Tuesday, 3 June 2008

Rebiu Sabotaj 3 (lagi...)

Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang Sabotaj 3.

Basri kata,

Cover blook ni macam cover komik. Aku suka. Kecik molek mudah genggam. Aku suka. Kalau aku pakai jeans, blook ni muat dalam poket belakang. Kalau aku pakai slag, blook ni muat dalam poket depan. Kalau aku pakai kain pelekat, blook ni muat mmmm... selit kat pinggang!

Dah habis harung beberapa kali dah blook ni. Aku baca sikit masa dalam bas Mersing-KL. Sebelum tu ada baca kat chalet kat Tioman. Penulis-penulis memang dah sedia mantap, buktinya mereka dah dapat anugerah Geng Jurnal seperti Tok Rimau, Mat Jan, Sinaganaga dan OP. Penulis mantap yang lain ialah Jigo, Vovin, Samurai, Pipiyapong dan Amir Mukhriz. Entrinya memang sodap-sodap wa cakap lu.


[ Sambung baca ]

Saudagar Garam kata,

SABOTAJ 3 merupakan blook pertama gua baca.. sebelum ni gua hanya kenal sindiket SOLJAH sekadar dalam blog, dan ini blog pertama mereka yang gua baca. so, gua takkan memperbandingkan SABOTAJ 3 dengan mana2 blog kerana gua tak dapat perbandingkan..


[ Sambung baca ]


D'arkampo kata,

Gua order online. Angkat satu.

Sebenarnya gua jarang mahu layan benda-benda online nih.Lu nak kata gua orthodox ka, konservertif ka...zaman tinggal ka..lu punya suka. Gua, order benda-benda online nih bukan jaman gua.Walaupun gua ada kad kredit rimau malaya.

Gua beli buku di Kedai Buku babe.

Gua e-mail Sindiket Soljah (kumpulan mamat-mamat mengaku hensem menulis kisah realiti campur fiksyen dan berjanji akan buat penghantaran yang efisyen - kalau lu orang nak tahu).

Gua cakap; GUA ORDER BUKU LU SATU!


[ Sambung baca ]

Rhona kata,

Pagi tadi, aku tak ingat aku pergi mana ah, toilet ke, tempat mesin faks ke. Tapi alih-alih aku nampak atas meja, ada sampul surat. Hooray, sudah sampai. Dengan sengihan terpancar di wajah aku, aku bukak sampul dengan ganas. Jenis tak sabar, macam tu lah. Buruk kan perempuan perangai macam tu.

Benda ni dah ada pada pegangan aku. Aku belek muka depan. Ada signature lagi. Aku belek dalam. Ada nota kaki.

Seterusnya, aku baca. Baca, gelak. Baca lagi, gelak. Kesudahannya, aku dah rasa macam orang gila, gelak tak tentu pasal.

Aku bacakan untuk kawan aku, dia gelak. Aku suruh kawan aku baca, dia gelak. Ada part yang tak gelak? Takde kan. Semuanya aku type ada gelak.


[ Sambung baca ]

D'arkampo kata lagi,

Katakan gua tak pernah terlibat dengan dunia blogging dan tak kenal semua tulisan-tulisan mamat-mamat Soljah ini, Gua pasti gua akan terpegun dengan semua isinya. Gua pasti akan tertanya-tanya siapa mereka.

Who the heck are these so-called writers?


[ Sambung baca ]


Nasihat kami kepada sesiapa yang belum membeli Sabotaj 3; Dapatkannya sebelum kehabisan! Ya, memang bunyinya seperti klise, tapi bagus kalau kami ingatkan yang buku-buku kami selalunya tidak diulang cetak. Kalau habis, habislah.

Kau fikirlah sendiri, berapa ramai sudah gigit jari atau hantuk kepala ke dinding bila dapat tahu mereka terlambat untuk mendapatkan Kudeta, Kalashnikov atau K-Eight? Kau menangis air mata darah pun belum tentu dapat beli yang teruna/dara lagi. (Ok, kalau kau bernasib baik, mungkin kau boleh jumpa ada orang sudah jual buku terpakai (ternoda?) di eBay.)

Baiklah, kami ingatkan kau sekali lagi;

Bak kata Sweet Charity, "Jangan jalan raba-raba, nanti masuk longkang..." eh.. silap lagu, "Kesal dan sesal engkau nantinya, bila bungamu dirayu orang..."

1 comment:

Rhona Rozlan said...

pheeeewitt geng-geng sol-jah..