Monday, 18 June 2007

LAPORAN ALTERNATE REALITY TREASURE HUNT WEBLOG DAY

The Sol-Jah


Weblog Day anjuran Geng Jurnal telah selamat berlangsung pada 16 Jun 2007 yang lepas.

Sudah pasti antara acara yang menarik perhatian adalah Treasure Hunt Elarti yang berlansung pada sebelah pagi.

Seperti biasa, acara ini disertai oleh pasukan yang amat terkenal dalam dunia sukan Treasure Hunt, Sindiket Sol-Jah. Sebagai Johan 4 kali berturut-turut peringkat Asia Tenggara, Sindiket Sol-Jah diramalkan naik sebagai pemenang untuk acara ini.

Para peserta mula berlepas di kawasan letak kereta bersebelahan Dataran Merdeka pada pukul 10:30. Sebelum itu mereka semua telah disogokkan dengan bihun goreng sebagai medium melempias nafsu makan masing-masing.

Ternyata segala ramalan oleh pemerhati sukan treasure hunt dan peserta tepat sekali. Kumpulan Sindiket Sol-Jah telah mendahului peserta lain apabila sampai awal di Sektor Pasar Seni lantas menjawab kesemua LIMA soalan dengan BETUL.

Selepas itu kumpulan Sindiket Sol-Jah mula bergerak ke Sektor seterusnya iaitu Ampang Park. Sekali lagi kejaguhan Sindiket Sol-Jah tidak dapat ditandingi apabila berjaya menjawab kesemua LIMA soalan dalam masa 7 minit sahaja. Namun menurut kapitan, Spyz, dia agak tidak puas hati kerana rekod sebelum ini kumpulan itu berjaya menjawab soalan-soalan dalam masa 4 minit.

"Budak-budak ni semua sudah naik lemak! Prestasi mereka sudah turun!" kata beliau ketika ditemubual selepas berakhirnya pertandingan.

Sebelum sampai di Sektor Avenue K, Sindiket Sol-Jah sekali lagi mempersembahkan apa yang dipanggil sebagai trademark mereka, Sindiket Sol-Jah telah berbesar hati untuk menolong kumpulan-kumpulan lain seperti Geng Perempuan Pakai Seluar Army, Pinky Platunes dan beberapa kumpulan MSJBox dengan memberitahu jawapan-jawapan di Dua sektor terdahulu.

Kelihatan ahli-ahli kumpulan Pinky Platunes terharu kerana dapat ikut serta dalam acara bersejarah itu. Ketika ditemubual, salah seorang ahli kumpulan Pinky sebak kerana tidak menyangka ahli-ahli Sindiket Sol-Jah ini sungguh baik hati. Geng Perempuan Pakai Seluar Army pula tidak habis-habis memuji semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh legenda sukan Treasure Hunt itu.

Avenue K menjadi titik tolak kepada satu lagi kejayaan Sindiket Sol-Jah dalam barisan kejayaan yang telahpun mereka miliki sebelum ini.

Maka kumpulan tersohor itu sampai di garisan penamat tepat pukul 12:01 menjadi pasukan pertama sampai. Begitu pun kapitan Spyz sekali lagi melahirkan rasa tidak puas hati kerana mereka sepatutnya mencatatkan keputusan yang lebih baik.

"Target tak sampai," keluh kapitan Spyz sambil menggelengkan kepala. "Saya target kita sampai pukul 11:45"

Tidak lama kemudian, tiba pula Naib Juara Sukan Treasure Hunt peringkat Asia Tenggara, Kumpulan Gerila. Nampak kelibat ahli kumpulan iaitu Lan Rambai dan Kemat. Untuk pengetahuan, mereka memang terkenal sebagai kumpulan yang menggunakan "imaginary friend" sebagai ahli ketiga. Saksi pernah melihat mereka bertengkar dengan "imaginary friend" ketika menyertai Sukan Treasure Hunt di Hanoi 2005.

Kejayaan Sindiket Sol-Jah dan Gerila menjawab DUA SOALAN MAUT (Sindiket dapat jawab satu saja) membuktikan bahawa kecekalan dan semangat juang yang ada patut di contohi oleh semua orang.


Sekian saya Abu Bakar Ateng melaporkan dari bilik Sukan.

Friday, 15 June 2007

Keroncong Tiga Malam

In A Gadda Da Vidda

Kalau sekumpulan lelaki beronani dan berejakulasi dalam satu bulatan, dan kebetulan ada seorang perempuan berlutut di tengah-tengah, adakah ia boleh dianggap sebagai bukkake?

Ok, abaikan soalan di atas.

Soalan yang betul, sepatutnya berbunyi begini.

Kalau sekumpulan lelaki menulis satu cerpen setiap seorang, dan cerpen itu pula berkongsi watak dan latar, kemudian dihimpunkannya di dalam satu buku, adakah buku itu boleh dianggap sebagai novel?

