Saturday 22 December 2007

Mama, aku ingin kahwin

Bila K-Eight sudah bertukar tangan, aku tanya Vovin, "Selepas ni apa projek kita?"

Dan Vovin pun bercerita panjang lebar. Dia kata mahu beri peluang Amir Mukhriz lontarkan ideanya pula.

Aku tanya, "Boleh ke dia terlibat? Dia kan sibuk, sejak berkahwin ni mana ada banyak masa untuk semua ni..."

Vovin kata, "Dah kahwinlah ada banyak masa. Nak makan, ada orang masakkan. Nak baju, ada orang cucikan, gosokkan. Nak mandi, ada orang sabunkan."

Aku kata, "Tu semua cuma fantasi orang-orang yang belum berkahwin!"

"Tak apa," kata Vovin, "aku percaya pada cahaya di hujung terowong."

Aku jawab, "Cahaya di hujung terowong tu datang dari kepala kereta api!! Dia datang laju, sedar-sedar kau dah mati!!"

Vovin ketawa besar. Aku kehairanan, kerana aku tahu, aku tidak bergurau. Ha ha!

** ** ** **

Untuk projek seterusnya, setelah mendapat persetujuan ramai, Mat Jan dilantik menjadi ketua pengarang bagi menggantikan aku. Aku rasa dia lebih layak, pertama kerana bidang kerjanya berkaitan, kedua kerana dia masih bujang.

** ** ** **

Projek K-Eight adalah satu projek yang paling lama disiapkan. Projek yang sudah disepak mula sejak berbulan yang lepas, mengesot lesu. Perayaan silih berganti, Amir dan Samurai pun sudah selamat diijabkabulkan, tapi K-Eight masih tak nampak bayang.

Projek ini sebenarnya tidak punya banyak isu. Walaupun setiap satu ceritanya bersilang kait dengan cerita penulis-penulis yang lain, sebenarnya ia agak mudah diselesaikan.

Dan hal-hal yang melengahkan projek K-Eight adalah permasalahan di luar projek. Masalah-masalah luaran inilah yang sering mengendalakan pengurusan masa. Tugasan-tugasan rasmi, tentunya tidak boleh diketepikan. Dan hal-hal yang melibatkan keluarga juga tidak boleh dipandang lewa.

Suka aku ulang, fantasi orang-orang bujang tentang hidup berkelamin, hanyalah fantasi semata-mata.

6 comments:

June said...

Oh, aku perlu ucapkan takziah untuk fantasi dara dan teruna. Adik-adik suci, cahaya dihujung terowong hanyalah dongeng semata-mata.

Amyz! said...

Hahahaha. Aku sukaaa gila dengan jawapan Jigo. Hahahahahaha.

Anonymous said...

Setuju dgn Jigo!

Anonymous said...

[petik]

"Tak apa," kata Vovin, "aku percaya pada cahaya di hujung terowong."

Aku jawab, "Cahaya di hujung terowong tu datang dari kepala kereta api!! Dia datang laju, sedar-sedar kau dah mati!!"

[/petik]

damn! gua suka gila dialog ni! gua gelak kuat-kuat depan PC.

falsafah tahap dewa ni jigo.

Anonymous said...

anonymous di atas adalah gua. harap maklum.

el-Maaniq said...

emm iye ke?