Monday, 4 June 2007

Maskara: Cinta dan Air Mata

Prolog
Vovin suruh datang cepatcepat, hujan lebat, bumbung bocor, pentas becak, katanya.

Cerita-cerita
SM Zakir jarang baca sajak di depan khalayak, tapi malam ni setting pentasnya suram - khalayak di depan nampak berbalam, jadi dia pun mahulah baca satu dua sajak, katanya.

MatJan jemput Saharil naik pentas untuk baca satu dua cerita. No problem, katanya.

Aku naik ke pentas, ucap terima kasih kepada PENA kepada Sindiket Sol-Jah kepada kawan-kawan yang kita suka yang datang menjayakan rancangan itu malam. Akhirnya, aku baca entri dari buku Ayah Kita Bos - berduet dengan MatJan. Kemudian, "selamat malam semua!" Kata aku.

Epilog
OP kata, dia tak rakam.
Aku tanya, kenapa tak rakam?
OP kata, dia dok khusyuk dengar ucapan penutup dari Ketua Turus Sindiket Sol-Jah (ya, aku tahu, aku memang bersuara lunak) sampai terlupa nak rakam Sinaganaga berduet baca entri dengan MatJan.

Aku kata, laaaaaaaaa...

Apa kata mereka
MatJan
KingBinjai
Tifani Teh
Vovin
Pink Platun
Geng Jurnal
Amyz

3 comments:

fadz said...

syabas tok naga!

Tifani Teh said...

Tahniah. MASKARA hebat! Mikrofon membantu kami mendengar bacaan karya-karya dengan jelas.


Dan, aku ikhlas memuji ni.

Mat Jan said...

cilakoi op tak record "rajuk yg panjang". itu kemuncak acara tu.

maskara 1 tanpa "rajuk yg panjang" ibarat seks tanpa orgasm.