Sunday 31 August 2008

SAYEMBARA 'ROMLAH: The Untold Stories'

Khusus untuk pembaca-pembaca K-EI8HT.

Kamu sudah baca kisah Uncle Nyamuk yang nyanyuk, James pembunuh kucing, budak-budak bujang yang huru-hara, Is si psikik, Judge yang selalu gaduh dengan bini, Bobby si anjing gelandangan, Usman budak yang suka main basikal, Masidol si wartawan, dan Utnah si hantu halimunan.

Kini, kami memberi peluang kepada kamu untuk mengembangkan kisah si Romlah!

CARA & SYARAT PENTERTAAN:

1) Terbuka kepada semua warga nusantara berusia 12 tahun ke atas.

2) Tulis satu cerita tidak lebih daripada 10 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing) tentang Romlah. Cerita boleh berlaku sebelum Kate terbunuh, atau selepas Kate terbunuh, atau sebelum dan selepas Kate terbunuh. Atau apa sahaja interpretasi anda terhadap Romlah.

3) Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

4) Kamu boleh masukkan babak-babak yang ada dalam K-EI8HT. Contoh: babak Romlah nampak Uncle Nyamuk tak pakai seluar, atau babak Romlah bertembung dengan James, atau babak budak-budak bujang menyakat Romlah, dan tentunya, babak Kate menjunam atas bumbung kereta Romlah.

5) Kamu juga boleh tembungkan Romlah dengan watak-watak K-EI8HT yang lain termasuk watak-watak sampingan (contoh: budak-budak tabligh, atau Ruby si kucing betina, atau lelaki tua yang disyaki suggar daddy Romlah itu).

6) Cerita yang paling terbaik sekali akan memenangi wang tunai RM100 (ya, seratus ringgit!), dan diterbitkan bersama-sama penyertaan lain yang terpilih dalam antologi Sindiket Sol-jah yang akan datang.

7) Setiap peserta yang ceritanya terbit akan menerima 3 (tiga) naskhah buku berkenaan secara percuma (ya, percuma!). Hakcipta kekal dengan penulis. Kami cuma mahu hak menerbitkan sahaja. Kami tidak memberi royalti kerana (kami berjanji) tidak akan mengambil keuntungan dengan menerbit ulang buku tersebut.

8) Pihak penganjur berhak menyunting karya yang terpilih untuk diterbitkan. (Pssst! Selalunya kami malas nak edit. Ha ha).

9) Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan, termasuk blog dan laman web. Peserta tidak dibenarkan menyiarkan karyanya di mana-mana (termasuk blog) sehingga buku antologi itu diterbitkan dan habis dijual.

10) Jumlah cetakan buku adalah terhad dan tidak diulang cetak. Wang hasil jualan digunakan sebagai dana membeli sistem P.A. kaw-kaw untuk MASKARA (dan menampung perbelanjaan penganjuran MASKARA).

11) Keputusan panel hakim adalah muktamad.

12) Hantar cerita Romlah: The Untold Stories kamu ke email: sindiketsoljah@gmail.com

Tarikh tutup penyertaan: 31 OGOS 2008

26 comments:

sinaganaga said...

“Saya sangat senang berkahwan dengan dia...” beritahu Fasha Sandha.

Anonymous said...

"kau ingat aku suka semua ni. Aku terpaksa. Aku mangsa. Kau mana tahu..." kata Romlah menangis hiba. Pilu. Mendakap cermin besar yang bertentangan dengan katil tempat dia beradu keseorangan.

Romlah sepi. Dakapan bogelnya pada cermin itu mewujudkan wap-wap yang hangat. Kelam.

sinaganaga said...

Bravo Romlah! Teruskan menulis cerpen Romlah: The Untold Stories ini & jangan lupa, emelkan kepada kami!

Anonymous said...

Aku keluar dari kereta Romlah dalam keadaan sengal. Kendatipun begitu aku puas hati. Kata-kata terakhirnya membuatkan tidur malamku nanti dipenuhi air mawar tanpa ditapis.

"Sungguh la, yang. Kancil I ni tak cukup besar untuk naik ke puncak!" Romlah dalam nada kiut bagai bunyi anak cencorot menghisap puting payu dara ibu kucing.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

semua romlah versi 40sx ni..macam mana gua nak tulis romlah untuk budak bawah 12 tahun??

sinaganaga said...

Anoni,
Bha ha ha. Aku suka aku suka. Kasi panjang sikit, beb. 5 muka surat A4 ke...

Yapong,
Boleh boleh! Romlah ketika usia 12 tahun pun boleh.

1 said...

hahaha, poyo la korang! ada sorang jual nasik lemak depan opis aku, nama dia pun romlah.

soljah, buat kelab peminat romlah sekali la.

Anonymous said...

Kalau ada kelucahan terlampau dikesan, aku akan hantar hantu Utnah untuk mengganggu tidur malam si penulis.

sinaganaga said...

