Monday, 18 June 2007

LAPORAN ALTERNATE REALITY TREASURE HUNT WEBLOG DAY

The Sol-Jah


Weblog Day anjuran Geng Jurnal telah selamat berlangsung pada 16 Jun 2007 yang lepas.

Sudah pasti antara acara yang menarik perhatian adalah Treasure Hunt Elarti yang berlansung pada sebelah pagi.

Seperti biasa, acara ini disertai oleh pasukan yang amat terkenal dalam dunia sukan Treasure Hunt, Sindiket Sol-Jah. Sebagai Johan 4 kali berturut-turut peringkat Asia Tenggara, Sindiket Sol-Jah diramalkan naik sebagai pemenang untuk acara ini.

Para peserta mula berlepas di kawasan letak kereta bersebelahan Dataran Merdeka pada pukul 10:30. Sebelum itu mereka semua telah disogokkan dengan bihun goreng sebagai medium melempias nafsu makan masing-masing.

Ternyata segala ramalan oleh pemerhati sukan treasure hunt dan peserta tepat sekali. Kumpulan Sindiket Sol-Jah telah mendahului peserta lain apabila sampai awal di Sektor Pasar Seni lantas menjawab kesemua LIMA soalan dengan BETUL.

Selepas itu kumpulan Sindiket Sol-Jah mula bergerak ke Sektor seterusnya iaitu Ampang Park. Sekali lagi kejaguhan Sindiket Sol-Jah tidak dapat ditandingi apabila berjaya menjawab kesemua LIMA soalan dalam masa 7 minit sahaja. Namun menurut kapitan, Spyz, dia agak tidak puas hati kerana rekod sebelum ini kumpulan itu berjaya menjawab soalan-soalan dalam masa 4 minit.

"Budak-budak ni semua sudah naik lemak! Prestasi mereka sudah turun!" kata beliau ketika ditemubual selepas berakhirnya pertandingan.

Sebelum sampai di Sektor Avenue K, Sindiket Sol-Jah sekali lagi mempersembahkan apa yang dipanggil sebagai trademark mereka, Sindiket Sol-Jah telah berbesar hati untuk menolong kumpulan-kumpulan lain seperti Geng Perempuan Pakai Seluar Army, Pinky Platunes dan beberapa kumpulan MSJBox dengan memberitahu jawapan-jawapan di Dua sektor terdahulu.

Kelihatan ahli-ahli kumpulan Pinky Platunes terharu kerana dapat ikut serta dalam acara bersejarah itu. Ketika ditemubual, salah seorang ahli kumpulan Pinky sebak kerana tidak menyangka ahli-ahli Sindiket Sol-Jah ini sungguh baik hati. Geng Perempuan Pakai Seluar Army pula tidak habis-habis memuji semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh legenda sukan Treasure Hunt itu.

Avenue K menjadi titik tolak kepada satu lagi kejayaan Sindiket Sol-Jah dalam barisan kejayaan yang telahpun mereka miliki sebelum ini.

Maka kumpulan tersohor itu sampai di garisan penamat tepat pukul 12:01 menjadi pasukan pertama sampai. Begitu pun kapitan Spyz sekali lagi melahirkan rasa tidak puas hati kerana mereka sepatutnya mencatatkan keputusan yang lebih baik.

"Target tak sampai," keluh kapitan Spyz sambil menggelengkan kepala. "Saya target kita sampai pukul 11:45"

Tidak lama kemudian, tiba pula Naib Juara Sukan Treasure Hunt peringkat Asia Tenggara, Kumpulan Gerila. Nampak kelibat ahli kumpulan iaitu Lan Rambai dan Kemat. Untuk pengetahuan, mereka memang terkenal sebagai kumpulan yang menggunakan "imaginary friend" sebagai ahli ketiga. Saksi pernah melihat mereka bertengkar dengan "imaginary friend" ketika menyertai Sukan Treasure Hunt di Hanoi 2005.

Kejayaan Sindiket Sol-Jah dan Gerila menjawab DUA SOALAN MAUT (Sindiket dapat jawab satu saja) membuktikan bahawa kecekalan dan semangat juang yang ada patut di contohi oleh semua orang.


Sekian saya Abu Bakar Ateng melaporkan dari bilik Sukan.

2 comments:

amyz! said...

Hahaha. Imaginary friend. Hahaha.

Anonymous said...

mesh rights improvise petra transform randall twentyfold outgoing speaker mdgs blogrolls
lolikneri havaqatsu