Thursday 27 December 2007

K-Eight


Apa kata Mat Jan

gua dapat k-eight tadi dari vovin.

ini carta cerpen favourite gua (cerpen gua tak masuk carta, takkan gua nak nilai karya sendiri):

1) Halimunan oleh Tok Rimau

paling gua suka. setiap mukasurat cerpen ini ada ayat yang mencuit hati. gua tak mau tulis ayat-ayat tu di sini, sebab tak nak spoil orang yang belum baca. lima bintang.

2) K-Nine oleh Sinaganaga

cerpen ini pun sama. setiap mukasurat ada ayat yang buat gua tersengih. lima bintang juga.

mungkin yang menjadikan dua cerpen di atas lain dari cerpen-cerpen lain dalam k-eight adalah kerana watak utamanya bukan manusia. satu hantu, satu anjing.

3) In-A-Gadda-Da-Vidda oleh Jigo

cerpen ini, masuk mukasurat ketujuh baru gua jumpa ayat yang mencuit hati gua. yang pasal 'putih dan warna' tu. gua sampai gelak berbunyi di mulut, bukan sekadar gelak dalam hati.

di mukasurat kelapan, gua sengih sebab ada nama sora aoi dan maria ozawa. jigo, lu pun layan ke?

(tapi gua lagi suka yua aida)

empat bintang untuk jigo.

4) Usman oleh Vovin

tidak ada ayat yang betul-betul mencuit hati gua. tapi flow cerita ni jelas, tak ada kekeliruan ketika membaca (berbanding cerpen samurai dan op, yang ada dua-tiga part yang aku keliru ketika baca).

lepas baca cerpen ni gua terfikir, dalam pada mak/ustaz/cikgu si usman dok cerita tentang baik/jahat dan syurga/neraka tu, depa gamaknya tak cerita pasal pahala/dosa start dikira selepas baligh.

kalau tidak, tentu usman tak teragak-agak nak mencuri dan tak sedekah. dia budak, mati masuk syurga.

(jadi, tak dapat jumpa tolstoy di neraka)

empat bintang.

5) Nyanyuk Uncle Nyamuk oleh Sinaganaga

kurang menyengat berbanding cerpen naga yang satu lagi (k-nine). ceritanya cuma tentang adventure uncle nyamuk mencari rumahnya. tapi ya lah, dah cerita orang nyanyuk, nak buat macam mana ya tak?

tidak ada ayat yang betul-betul mencuit hati gua. (yang peliknya, dialog-dialog uncle nyamuk yang mencuit hati gua, gua jumpa dalam cerpen samurai, bukan dalam cerpen naga, haha!)

tetapi kedudukannya dalam carta ini lebih tinggi berbanding cerpen samurai dan op kerana flow ceritanya jelas.

lagi satu, memang sesuai cerpen ni diletakkan di awal antologi, kerana ia memberi gambaran kasar tentang blok k-8 dan penghuni-penghuninya.

tiga bintang.

6) Bongek Kuasa Dua oleh Samurai

ada dua-tiga part yang gua tak clear. gua pun dah lupa part yang gua tak clear tu. nanti gua check balik.

tapi ada dua babak yang mencuit hati gua. satu, babak james bertembung uncle nyamuk. dialog uncle nyamuk "sekejap kata kucing hitam, sekejap kata kucing coklat" tu gua suka. dan "rumah pun tukar-tukar, gilalah ini flat!". haha!

dua, babak james terdengar judge-intan bergaduh. dialog "berbaik dengan jiran" dan hujah balas tu gua suka.

tiga bintang.

7) Nama Saya Is oleh Op

cerpen ini ceritanya tak jelas (pada bacaan gua la, mungkin orang lain baca faham dan lancar). ada dua-tiga part yang gua keliru, tak faham.

masa is dapat vision kate atas bumbung, gua keliru adakah is betul-betul pergi kejar dia ke bumbung atau dalam vision sahaja?

mula-mula gua ingat dia betul-betul kejar, lepas tu hujung-hujung dia jumpa kate sekali lagi menghulur salam perkenalan, gua rasa macam "eh, tadi tu vision saja kot?"

kemudian, bila gua rasa babak kejar kate ke bumbung tu vision, gua rasa "kalau macam tu, masa dia berselisih dengan kate pertama kali tu pun vision juga agaknya. pasal dia dah berkenalan dengan kate, kenapa kate nak kenalkan diri lagi bila jumpa kali kedua?"

jadi, gua tak clear, bila start dan bila akhirnya vision si is? gua keliru. mana satu vision, mana satu betul-betul.

lagi satu, adakah vision is silap? sebab semua cerpen orang lain kate jatuh dari tingkat 5, tapi dalam vision is, kate naik atas bumbung?

dua bintang.

Keseluruhan:

tapi antologi ini, lepas baca dari mula sampai habis, memang best. rasa macam nak tepuk tangan. ini pertama kali gua baca baca antologi cerpen yang cross-over ni. gua terfikir, kalau sindiket ada bajet, kita buat "k-eight the movie".

istimewanya movie ini, ia boleh ditonton sebagai sebuah filem panjang, atau sembilan filem pendek.

markah keseluruhan: 3.7 bintang.

11 comments:

OP Zaharin said...

vision kadangkala tidak tepat dan kadangkala mengelirukan. macam cerita aku la. hahaha. dapatkan segera di pasaran sol-jah!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

dah baca..dah baca.., terer..terer..

sinaganaga said...

Hello MatJan,
Markah keseluruhan berapa? 4? 5? 10? 100 ka?

Anonymous said...

sinaganaga: markah penuh 5.

aku bagi 3.7

kalau persen: 74%

kalau gred: B+

kalau cgpa: 3.33

hehe...

dugongsenyum said...

aku paling suka tulisan jigo. sebab ada hayun-hayun parang. entah. HAHA

Anonymous said...

Hayun-hayun parang itu fantasi orang-orang yang dah berkelamin kot? Ha ha!

Lily Abdullah said...

K-Eight bagi saya menelanjangkan kebebalan orang Melayu/Islam terhadap pegangan dan agama mereka sendiri.

Syabas para penulis.

sinaganaga said...

Waterlily,
K-Nine adalah cerpen paling berunsur Islam yang aku pernah tulis. Faisal Tehrani akan tabik kat aku dan mungkin akan berkata, "syukur Ge, kau dah insaf!" Ha ha.

dugongsenyum said...

Penulis-penulis lain kata mayat Kate mati tertiarap atas bumbung kereta. Tapi MJ aka Jailani Jauhary kata mayat Kate terlentang pulak. Apa MJ buat pada mayat tu sampai terlentang? HAHA

Tok Rimau said...

Dugong,
Persepsi manusia terhadap sesuatu kejadian.

Mat Jan,
The feeling is mutual. Aku suka Piano nombor satu. Ramai juga yang komen secara lisan, Piano amat seru.

dugongsenyum said...

Tok R,
Babak budak2 bujang takutkan jemaah tabligh tu buat aku gelak gila babi nak mampos. Well... siapa tak kenal Mat Jan.