Thursday, 5 July 2007

Maskara 1 dapat liputan akhbar


Sila klik untuk gambar lebih hi-res!


Baca Naskah Sindiket Soljah aktiviti sastera alternatif

Oleh Azman Ismail

MALAM Baca Naskhah Sindiket Soljah dan Kawan-Kawan yang Kita Suka (Maskara) mungkin terlalu asing kepada khalayak sastera di negara ini. Namanya juga terlalu asing dan pelik.

Namun, majlis tersebut merupakan program alternatif yang mampu memperkayakan kegiatan sastera di negara ini. Ia memberi peluang kepada penulis dan penggiat seni yang belum mapan, tidak mahu mapan, tidak dikenali dan sebagainya untuk bertukar-tukar pendapat.

Selain itu, program baca naskhah tersebut juga bertujuan menjadikan sastera sebagai medium pertemuan antara penulis daripada semua aliran dan mengukuhkan tali persahabatan serta mewujudkan persefahaman ideologi, pemikiran, taraf, agama dan keturunan.

Tidak ada acara formal. Antara pembaca dan penonton bebas berinteraksi menerusi pembacaan naskhah sama ada fragmen daripada novel, antologi puisi, nyanyian dan muzik.

Sesiapa sahaja boleh mencurahkan kreativiti yang terpendam. Sebagai satu ruang berkarya, melontarkan idea dan mungkin juga mempromosikan karya masing-masing.

Sehubungan setiap peserta atau penonton tidak dibebankan dengan persoalan kewangan. Mereka boleh datang menikmati semua pertunjukan atau persembahan tanpa perlu membayar apa-apa.

Bagaimanapun, majlis tersebut dan Maskara tetap mempunyai orientasi tersendiri dalam memartabatkan sastera tempatan sekali gus mengeratkan hubungan antara penulis berbilang kaum.

Dengan kata lain, Maskara dan program membaca naskhah tersebut cuba mencari ruang-ruang dan peluang-peluang baru untuk menyatukan penulis-penulis tanah air tanpa ikatan ideologi, aliran dan latar belakang.

Sementara itu, pada majlis Baca Naskhah Sindiket Soljah yang berlangsung di Rumah Pena, Kuala Lumpur baru-baru ini lebih 20 penulis dan penggiat sastera muda mengambil bahagian.

Ia melibatkan pembacaan cerpen, fragmen novel dan deklamsi sajak yang dipetik daripada antologi dan novel Jiwa Kacau, Masuk Barisan, Kudeta, Kalashnikov, Pink Platun, Ayah Kita Boss serta Jongkang Jongket.

Antara pembaca naskhah pada majlis tersebut ialah Amir Mukhriz yang membaca cerpen Gadis Pemburu Cinta yang dipetik daripada antologi Kudeta, Nida (Cerekarama) dan King Binjai (Dinding).

Panaharjuna pula membaca 40 Bingkisan Hati manakala Jigo membaca cerpen Peluru Tak Bermata yang dipetik daripada antologi Kalashnikov.

Persembahan dan majlis baca naskhah tersebut turut diserikan dengan persembahan muzik oleh Izzi dan Materabak.

11 comments:

Anonymous said...

Tahniah! :-)

fadz said...

wah, sudah glamurrr!

dugongsenyum said...

TABIK!

Mat Jan said...

Hai!

Sayalah anggota sindiket soljah, yang majlis baca naskhahnya masuk paper itu.

Hik hik!

sinaganaga said...

Ha!

Saya Ketua Turus Sindiket Sol-Jah, yang majlis baca naskhahnya masuk paper tu.

Muerekekekekekeek!!!

Anonymous said...

Tahniah!

June said...

Oh. Sindiket Soljah sudah glem-glem-glem.

Oh!

Anonymous said...

Saya sekretari sol-jah yang majlis baca naskhahnya masuk paper tu.
Tapi saya tak pakai skirt tau!

Muahahahaha.

Nida Shaari said...

Hai!

Sayalah satu-satunya perempuan Pink yang namanya masuk paper masa majlis baca naskah tu

la la la

Anonymous said...

nida riak gilesss.. :-p

Anonymous said...

gua tak kisah la nama tak masuk sokkabar. asalkan nama gua dikreditkan dalam vcd maskara tu. 2 kali ok nama gua muncul. muahahaha.