Wednesday 31 December 2008

MALAM GENTA PUISI PENA - ASWARA II

Pada 31 Disember 2008
Bertempat di Anjung Beringin, Aswara
Jam 8:30 malam - 12:00 tengah malam

Mesti mau datang! Sebab, kalau gi Bukit Bintang ke, Dataran Merdeka ke - jem!!!! Kalau pergi ASWARA - tak jem! He he.

Dato' Omar Awang (Reaktor ASWARA) | Dato' Baha Zain (Presiden PENA) | Persembahan Muzik oleh ASIKA | Lim Swee Tin | Krishanan Maniam | Meor Aziddin | TENAS EFENDI | Justin Unggah | Siti Zaleha Hashim | Penari-penari ASWARA yang kiut-miut (well, aku pernah tengok dia orang menari belit-belit kat tiang kat ASWARA tu, perghhhh!) | SN Dr. Muhammad Haji Salleh | Raja Rajeswary Seethe Raman | Teo Win Sim | Malim Ghozali PK | Marzuki Ali | Zurinah Hassan & Siti Raihani | Nai Boonmee Sairarak | Persembahan Kebudayaan Sabah oleh Onnie Latifah | Khalid Salleh | David Ong | S. Perumal | RIDZUAN 'SULUK BENUA' HARUN | Persembahan Radio Usang ASWARA | Persembahan Dekon PENA - Saleeh, Rahimidin, Amirudin, Shamsudin | Tengku Khalidah Tengku Bidin | Ibrahim Ghaffar | Persembahan Mak Yong ASWARA | ZAEN KASTURI (pewitttttt! idola gua | dan ramai lagi.

Acara akhir ialah POTONG PULUT KUNING!!!! Hak hak hak. Dah sah gua tak dapat rasa punyalah ni.

Oh ya, harga tiket masuk ialah #RM200 seorang. Tetapi, jeng jeng jeng, Sindiket Sol-Jah dengan rasa murah hatinya telah men-sponsor tiket-tiket tersebut kepada anda yang mahu datang!

Caranya mudah sekali, parking motor atau kereta di ASWARA, selepas itu masuk cari Anjung Beringin tu, kalau ada siapa-siapa tanya - jawab, "KAMI DARI SINDIKET SOL-JAH!" Dan macam selalu-selalu, mereka akan tunjuk ke arah kerusi yang diperuntukkan untuk gua.com. HA HA.

Ayuh! Kita semarakkan sambutan tahun baharu dengan... errr... errr... Ridzuan Harun, misalnya! :)

Nota kaki: #RM200? Ha ha. Kami berseloroh sajalah! It's free bebeh, it's free!

6 comments:

Anonymous said...

Lazat sangatkah Ridzuan Harun ni?

sinaganaga said...

Anony,
HA HA. Rasarasa... ermmm... macam lazat! HA HA.

Teo Wei Sing said...

Salam muhibah!!!

Countdown @ Taman Budaya Negeri Pahang sempena tahun baru 2009 akan berlangsung pada pukul 9pm 31/12/2008 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Teater Rajuk.

Kali ini, ingin saya melahirkan perasaan kagum dan puja kerana jarang-jarang sekali acara countdown ini berlangsung dalam bentuk yang menjunjung bahasa, seni dan sastera. Untuk perhatian para pembaca blog ini, saya turut diundang sebagai deklamator jemputan dalam acara yang gilang-gemilang ini. Buat kali pertama acara countdown dramatik dan fantastik ini dapat saya dan saudara-saudari saksikan.

Saya juga berbesar hati apabila nama besar artis jemputan seperti Lim Swee Tin, Roslan Madun, Arippin Said, Nor Fazrah, Raja Lawak Pak Tam, Juara Deklamasi Sajak Pahang Azmy Ahamad dan sebagainya akan tampil bersama dengan hadirin yang akan datang. Selain itu, VVIP yang diundang turut akan mendeklamasikan sajak sebelum acara kemuncak countdown...

Semoga majlis countdown ini akan turut diwarnai dengan kehadiran saudara-saudari yang membawa azam baru, demi bangsa dan negara. Datang, jangan tak datang... saudara/ri turut diundang hadir...

iYda Juhar said...

InsyaALLAH daku pasti datang !!

;)

JO said...

wah baik nya sindiket soljah nih. wah. rasa sayang hei rasa sayang sayang hei, hei lihat sindiket soljah, rasa sayang sayang hei


ewah

Anonymous said...

demm terlepas...