Friday, 28 December 2007
K-Eight lagi
BIAWAK BERSALUT COKLAT oleh MatJan
Satu-satunya cerita dalam kumpulan cerpen K-Eight yang tidak berpentaskan flat K-8. Ha ha.
DIA BUANG PIANO? oleh MatJan
"Siapa tak kenal MatJan? Ha ha!" Kata Bobby. Pendek.
Antara babak yang Bobby gemari: ms26, Budak-budak tu suka sangat tengok Romlah parkir kereta sebab Romlah tak pandai masuk parkir. Maklumlah, Romlah baru dapat lesen. Masuk sikit, gostan. Pulas stereng, masuk balik. Masuk sikit, gostan. Pulas stereng, masuk balik. ..."Come on baby, you can do it!" "Malaysia Boleh!" "Usaha Tangga Kejayaan!" "Chaiyok! Chaiyok!"
"Ya. MatJan tetap MatJan!" Kata Bobby. Pendek.
Berapa bintang? Beli dan baca! Dan anda tentukan sendiri. :)
Thursday, 27 December 2007
K-Eight
Apa kata Mat Jan
gua dapat k-eight tadi dari vovin.
ini carta cerpen favourite gua (cerpen gua tak masuk carta, takkan gua nak nilai karya sendiri):
1) Halimunan oleh Tok Rimau
paling gua suka. setiap mukasurat cerpen ini ada ayat yang mencuit hati. gua tak mau tulis ayat-ayat tu di sini, sebab tak nak spoil orang yang belum baca. lima bintang.
2) K-Nine oleh Sinaganaga
cerpen ini pun sama. setiap mukasurat ada ayat yang buat gua tersengih. lima bintang juga.
mungkin yang menjadikan dua cerpen di atas lain dari cerpen-cerpen lain dalam k-eight adalah kerana watak utamanya bukan manusia. satu hantu, satu anjing.
3) In-A-Gadda-Da-Vidda oleh Jigo
cerpen ini, masuk mukasurat ketujuh baru gua jumpa ayat yang mencuit hati gua. yang pasal 'putih dan warna' tu. gua sampai gelak berbunyi di mulut, bukan sekadar gelak dalam hati.
di mukasurat kelapan, gua sengih sebab ada nama sora aoi dan maria ozawa. jigo, lu pun layan ke?
(tapi gua lagi suka yua aida)
empat bintang untuk jigo.
4) Usman oleh Vovin
tidak ada ayat yang betul-betul mencuit hati gua. tapi flow cerita ni jelas, tak ada kekeliruan ketika membaca (berbanding cerpen samurai dan op, yang ada dua-tiga part yang aku keliru ketika baca).
lepas baca cerpen ni gua terfikir, dalam pada mak/ustaz/cikgu si usman dok cerita tentang baik/jahat dan syurga/neraka tu, depa gamaknya tak cerita pasal pahala/dosa start dikira selepas baligh.
kalau tidak, tentu usman tak teragak-agak nak mencuri dan tak sedekah. dia budak, mati masuk syurga.
(jadi, tak dapat jumpa tolstoy di neraka)
empat bintang.
5) Nyanyuk Uncle Nyamuk oleh Sinaganaga
kurang menyengat berbanding cerpen naga yang satu lagi (k-nine). ceritanya cuma tentang adventure uncle nyamuk mencari rumahnya. tapi ya lah, dah cerita orang nyanyuk, nak buat macam mana ya tak?
tidak ada ayat yang betul-betul mencuit hati gua. (yang peliknya, dialog-dialog uncle nyamuk yang mencuit hati gua, gua jumpa dalam cerpen samurai, bukan dalam cerpen naga, haha!)
tetapi kedudukannya dalam carta ini lebih tinggi berbanding cerpen samurai dan op kerana flow ceritanya jelas.
lagi satu, memang sesuai cerpen ni diletakkan di awal antologi, kerana ia memberi gambaran kasar tentang blok k-8 dan penghuni-penghuninya.
tiga bintang.
6) Bongek Kuasa Dua oleh Samurai
ada dua-tiga part yang gua tak clear. gua pun dah lupa part yang gua tak clear tu. nanti gua check balik.
tapi ada dua babak yang mencuit hati gua. satu, babak james bertembung uncle nyamuk. dialog uncle nyamuk "sekejap kata kucing hitam, sekejap kata kucing coklat" tu gua suka. dan "rumah pun tukar-tukar, gilalah ini flat!". haha!
dua, babak james terdengar judge-intan bergaduh. dialog "berbaik dengan jiran" dan hujah balas tu gua suka.
tiga bintang.