Jie,
HA HA. Romlah ialah nama wanita anti-establishment! Serupa macam kami! HA HA.

Jie,
Kau tulis ek satu cerpen! Tulis tau!

Anonymous said...

Aku dilarang mencarut.

Anonymous said...

"Warna perang berangan ni ke? Yang ada ropol-ropol sikit macam langsir? Ke yang warna-warni macam pelangi? Ada bunga setompok kat depan?" Aku bercakap dalam telefon bimbit. Mulut muncung-muncung bagai bibir tapir.

"Bukan!" Romlah menjawab di seberang talian.

Jurujual memandang aku dari jauh dengan muka confuse. O. Aku tersipu bila terasa tangan kananku terangkat tinggi sambil memegang seluar dalam wanita di Jusco Maluri. Cheh!

jiGOMorrison said...

J-Card hari apa wei? He he!!

OP Zaharin said...

kenapa Jig?
Ko kena temankan bini kau ke?
keh keh keh

Sindiket Soljah said...

Tak, nasib baik bini aku tak ada J-Card.

Aku nak ajak kawan-kawan ngeteh. Takut kalau clash dengan J-Card day, tak dapat pula turun ngeteh. He he!

Anonymous said...

"You ni. Kalau belikan perfume untuk I jangan la yang mahal-mahal tau," kata Romlah dalam keadaan mengada-ngada sambil membelek-belek perfume jenama Estee Lauder. Genggaman jari-jemarinya pada botol perfume itu membuatkan jantung aku berdetap laju. Kalaulah jari-jemari itu merangkul 'lengan sasa' aku ini…'ahaaaaiii…'

"Alaa…I beli kat Jusco je masa J-Card semalam." Aku kata masih terjeling-jeling jari-jemari Romlah yang tirus.

"Ye ke? You ada kad Jusco? Setahu I, perempuan je yang tahu kalau ada sale ke, ada J-Card Day ke. Hm. Lelaki? You dah kahwin eyh?"

Gulp! Jari-jemari Romlah aku lihat bertukar jadi akar pokok kelapa madu. Uh!

ontahsapo said...

tertarik nak berkenal kenal dengan romlah, kau ajar aku... boleh?

fadz said...

aku yg hina ni nak masuk, tapi boleh tunggu jap ek, tgh perah ideas

Sir Mute Key Chicks said...

romlah berjalan seorang diri.
uncle nyamuk pon berjalan seorang diri,
james pun jalan seorang diri.
semua-semua jalan seorang diri.
aku je yang jalan ramai-ramai di tengah pekan chow kit.
eh!chow kit itu pekan kah?

Anonymous said...

saya suka obor2 berbanding tapak sulaiman!!
sbb obor2 gatal!!
erk?

kalau insan yg baru mengenali sindiket ni, mesti dia report "polis"...erk?

sbb dia tak tau pon jalan cerita tuh,tau2 ja ada orang kena bunuh...

Anonymous said...

salam perkenalan...

Ili Khalil said...

Klaka la korang ni. Adoi.

sinaganaga said...

Romlah mencukur ketiaknya. Romlah mencukur ketiaknya hari hari. Romlah tahu, Rozali sukakan perempuan yang berketiak bolen.

bersambung...

Anonymous said...

“Ya Allah! Kereta aku!”

Romlah menjerit dari serambi tingkat 3 flat blok K-8 itu. Kelihatan di bawah, di ruang parkir, ada sekujur tubuh berlumuran darah tertiarap di atas bumbung kereta Kancilnya. Keretanya remuk, seremuk hatinya. Cermin dan tingkap keretanya pecah hancur, sehancur perasaannya. Tubuh kaku di atas bumbung kereta itu nampak macam Kate, perempuan yang tinggal di tingkat 5. Mungkin dia jatuh dari atas. Mungkin kemalangan. Mungkin bunuh diri. Mungkin dibunuh.

Namun Romlah tak fikirkan semua itu. Yang dia fikir, kereta Kancilnya yang remuk redam itu.

“Itulah kak long, tadi kak long nak hentak kami dengan steering lock, kan dah kena tulah! Kami ni berdaulat tau kak long,” budak bujang tingkat atas mengejek dari serambi rumah mereka. Tak pasti suara siapa. Mungkin Budin, mungkin Kana, mungkin Sham, mungkin Nahar.

“Hoi budak tak ada telur, waktu macam ni pun kau nak menyakat orang?! Kau ni orang ke beruk?” bentak Romlah, sambil mendongak ke atas.

Di langit, Romlah nampak, macam ada tahi bintang bergerak laju.

(bersambung juga...)

Mak Su said...

wow! ada sayembara, pertandingan sambung cerita?

Anonymous said...

weh, masa dah habiskan? mana hasilnya?

Anonymous said...

fadz: tengah edit