Untuk mengesahkan kehadiran dan sebarang pertanyaam, sila hubungi Aziani, Zaleha atau Syila: 03-21482522/1021/2526 (PURNAMA)
Tarikh tutup penyertaan: 16 Jun 2008
18 Jun 2008 | 9.30 pagi
Dewan Bankuet, DBP
Kenali Encik Axel Scheffler
Thursday, 29 May 2008
REVIU SABOTAJ 3 DARI NEY
sabotaj 3 best.
+ Aku sanggup beli 2 buku serentak dalam 1 malam semata-mata nak baca sabotaj 3. (lagi 1 buku melukis lembu. Beli di MPH)
+ Aku gelak sorang-sorang depan kedai mamak. dan mamak tu senyum pada aku. mungkin aku terlalu comel dan gelak aku menawan.
+ Aku sambong baca bila lampu trafik lite tuka kale merah.. aku gelak2 sampai kena hon sbb lampu da hijau, aku tajalan.
Kat umah :
+ AKu gelak sorang-sorang sambel kesat air mata. tapi tulisan mat jan buat aku tersenyum. ah~ seperti aku dah jatuh cinta dengan tulisan mat jan. mat jan hensem. Tapi mat jan suka Sharifah sOOfia.
+ Aku masih gelak walaupun dah jam 2.30 am. Aku tertido sambel lampu terpasang dan buku masih ditangan.
Kuat betul pengaruh mereka ni. sehingga terjejas tidur mlm aku.
Baca seterusnya: Ney Wheowheo
Terima kasih kepada Ney kerana membeli, gelak dan membuat reviu. Cayalah!
Wednesday, 28 May 2008
Gosip liar
Yapong, pilihan nombor satu gadis-gadis suci masa kini.
(Amir Mukhriz, OP, Tok Rimau - sila ke tepi!)
Selepas digosipkan bermain asmara (Kah kah kah) dengan Taf Teh, kini lensa kami berjaya merakamkan Yapong duduk-duduk dengan seorang gadis yang telah dikenalpasti sebagai 'bukan Taf Teh'.
Menurut gadis yang tidak mahu dikenali itu, "Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing!"
HUMCHA!

Friday, 16 May 2008
REBIU GANGGUAN TEKSUAL
Sol-jah sebagai penerbit dan Aku sebagai penyelenggara pun tidak tahu macam mana nak dapatkan blook Gangguan Teksual lagi. Banyak pengedar kata dah sold-out. Kalau kalian mahu juga, cubalah hubungi penulis-penulis yang tercatat di blog Gangguan. Untung nasib timbul.
ULASAN DARI FISH
Untuk lebih lagi: Fish
ULASAN DARI FISH
Saya bersetuju sangat dengan tajuk kompilasi ini ... memang satu gangguan. Namun, kalau gangguan itu boleh membuatkan kita terkesan (tak kira dalam apa bentuk kesannya pun), saya mahu diganggu sentiasa - teksuali, maksud saya!
Untuk lebih lagi: Fish
Tuesday, 13 May 2008
SABOTAJ 3: Bukan Blook Bukan-Bukan!
Sepanjang pengalaman gua baca blook Melayu, SABOTAJ 3 adalah blook paling best. Bukan saja kerana semua entrinya best, malah kerana kulit buku dan layoutnya pun best. Kira tak malulah kalau nak jual kat orang dengan harga RM15.
Kalau blook-blook lain, ada saja benda yang gua tak puas hati. JIWA KACAU (JK) misalnya, gua tak puas hati dengan entri beberapa orang penulis, terutamanya Slumbermann dan Zurie. MASUK BARISAN (MB) pula, walaupun mutu entri sedikit meningkat, gua tak puas hati dengan layoutnya, tulisan kecik-kecik rapat-rapat, perenggan kadang berjarak kadang rapat. Gua agak malu nak jual dua blook ini pada harga RM20. Malah, blook gua sendiri, JONGKANG JONGKET (JJ), gua tak puas hati (dan agak malu) dengan kualiti covernya.
GOBLOG pula, gua tak puas hati kerana diuar-uarkan sebagai blook bebudak hardcore/punk pertama di Malaysia, dengan kata pengantar "Berikan Aku 7 Blogger" oleh Hasmi Hashim yang berdegar-degar, maka gua expect entri-entri dengan semangat anti-establishment macam dalam zine-zine underground, tapi... gua dapat blook dengan entri biasa-biasa macam dalam JK, MB dan JJ. Bukannya tak best langsung, cuma tak best sangat. Malah, gua suka sangat-sangat (suka gila babi nak mampos) dengan entri Pipiyapong dan Kumprinx.
PINK PLATUN? Seronok dibaca, tetapi kurang rencamnya. Blook perempuan... apa lagi yang lu nak expect, selain entri mengeluh single? (Abih la gua kena boikot lepas ni).
Blook DUGONG SENYUM? Nipis sangat. Cover pun hodoh!
AYAH KITA BOS (AKB) je yang agak best dari segi entri, layout dan cover. Cuma, kat bahagian kartun tu, margin terpele'ot sikit, binding sampai masuk dalam.
Tetapi, dengan mutu entri, layout dan cover yang tak seberapa itu, para penulis yang terlibat dengan pembikinan blook-blook ini tetap berasa bangga. Kerana sekurang-kurangnya, blook itu mereka terbit sendiri!
Apakah maksudnya itu? Blook tak seberapa, tapi penulisnya bangga? Maksudnya, SYOK SENDIRI beb! Zaman tu dah berlalu beb... Ini bukan zaman gua beli blook lu sebab lu beli blook gua lagi. Ini zaman gua beli blook lu sebab blook lu best!
Inilah kelebihan SABOTAJ 3. Best dari depan sampai belakang beb! Luar dalam hebat. Memang sesuai la tagline dia "Bukan Blook Bukan-Bukan!". Cover lawa, layout cantek, entri best-best.
Entri Pipiyapong dengan lawak genre "Ek eleh kecoh..." memang gua suka dari zaman GOBLOG lagi. Kalau dulu dia meng-ek-eleh-kecoh-kan makcik bayar bil ASTRO dan pakcik mesin ATM, kali ni dia meng-ek-eleh-kecoh-kan mamat Hari Raya pakai baju Arsenal.
Entri lawak laki-bini OP, entri port romen Vovin, entri Cicak-Man Samurai, entri dakwah (& seram) Amir Mukhriz, entri pseudo-falsafah Jigo, dan entri nostalgik Spyz, sudah cukup menggambarkan betapa rencamnya entri-entri dalam SABOTAJ 3 ini. Menariknya, masing-masing memilih entri terbaik mereka. Bukan entri tangkap muat, macam blook dulu-dulu.
Dan kemuncak nikmatnya tentulah entri-entri blogger legenda seperti Tok Rimau, Sinaganaga dan gua (ha ha!).
Kenapa judul SABOTAJ 3? Sebelum wujudnya Sindiket Soljah secara rasmi, nama SABOTAJ ini sudah wujud dulu. Tatkala Tok Rimau, Naga dan gua jual blook sendiri di Laman Seni, nama Sindiket Soljah belum wujud. Jigo, OP dan Amir Mukhriz jual zine SABOTAJ masa tu. Spyz jadi cashier. Kemudian, geng ini (disertai beberapa orang lagi) bergabung di bawah nama Sindiket Soljah. SABOTAJ yang dahulunya zine kini menjadi blook.
Buku-buku Soljah memang cepat habis. Ramai gigit kuku tak dapat beli Kudeta, Kalashnikov dan K-Eight. Jadi, kepada yang belum beli SABOTAJ 3, paham-paham la sendiri. Jangan biarkan kuku anda... digigit lagi!

