipis sangat. Cover pun hodoh!
AYAH KITA BOS (AKB) je yang agak best dari segi entri, layout dan cover. Cuma, kat bahagian kartun tu, margin terpele'ot sikit, binding sampai masuk dalam.
Tetapi, dengan mutu entri, layout dan cover yang tak seberapa itu, para penulis yang terlibat dengan pembikinan blook-blook ini tetap berasa bangga. Kerana sekurang-kurangnya, blook itu mereka terbit sendiri!
Apakah maksudnya itu? Blook tak seberapa, tapi penulisnya bangga? Maksudnya, SYOK SENDIRI beb! Zaman tu dah berlalu beb... Ini bukan zaman gua beli blook lu sebab lu beli blook gua lagi. Ini zaman gua beli blook lu sebab blook lu best!
Inilah kelebihan SABOTAJ 3. Best dari depan sampai belakang beb! Luar dalam hebat. Memang sesuai la tagline dia "Bukan Blook Bukan-Bukan!". Cover lawa, layout cantek, entri best-best.
Entri Pipiyapong dengan lawak genre "Ek eleh kecoh..." memang gua suka dari zaman GOBLOG lagi. Kalau dulu dia meng-ek-eleh-kecoh-kan makcik bayar bil ASTRO dan pakcik mesin ATM, kali ni dia meng-ek-eleh-kecoh-kan mamat Hari Raya pakai baju Arsenal.
Entri lawak laki-bini OP, entri port romen Vovin, entri Cicak-Man Samurai, entri dakwah (& seram) Amir Mukhriz, entri pseudo-falsafah Jigo, dan entri nostalgik Spyz, sudah cukup menggambarkan betapa rencamnya entri-entri dalam SABOTAJ 3 ini. Menariknya, masing-masing memilih entri terbaik mereka. Bukan entri tangkap muat, macam blook dulu-dulu.
Dan kemuncak nikmatnya tentulah entri-entri blogger legenda seperti Tok Rimau, Sinaganaga dan gua (ha ha!).
Kenapa judul SABOTAJ 3? Sebelum wujudnya Sindiket Soljah secara rasmi, nama SABOTAJ ini sudah wujud dulu. Tatkala Tok Rimau, Naga dan gua jual blook sendiri di Laman Seni, nama Sindiket Soljah belum wujud. Jigo, OP dan Amir Mukhriz jual zine SABOTAJ masa tu. Spyz jadi cashier. Kemudian, geng ini (disertai beberapa orang lagi) bergabung di bawah nama Sindiket Soljah. SABOTAJ yang dahulunya zine kini menjadi blook.
Buku-buku Soljah memang cepat habis. Ramai gigit kuku tak dapat beli Kudeta, Kalashnikov dan K-Eight. Jadi, kepada yang belum beli SABOTAJ 3, paham-paham la sendiri. Jangan biarkan kuku anda... digigit lagi!
11 comments:
Aku setuju Mat Jan seorang blogger Legend.
Dia ada dua jenis legend. Living Legend dan Legend yang dah lama mampus.
Naga dan Rimau living legend sebab blog masih aktif.
Aku rasa Mat Jan dalam kategori Legend yang dah lama mampus sebab blog dia sudah tak update walaupun sebenarnya hidup dia tidaklah sesibuk mana.
Hari tu Mat Jan sibuk apaaa... Hang sibuk tampai stika kat spine buku kan Mat Jan? Hah, tu sibuk gak namanya apaaa...
HA HA.
Mat Jan sibuk buat hal2 luar pejabat.
Pergi memeriahkan J-Card Day, misalnya.
Huhuhu..
"PINK PLATUN? Seronok dibaca, tetapi kurang rencamnya. Blook perempuan... apa lagi yang lu nak expect, selain entri mengeluh single? (Abih la gua kena boikot lepas ni)."
Hahaha. Oke. Oke. Nanti aku soh pempuan² tak mengeluh single k?
MatJan,
Kita cabar group lelaki single pula buat blook, ha ha. Buleh lawan itu Sabotaj3 ke tidak.
Tapi, kalau nak lawan 'kehaibatan' Sabotaj3 - kenalah beli dan baca Sabotaj3 dulu. “Kalau tak beli - mana nak tau!” Kata MatJan, macam selalu-selalu.
woi woi woii..
Mat Jan ni sapa??
Sendiri tulis buku sendiri review sendiri memuji buku yang ditulis sendiri, sendiri mau mengaku syok sendiri?
MJ... MJ... Hahaha
Dug,
Itu le namanya D.I.Y. Do It Yaself! Sendrik tulis, sendrik terbit, sendrik jual, lain orang beli, sendrik review. HA HA.
Buku lu ada orang review ke? Muerekekekekekekekkeee...
Bang Naga,
Buku aku orang review? Orang mahu beli pun dah cukup bayeeekkkk...
"Kamu takde seni lanGsung..", kata cikgu Ishak Pilos.
"Panggil dia comot...", kata cikgu Saodah.
Huhuhuhu... lenkali aku sub-con projek blook aku ke abng Naga.
mat jan sibuk dating, sekali aku jumpa kat klcc, sekali kat ampang park, sekali kat masjid jamek, sekali kat entah mana-mana entah, selalu dengan wanita pelbagai warna (dan selalunya cantik! aku jeles!).
Amyz, pink platun best, dont wori, tak sempat je nak mengulas.
naga, wa join sekakilah, wah tak dating sekarang.
Yo Fadz, tapi tu hari cam aku terperasan kau di KL Sentral. Cuma tak sempat tegur sebab aku pun nak bergegas ambil notebook di Times Square.
Betul ke kau? Jeng jeng jeng...
Post a Comment