7) Nama Saya Is oleh Op
cerpen ini ceritanya tak jelas (pada bacaan gua la, mungkin orang lain baca faham dan lancar). ada dua-tiga part yang gua keliru, tak faham.
masa is dapat vision kate atas bumbung, gua keliru adakah is betul-betul pergi kejar dia ke bumbung atau dalam vision sahaja?
mula-mula gua ingat dia betul-betul kejar, lepas tu hujung-hujung dia jumpa kate sekali lagi menghulur salam perkenalan, gua rasa macam "eh, tadi tu vision saja kot?"
kemudian, bila gua rasa babak kejar kate ke bumbung tu vision, gua rasa "kalau macam tu, masa dia berselisih dengan kate pertama kali tu pun vision juga agaknya. pasal dia dah berkenalan dengan kate, kenapa kate nak kenalkan diri lagi bila jumpa kali kedua?"
jadi, gua tak clear, bila start dan bila akhirnya vision si is? gua keliru. mana satu vision, mana satu betul-betul.
lagi satu, adakah vision is silap? sebab semua cerpen orang lain kate jatuh dari tingkat 5, tapi dalam vision is, kate naik atas bumbung?
dua bintang.
Keseluruhan:
tapi antologi ini, lepas baca dari mula sampai habis, memang best. rasa macam nak tepuk tangan. ini pertama kali gua baca baca antologi cerpen yang cross-over ni. gua terfikir, kalau sindiket ada bajet, kita buat "k-eight the movie".
istimewanya movie ini, ia boleh ditonton sebagai sebuah filem panjang, atau sembilan filem pendek.
markah keseluruhan: 3.7 bintang.
Monday, 24 December 2007
Foto-foto MASKARA 5
Saturday, 22 December 2007
Mama, aku ingin kahwin
Dan Vovin pun bercerita panjang lebar. Dia kata mahu beri peluang Amir Mukhriz lontarkan ideanya pula.
Aku tanya, "Boleh ke dia terlibat? Dia kan sibuk, sejak berkahwin ni mana ada banyak masa untuk semua ni..."
Vovin kata, "Dah kahwinlah ada banyak masa. Nak makan, ada orang masakkan. Nak baju, ada orang cucikan, gosokkan. Nak mandi, ada orang sabunkan."
Aku kata, "Tu semua cuma fantasi orang-orang yang belum berkahwin!"
"Tak apa," kata Vovin, "aku percaya pada cahaya di hujung terowong."
Aku jawab, "Cahaya di hujung terowong tu datang dari kepala kereta api!! Dia datang laju, sedar-sedar kau dah mati!!"
Vovin ketawa besar. Aku kehairanan, kerana aku tahu, aku tidak bergurau. Ha ha!
** ** ** **
Untuk projek seterusnya, setelah mendapat persetujuan ramai, Mat Jan dilantik menjadi ketua pengarang bagi menggantikan aku. Aku rasa dia lebih layak, pertama kerana bidang kerjanya berkaitan, kedua kerana dia masih bujang.
** ** ** **
Projek K-Eight adalah satu projek yang paling lama disiapkan. Projek yang sudah disepak mula sejak berbulan yang lepas, mengesot lesu. Perayaan silih berganti, Amir dan Samurai pun sudah selamat diijabkabulkan, tapi K-Eight masih tak nampak bayang.
Projek ini sebenarnya tidak punya banyak isu. Walaupun setiap satu ceritanya bersilang kait dengan cerita penulis-penulis yang lain, sebenarnya ia agak mudah diselesaikan.
Dan hal-hal yang melengahkan projek K-Eight adalah permasalahan di luar projek. Masalah-masalah luaran inilah yang sering mengendalakan pengurusan masa. Tugasan-tugasan rasmi, tentunya tidak boleh diketepikan. Dan hal-hal yang melibatkan keluarga juga tidak boleh dipandang lewa.
Suka aku ulang, fantasi orang-orang bujang tentang hidup berkelamin, hanyalah fantasi semata-mata.