Tuesday, 5 June 2007

MASKARA I

Apa yang dibaca dalam sesi pertama MASKARA? Ini dia:

SESI 1
  • Izzi dan Materabak main gitar lagu "Getaran Jiwa".

  • Amyz membaca "Gadisku", nukilan Nureffa dalam buku Pink Platun.

  • Amir Mukhriz membaca "Gadis Pemburu Cinta" (cerpen beliau dalam antologi Kudeta), dan sajak Abdullah Jones "Encik, Anak Saya Hilang" dan "Ruang Terluang".

  • Nida membaca "Cinta Bukan Semudah Bicara", tulisan Nett dalam buku Pink Platun.

  • King Binjai membaca "Dinding", karya beliau dalam majalah Narayuda.
REHAT
  • Makan mi goreng dan minum teh.
SESI 2
  • Cik Daun membaca "Winter '97", nukilan beliau dalam buku Pink Platun.

  • Zafran (Panaharjuna) dan Amyz berduet membaca sedutan novel "40 Lukisan Hati", karya Zafran.

  • Izzi & Materabak main gitar lagu "Bohemian Rhapsody".

  • Jigo membaca "Peluru Tak Bermata", cerpen beliau dalam antologi Kalashnikov.

  • SM Zakir mendeklamasikan sajak beliau "Aku Menjadi Palsu".
SESI 3 (Bonus, tiada dalam aturcara asal)
  • Saharil Hasrin Sanin membaca "Elektrohabitat", cerpen beliau dalam antologi LCCU.

  • Mat Jan, pengacara majlis, membaca petikan novel beliau (yang separuh siap dan belum berjudul).

  • Sinaganaga dan Mat Jan berduet membaca "Rajuk Yang Panjang", dari buku Ayah Kita Bos.
TAMAT

Monday, 4 June 2007

GAMBAR MASKARA





Kedit lense: Amyz

Di Sebalik 'Peluru Tak Bermata'

Aku sedikit segan kalau 'Peluru Tak Bermata' (selepas ini disebut sebagai PTB) dianggap sebagai cerpen. Bagi aku 'cerpen' bukan sekadar merujuk pada 'cerita yang pendek'. Cerpen ada elemen-elemen yang tidak boleh diabai begitu saja. Cerpen perlu ada intensiti dan kondensitinya.

PTB tidak sebegitu. Ia sebuah cerita ringkas. Dan aku kira ia agak spontan. Aku terfikir nak tulis pasal permasalahan sosial, terus aku taip. Ia tampak sedikit keras dan kasar, tapi yang penting ia lebih langsung. Sebenarnya, ia cuma 'cerita'. Atau kalau kau mahu, PTB adalah 'puisi dalam bentuk prosa'. Ha ha!

Aku cuba bereksperimen dengan bunyi. PTB adalah sebuah cerita yang seharusnya dibaca untuk didengar, bukan dibaca untuk dihayati. Ia telah mengabaikan prinsip cerpen yang baik. Ia tidak mengikut disiplin "Show! Don't Tell!".

Satu lagi eksperimen aku dengan cerita ini ialah penggunaan ganti nama kedua sebagai watak utama. Selalunya, dalam fiksyen naratif, ramai yang suka gunakan ganti nama pertama (contoh: Aku, Saya, Beta) atau ganti nama ketiga (Dia, Mereka, Maya). PTB gunakan ganti nama 'kau' sebagai watak utama.

Jalan ceritanya tak begitu asli, tapi aku harap ia menyegarkan.

* 'Peluru Tak Bermata' disiarkan dalam Kalashnikov, terbitan kedua Sindiket Sol-Jah.

Maskara: Cinta dan Air Mata

Prolog
Vovin suruh datang cepatcepat, hujan lebat, bumbung bocor, pentas becak, katanya.

Cerita-cerita
SM Zakir jarang baca sajak di depan khalayak, tapi malam ni setting pentasnya suram - khalayak di depan nampak berbalam, jadi dia pun mahulah baca satu dua sajak, katanya.

MatJan jemput Saharil naik pentas untuk baca satu dua cerita. No problem, katanya.

Aku naik ke pentas, ucap terima kasih kepada PENA kepada Sindiket Sol-Jah kepada kawan-kawan yang kita suka yang datang menjayakan rancangan itu malam. Akhirnya, aku baca entri dari buku Ayah Kita Bos - berduet dengan MatJan. Kemudian, "selamat malam semua!" Kata aku.

Epilog
OP kata, dia tak rakam.
Aku tanya, kenapa tak rakam?
OP kata, dia dok khusyuk dengar ucapan penutup dari Ketua Turus Sindiket Sol-Jah (ya, aku tahu, aku memang bersuara lunak) sampai terlupa nak rakam Sinaganaga berduet baca entri dengan MatJan.

Aku kata, laaaaaaaaa...

Apa kata mereka
MatJan
KingBinjai
Tifani Teh
Vovin
Pink Platun
Geng Jurnal
Amyz