Monday 16 February 2009

BERCAKAP DENGAN VOVIN

Kita bertuah kali ini kerana dapat memerangkap saudara Vovin. Beliau biasanya sibuk tetapi hari ini kami berjaya terjah dia ketika minum kopi bersama kawan-kawan di sebuah kedai mamak. Saudara Vovin memegang jawatan tinggi dalam Soljah, Pengurus Besar Majlis Maskara. Bukan senang nak pegang jawatan itu. Jom layan temubual bercakap dengan Vovin.


1. Kepada pembaca yang tidak ada Internet, bolehkan tuan jelaskan apakah itu Maskara dan serba sedikit sejarahnya?
Kalau tak ada internet, macam mana dia boleh baca interviu ni?

2. Maskara 13 mendapat sambutan hangat, tempat kereta penuh sampai ke hujung jalan. Apa bezanya Maskara 13 dengan Maskara sebelum ini sehingga begitu ramai yang berpusu-pusu?
Tidak ada apa bezanya. Entah kenapa semua mendapat hidayah dan petunjuk pulak untuk ke MASKARA kali ini. Apa pun, saya sendiri tidak pasti faktor utama keramaian orang untuk edisi kali ini. Mungkin kerana Fynn Jamal, mungkin kerana Aie, mungkin juga kebetulan semua mempunyai kelapangan masa yang mendadak lantas mencetuskan fenomena mahu datang ke MASKARA. Pesanan saya - jemput hadir ke MASKARA seterusnya.

3. Semakin banyak pihak mula menaja Maskara. Adakah ini bermakna Sindiket Soljah semakin kaya dan mula diserapi elemen kapitalisma yang mementingkan keuntungan?
Sejak MASKARA pertama lagi sudah ada pihak yang menaja. Mungkin tajaannya begitu kecil sampai orang tak kisah. Pokoknya sama sahaja, "menaja". Ya, kami juga ada memikirkan untung sekali sekala. Semua orang begitu bukan? Cuma ada yang berselindung dengan pelbagai "istilah" tapi motif tetap sama. Tentang kami yang semakin kaya, sebentar ya, saya terlupa hendak mengunci Subaru Impreza saya di bawah.

4. Buku-buku Sindiket Soljah kurang bekalan walau pun permintaannya banyak. Maka buku-buku itu cepat sold-out. Maskara 13 yang lepas membuktikan ruang Planet Pena juga gagal menampung khalayak yang meningkat. Ada yang tidak dapat masuk. Ada yang cuma menonton dari jendela. Apakah pilihan yang ada pada pihak Sindiket Soljah untuk menangani isu ini?
Saya kira MASKARA dan Rumah PENA sudah seperti pasangan suami isteri yang baru tiga hari berkahwin. Saling dikaitkan antara satu sama lain. Mungkin sekali sekala boleh dianjurkan di premis lain. Malah kami pernah berdiskusi tentang isu ini. Tapi banyak faktor yang menjadi penghalang seperti kos dan kesesuaian. Boleh sahaja dibuat di Dewan Pameran Midvalley, tapi dengan syarat ayah isteri saya yang namanya bermula dengan Tan Sri sanggup menaja perbelanjaan sewa dewan dan peralatan elektronik kerana saya masih mahukan penonton datang tanpa membayar tiket masuk, hatta Seringgit pun. Itulah asas pertama penganjuran MASKARA.


5. Pada malam Maskara, pihak Sindiket Soljah sibuk menguruskan majlis. Ada yang jaga parking, jaga makanan, jaga jualan buku, jaga hadirin, jaga puntung rokok, jaga persembahan etc. Tidakkah terkilan bagi pihak Soljah kerana mereka sendiri tidak menikmayi persembahan yang diusahakan?
Sudah tentu terkilan. Sampai sekarang saya masih tidak dapat menonton Melayu 106 karya Mamat Khalid (memberi satu contoh). Tapi itu saya rasa perkara biasa bila menjadi penganjur. Lagipun kebanyakan peserta yang tampil di atas pentas sudah saya tonton persembahannya di dalam acara yang dianjurkan oleh pihak lain.

6. Ramai karyawan sudah naik pentas Maskara dan ramai lagi yang teringin untuk naik. Tetapi, siapakah karyawan yang tuan teringin sekali lihat naik pentas Maskara mendatang?
Wanita comel Malaya, Elyana. Selain itu saya berimpikan dapat menjemput Petronas Filhamonik Orkestra memainkan Beethoven Symphony No.7. Selain itu saya berimpikan juga mungkin, duet antara Faisal Tehrani dan Ahadiat Akashah. Malah, membawa kedua-duanya di bawah satu bumbung merupakan antara objektif asal MASKARA.