Monday, 12 May 2008
Ucap tahniah dari Dato' Baha Zain
Tahniah kepada Sindiket Sol-Jah kerana dengan pantas menerbitkan sebuah lagi judul bagi memperkaya khazanah kepustakaan Melayu. Saya sedang menelitinya dan Terima Kasih kerana sudi menghadiahkannya.
Baha Zain
Baha Zain
Friday, 9 May 2008
deoughtred76 Rebiu SABOTAJ 3
Hakikatnya, aku baru habis baca blook SABOTAJ3. Biarlah org nak kata aku lambat atau slow. Hakikatnya aku antara terawal yg membeli blook ini. Hakikatnya, memang aku peram sekejap blook ini, sebab blook Sindiket Sol-Jah ni makin diperam, makin nikmat membacanya.
Lagipun, aku nak cari masa yang sesuai untuk 'bersama' blook ini. Aku mahu mendapat nikmat maksima 'bersama' blook ini. Bukan senang nak lihat 10 Sol-Jahs yang keji dan sering berpakaian baju nampak pusat gagah dan tampan disenggamakan di dalam satu blook!
HENSEM nama sebenar OP? SAMURAI cekap melukis peta Semenanjung Malaysia? Apa yang membezakan PIPIYAPONG dengan Thierry Henry? Anak siapa yang AMIR MUKHRIZ suruh Pok Mat pegang mmmolek tu? Pilihan VOVIN: Perempuan-perempuan cantik atau pizza?
Emak TOK RIMAU chatter fanatik saluran @15? MAT JAN pernah jadi model pakaian gay? Kejinya SINAGANAGA kerana tak pandang perempuan atau kerana teknik CPRnya? Kenapa ringan je tangan JIGO nak pelempang orang? Awek yang berstoking bagaimana yang menterujakan SPYZ?
versi penuh di blog deoughtred76

Tuesday, 6 May 2008
Saturday, 3 May 2008
GANGGUAN TEKSUAL & SABOTAJ 3
Teringin? Mengidam? Sila hubungi bloggar yang tersenarai di SINI untuk mendapatkan buku ini. Penerbitan terhad. Siapa cepat dia dapat.
..............
Teringin? Mengidam? Sila hubungi soljah di sindiketsoljah(AT)gmail(DOT)com
Subscribe to:
Posts (Atom)