Monday, 17 December 2007
Monday, 3 December 2007
LAPORAN MASKARA 5
1. Foto-foto Lan Rasso.
2. Jimadie mempromosi foto-foto Khalid.
3. Salina merakamkan kemeriahan Maskara.
4. Laporan dari Pink Platun yang cun-cun belaka.
5. Cerita dari Nida sebelum dia merajuk kat gerai bucu.
6. Fadli menulis post-mortem Maskara 5.
7. Lutfi kata “Maskara yang feminin. Tapi, kita tak feminin malam tu, kan, Sinaganaga?”
8. SASTERA Gelodak jiwa wanita Oleh Shaidah Shafie, Berita Harian.
9. Baca naskhah Maskara bela nasib wanita. Utusan Malaysia.
10. Sinaganaga jawab Lutfi, “Kita bukan feminin. Kita groovy! Ha ha.”
....
Nota: Jika anda ada menulis tentang Maskara, laporkan kepada kami untuk kami hebahkan.
Saturday, 1 December 2007
Thursday, 22 November 2007
Faisal says, "MASUK FREE...MAKAN FREE"
"How People Make Money From Blogging"
by gua.com.my
Date: Nov 25
Time: 2 - 5pm
Venue: Corus 1, Corus Hotel, Jalan Ampang, KL
Tel: 019-2232002
Email: keluar.sangkar@gmail.com
Admission: Free
GUA says: Organised by Blog Bug in cooperation with FNF Malaysia alumni, the seminar is aimed at the public, especially NGO activists. The objective is to empower NGOs with the knowledge of running blogs in such a way they can raise funds to support their causes. Roslan SMS (http://n32.blogspot.com), M. Zulkifli (www.gua.com.my) and Mohd Suhaimy (mohdsuhaimy.com) will be conducting the the talk.
Wednesday, 14 November 2007
Iklan Kawan-kawan Yang Kita Suka
Time: 20th Nov 2007, Tuesday at 8 pm
Venue: No. 6, Jalan Aman Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
The exhibition continues until 24 Nov 2007.
RVSP: 03-21617341 / 019-5593330 (Ruzaimah)
Tuesday, 6 November 2007
Datang dan pergi
Tak lama tu Naga telefon aku, "Oit! Member aku ajak buka puasa dengan dia sekitar KLCC. Petang ni berapa orang datang? Kalau lima orang, dia boleh bayarkan. RM78 satu kepala tu!"
Aku balas, "Belum tahu lagi. Mungkin lebih daripada lima orang kot!"
Naga cakap, "Kau tanya sol-jah yang lain, lepas tu bagitau aku."
Aku kata, "Tak payahlah, kita buka sesama kita cukuplah! Lagipun kan banyak benda kita nak bincang."
Petang tu yang turun, Amir, Vovin, Naga, Op, Mat Jan dan aku. Enam orang semuanya. Dan Naga pun pecah lubang. Mamat ni mana boleh pegang rahsia lama-lama. Gatal saja mulut nak bersuara.
Dengar saja, terus Mat Jan cakap, "Sebelum kita pecat !@#$% (nama dirahsiakan), kita patut pecat Jigo dulu! Makanan RM78 orang bayarkan tak setanding dengan nasi yang kita bayar sendiri."
Aku cakap, "Semua nafsu je tu. Jangan layan sangat!"
Ha ha!!
Friday, 2 November 2007
ART FOR GRABS - The Annexe Art Bazaar
The masses go to galleries.
The masses go home.
The masses tell themselves they are happy to see art, even though they cannot afford art.
Though they won’t admit it, the masses really really just want to take art home. And sometimes, the artists want the same thing too!
The Annexe now gives the artists and the masses a chance to make each other happy.
Over 30 stalls selling paintings, photos, sculptures, handmade dolls, posters, indie music, indie films, books, zines, manifestos, etc.
Everything under RM100!
Date: Sat 3 & Sun 4, Nov 2007
Time: 12.30 - 8.30 pm
Venue: The Annexe Gallery, The Annexe, Central Market, KL.
Enquiries: 03 2070 1137, 03 2274 6542
Particpating artists: Sek San, LabDNA, Fathul, Super Sunday, Amir Muhammad, Saiful Razman, Hands Percussion, Mun Kao, Kurasaraksaksa, Pipit, Soundscape and many more of Malaysia’s young and talented!
Now everyone can afford art!
Sindiket Sol-Jah ada buka satu booth di acara ini. Sila datang dan meriahkan booth kami (juga booth orang lain, kami tak paksa).
Penampilan istimewa: Sharpi The Cat.
Tuesday, 11 September 2007
MASKARA 4 - DARI PENGANJUR
Majlis kali ini terpaksa bersaing dengan majlis Anugerah ERA yang lebih cool dan Tatu Polis yang lebih impak maksimas, yeahaaa!