7. Kalau la slogan Soljah, "menyuntik pop kepada seni" dijadikan polisi, apakah rupabentuk Maskara 50 nanti?
Sama seperti sekarang. Di Rumah PENA, ada meja letak karipap di depan pintu, satu meja di sisi tingkap buat meletak buku-buku terbitan sendiri, Sufian Abas berdiri di sebelah meja mengambil gambar dengan kamera model tahun itu, Jimadie melepak di kerusi panjang sambil menghisap rokok, Penonton di dalam terhibur dengan persembahan dan budak-budak muda tahun itu. Saya mungkin tidak secergas sekarang, maklumlah anak sudah ramai. Yang menunjukkan minat dalam dunia seni sastera dan visual adalah anak perempuan saya. Adik lelakinya mengikut ibunya melayan diri di Coffee House Bukit Bintang pada malam itu. Isteri saya kurang sajak dengan benda-benda sastera dan seni persembahan ini walaupun dia mula jatuh cinta dengan saya ketika mendengar saya membaca sajak. Ahhh, merepek pula saya ya. Lain kali jangan ditanya soalan yang menyuruh saya berimaginasi, saya cenderung untuk kekal berimaginasi.

Pada hemat saya, MASKARA tetap seperti sekarang. Saya kurang ingin terlalu banyak perubahan untuk edisi-edisi mendatang. Ini kerana saya mahu mengekalkan "jiwa" MASKARA yang dibina sejak edisi pertama. Saya tidak menolak konsep yang lain, tapi tidak menggunakan nama MASKARA. Buatlah, tapi mungkin dengan nama KONSERT SAJAK DAN PUISI SINDIKET SOL-JAH DAN KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA atau nama pendeknya KOSMETIK.

Akhir kata, terima kasih kepada jiwa-jiwa seni yang sudi menyertai MASKARA, terima kasih kepada jiwa-jiwa seni yang sudi menonton MASKARA, terima kasih kepada jiwa-jiwa seni yang sudi menjadi krew MASKARA. Semoga kita dimudahkan tuhan untuk terus datang pada edisi yang seterusnya.

Teruskan cinta.

Terima kasih
.........................
Manifesto kehidupan Vovin boleh dibaca di SINI.

16 comments:

Anonymous said...

apsal sume writer mezti pose isap rokok? poyo je rase... tak nak! rokok, hidup sihat tanpa rokok...

Tok Rimau said...

ada dua foto. satu dengan rokok, satu lagi tanpa rokok. adil tak?

Anonymous said...

yaz, semuaz writer poyoz, dengan caranyaz tersendiriz.

Terimaz kasihz keranaz mengurangkanz kosz kerajaanz menjadiz wakil kempenz Takz Nakz! tidak berbayar. Semogaz impianz Cau Seri Bangsaz melihat umatz manusiaz seluruhz duniaz tidakz menghisapz rokokz terlaksanaz juaz akhirnyaz danz tercapaiz jugaz Utopiaz yangz diidam-idamkanz olehnyaz.

Ayuhz! Janganz kecewakanz impianz murniz beliauz

Ajami Hashim said...

"KONSERT SAJAK DAN PUISI SINDIKET SOL-JAH DAN KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA atau nama pendeknya KOSMETIK"

puas gua cari huruf 'M' dtg dari perkataan yg mana? huaaa!

OP Zaharin said...

M datang dari perkataan tapak sulaiman. ha ha ha.

Sindiket Soljah said...

W kalau terbalik, bukan jadi M ke?

Ajami Hashim said...

sama gak dgn word 'TIK' dtg dr mana? dr mana?

kalau dr 'KITA SUKA' >> 'KIT'

kalau 'W' = 'M'

maka sepatutnya jadi 'KOSWEKIT' ataupun 'KOSADAPUSINSODAKAKA'

baru betul! kekkeke!

Ajami Hashim said...

..atau 'KOSADAPUSINSODAKAKAYAKIKA'

ermmm!

Aloy Paradoks said...

bile gua boleh bace sajak gua pulak ni...

Anonymous said...

oooOO...
nih PEGAWAI BESAR MASKARA ehh...
hihhih

BuRuuj said...

hahahaha....klakar tol si ajami tue..sy pun same dgn dia, puas cari huruf 'M' kat mana..huhu...

ok gak cadangan dia. kahkahkah..;P

Anonymous said...

MASKARA adalah singkatan MALAM BACA NASKAH SINDIKET SOL-JAH DAN KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA,

Tiada huruf "R" di situ. mana datangnya "RA"?

Sudah hampir dua tahun diadakan.

Tiada siapa komplen pun.

Setakat ni tiada pembersihan etnik lagi di Malaysia ni, nak kata Parlimen kena bom pun tidak, rusuhan apatah lagi.

So KOSMETIK mengekalkan estetika MASKARA.

Ajami Hashim said...

ini tidakkk adil!

dugongsenyum said...

MALAM BACA NASKAH DAN KARYA SINDIKET SOL-JAH DAN KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA.

sekarang dah ada huruf 'R'.

:)

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

macam setan juga jawab interview..nasib baik gua takde hadis nak dibangkitkan.

Jef Hadi said...

akuq sukaq gilaq bacaq vovinq versiq jahatq.Sinisq nakq matiq sialq!!Sampaiq akuq punq terikutq2.

haha-Q!