Aku sedikit segan kalau 'Peluru Tak Bermata' (selepas ini disebut sebagai PTB) dianggap sebagai cerpen. Bagi aku 'cerpen' bukan sekadar merujuk pada 'cerita yang pendek'. Cerpen ada elemen-elemen yang tidak boleh diabai begitu saja. Cerpen perlu ada intensiti dan kondensitinya.
PTB tidak sebegitu. Ia sebuah cerita ringkas. Dan aku kira ia agak spontan. Aku terfikir nak tulis pasal permasalahan sosial, terus aku taip. Ia tampak sedikit keras dan kasar, tapi yang penting ia lebih langsung. Sebenarnya, ia cuma 'cerita'. Atau kalau kau mahu, PTB adalah 'puisi dalam bentuk prosa'. Ha ha!
Aku cuba bereksperimen dengan bunyi. PTB adalah sebuah cerita yang seharusnya dibaca untuk didengar, bukan dibaca untuk dihayati. Ia telah mengabaikan prinsip cerpen yang baik. Ia tidak mengikut disiplin "Show! Don't Tell!".
Satu lagi eksperimen aku dengan cerita ini ialah penggunaan ganti nama kedua sebagai watak utama. Selalunya, dalam fiksyen naratif, ramai yang suka gunakan ganti nama pertama (contoh: Aku, Saya, Beta) atau ganti nama ketiga (Dia, Mereka, Maya). PTB gunakan ganti nama 'kau' sebagai watak utama.
Jalan ceritanya tak begitu asli, tapi aku harap ia menyegarkan.
* 'Peluru Tak Bermata' disiarkan dalam Kalashnikov, terbitan kedua Sindiket Sol-Jah.
No comments:
Post a Comment