Masalah makanan dan minuman berjaya diselesaikan tanpa sebarang rusuhan etnik bila Che Daun sudi membuat teh o panas dan Jonos menyumbang kuih muih serta kedatangan kek bergolek Swiss (Swiss Roll Cake) dari Marikh.
Berikut apa yang telah terjadi;
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. InsyaAllah Maskara 5 akan berlangsung pada Disember 2007. Kami akan berhenti rehat sempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menyapa sebentar lagi.
Mungkin nanti boleh berkenalan dengan Temonggo The Cat.
Untuk koleksi gambar Maskara hasil tangkapan jurugambar rasmi Sol-Jah, Bart Ahmad, sila ke sini: Flickr Sol-Jah
Tuesday, 4 September 2007
MASKARA 4
MASKARA 4 beb!
Tarikh: 8 September 2007
Masa: 830 malam
Tempat: Rumah Pena
Pengacara yang cun: Amyz
Pembaca yang tampan:
- Fakhrul Anour (novelis Gempak Starz)
- Nizam Zakaria (novelis dan pengarah drama tivi)
- Kumpulan Narayuda (lelaki metroseksual yang teksual)
- Hafiz 'Jelir' (Penyair yang mempunyai lidah)
- Zaifulnizam 'Attokz' Wagiran (SPB Pena)
- Pelancaran novel grafik Kasih dan Awang oleh Nor Azmi Mokhtar
[Harga asal buku RM17 - malam tu pengarang kasi kurang harga, berapa?, tatau ha ha. Malam itu juga Nor (kami panggil dia 'Nor', sebab karyawan wanita teramat kurang benar mahu turut serta dalam MASKARA) akan memetik gitar sambil menyanyi.]
Pembaca yang sederhana sahaja tampan (tapi kecantikan hak milik semua mahkluk):
- Mat Jan
Pembaca suami isteri yang berlain idealisme:
- OP dan Mulan
...dan, manalah tahu, jika
- Pyanhabib
mahu membacakan satu dua sajak.
BONUS:
- Open mic
- Makan dan minum dan berkenalan dengan gadis nampak pusat.
- Jualan buku dan zine
- Berkenalan dengan Sharpi Sang Kucing (Sharpi The Cat).
Sila datang ya.
Saturday, 11 August 2007
MASKARA 3 - DARI PIHAK PENGANJUR
MASKARA 3 sudah selamat berjalan pada 4 Ogos 2007 yang lepas. Ini beberapa point penting;
- Kehadiran yang menggalakan walaupun tanpa artis terkenal dan sebarang gimik. Ramai muka yang aku tak kenal.
- Terima kasih kepada pembaca dan hadirin yang sudi hadir menyertai.
- Props baru dengan tambahan sofa dan Totoro.
- Pelita hanya dibeli ketika aku hendak ke rumah Pena pada senja itu.
- Ada kontroversi, dua ideologi bertembung. Satu objektif Maskara sudah tercapai.
- Makan cuma KFC dan buah. Minuman cuma air mineral setengah botol.
King Binjai (kiri sekali) membaca sajak dengan iringan imej di dalam laptop.
Muslim Ismail a.ka Mukhsen X
Naga dengan sajak Cinta Itu Love
Fairul Nizam a.k.a Roy (perhatikan baju beliau - promosi untuk produk baju 'Semusim Di Neraka' yang bakal bersaing dengan Paul Frank, Zara, Guess, CK dan banyak lagi brand baju yang aku sendiri tak tahu sebab tak ada duit nak beli.
Kemudian sesi open-mic dengan penampilan Hafiz Jelir, Diana Dirani dan Dr. Irwan.
Aku dah buat akaun Flickr semata-mata untuk letak gambar-gambar Maskara ini. Jadi untuk lebih banyak lagi gambar, silalah ke sini. Jurugambar rasmi Sindiket Sol-Jah, Bart Ahmad ambil 200+ gambar, jadi barangsiapa yang rasa-rasa nak gambar hi-res boleh emel aku.
PENGUMUMAN:
MASKARA 4 akan diadakan pada 8 September yakni minggu kedua bulan tersebut. Ingat! 8 SEPTEMBER.
Monday, 6 August 2007
Maskara 3 sudah ada sedikit pelita
“Bulan depan...” aku tanya, “tak boleh kaya ke?”
Ok, janji, bulan depan - akan ada banyak pelita lagi dari simpang jalan ke laman rumah PENA.
