Tuesday, 4 September 2007

MASKARA 4

Siapa kata tak ada? Atau, ini yang terakhir? Jadi, beri sokongan anda!

Klik poster untuk gambar lebih besar

Hola! Hola!

MASKARA 4 beb!

Tarikh: 8 September 2007
Masa: 830 malam
Tempat: Rumah Pena

Pengacara yang cun: Amyz

Pembaca yang tampan:

- Fakhrul Anour (novelis Gempak Starz)
- Nizam Zakaria (novelis dan pengarah drama tivi)
- Kumpulan Narayuda (lelaki metroseksual yang teksual)
- Hafiz 'Jelir' (Penyair yang mempunyai lidah)
- Zaifulnizam 'Attokz' Wagiran (SPB Pena)

- Pelancaran novel grafik Kasih dan Awang oleh Nor Azmi Mokhtar
[Harga asal buku RM17 - malam tu pengarang kasi kurang harga, berapa?, tatau ha ha. Malam itu juga Nor (kami panggil dia 'Nor', sebab karyawan wanita teramat kurang benar mahu turut serta dalam MASKARA) akan memetik gitar sambil menyanyi.]

Pembaca yang sederhana sahaja tampan (tapi kecantikan hak milik semua mahkluk):
- Mat Jan

Pembaca suami isteri yang berlain idealisme:
- OP dan Mulan

...dan, manalah tahu, jika
- Pyanhabib
mahu membacakan satu dua sajak.

BONUS:
- Open mic
- Makan dan minum dan berkenalan dengan gadis nampak pusat.
- Jualan buku dan zine
- Berkenalan dengan Sharpi Sang Kucing (Sharpi The Cat).

Sila datang ya.

7 comments:

wira said...

great..sorry soalan mudah
bole share peta atau lokasi kasar di mana Rumah PENA

sinaganaga said...

Wira,
ada hari tuh diaorang link peta rumah PENA ke sini... kau check entri yg lepas2!

wira said...

ok sinaganaga..terima kasih

Tifani Teh said...

Mana boleh yang terakhir...

Aku belum dapat jadi pengacara MASKARA...

ho ho ho...

fadz said...

bestnya koleksi penulis kali ni...awat tak bagitau awal2...aduhhh dah ada plan!

budak baik said...

elaun photographer tak naik ke?

anna-redz said...

saper design poster poster maskara ni, sesangat style ni, ganggu emosi aku btol!