Friday, 27 July 2007
MASKARA 3
Tarikh: 04/088/2007
Masa: 830 Malam
Tempat: Rumah Pena (sila perhatikan pelita-pelita yang dipasang menghiasi jalan ke arah Rumah Pena
Siapa boleh datang?: Kamu, kamu, kamu...ituuuuuu kamuuuuu
Siapa Naik pentas?:
- Mohd Dahri Zakaria (esastera)
- Muslim Ismail (Mukhsen X)
- Indera Kencana dan King Binjai
- Taf Teh (Moluska Tatami)
- Fairul Nizam
- Sinaganaga
- Ramdan Che Hassan (Novelis thriller penyiasatan yang sedang meningkat naik)
- Anj & D'Gang (kugiran jemputan)
Datang le...
Thursday, 12 July 2007
MASKARA 2 DI DADA AKHBAR
Maskara II tampilkan penyair veteran
DI ANTARA penyair-penyair muda yang tampil pada Malam Membaca Naskhah Sindiket Sol-Jah da Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara II) yang berlangsung di Rumah Pena, baru-baru ini kelihatan sosok penyair veteran, Pyanhabib.
Kehadiran beliau mempunyai makna tersendiri; pertama, ia sedikit mengubat rindu khalayak sastera ibu kota setelah lama tidak muncul mendeklamasi sajak dan kedua, memberi pendedahan dan berkongsi pengalaman tentang kepenyairan.
Tidak dinafikan, Pyanhabib merupakan salah seorang ‘produk’ kumpulan Anak Alam yang menekuni bidang kepenyairan sejak penghujung 1970-an.
Di sisi lain, Maskara akan terus cuba memperluaskan cakrawalanya sebagai program sastera alternatif. Dan, kehadiran Pyanhabib membuktikan ia sebagai program untuk semua.
Ia sejajar dengan objektif Maskara II yang mahu menjadikan program tersebut sebagai medium pertemuan antara penulis mapan, baru atau sekadar penulis blog.
Namun, kehadiran penulis mapan seperti Pyanhabib sebenarnya dapat membuka ruang perkongsian pengalaman, teknik dan pendekatan dalam pembacaan naskhah mahupun puisi.
Ini kerana, sebahagian besar pembaca naskhah atau penyair pada Maskara terdiri anak-anak muda yang masih cetek dalam dunia kepenyairan dan kesusasteraan tanah air.
Antara pembaca naskhah pada majlis tersebut ialah Spyz dari Sindiket Sol-Jah yang mendeklamasi puisi Aku karya penyair agung Indonesia, Chairil Anwar.
El-Maaniq dan Esis dari Narayuda pula membaca naskhah yang dipetik daripada antologi puisi Masuk Barisan manakala Fazli Al-Akiti pula membaca naskhah Jembalang Sudah Datang.
Pengacara malam baca naskhah tersebut, Zaifulnizam Wagiran turut mendeklamasi puisi Seperti Hati yang dipetik dari antologi Bicara Tanpa Suara.
Turut membaca naskhah aialah Azwan Ismail serta persembahan petikan gitar (tanpa nyanyian) oleh Anjang.
Persembahan lain ialah permainan gendang dan serunai oleh kumpulan Gemala Kasturi di bawah pimpinan Serunai Fakir.
Keseluruhan naskhah dan puisi yang dibaca dipetik daripada antologi Jiwa Kacau, Masuk Barisan, Kudeta, Kalashnikov, Pink Platun, Ayah Kita Boss dan Jongkang Jongket.
Tuesday, 10 July 2007
MASKARA 2 - GALERI FOTO
Sedikit gambar-gambar sekitar MASKARA 2 di sini: Galeri Foto
Gambar-gambar agak, err...kurang ketrampilan kerana jurufoto-jurufotonya asyik memandang keindahan tuhan, gamaknya.
Ihsan: Amyz muah!muah! dan Spyz puah!puah!
Monday, 9 July 2007
DARI PIHAK PENGANJUR
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.
Untuk sebarang maklumat atau ingin menyertai Maskara akan datang boleh hubungi aku di:
Telefon: 012-3597857 (Nazri)
E-mel: nazri123456789 at gmail dot com (kalau berhubungan dengan e-mel, pastikan periksa pada spam box sebab e-mel yahoo (selalunya) suka letak e-mel aku di spambox (Yahoo dengki sebab Gmail lagi kewl).
YM: vovin_realm
Maskara 2
Serunai Faqir and the Gemala Kasturi
Attokz
Esis dan El-Maaniq
Azwan Ismail
Alif Firdaus Azis bermain silap mata
Esis
Fadli Al-Akiti
Pentas MASKARA
MatJan
Pyanhabib