Saturday 31 October 2009

MASKARA SHORTIES 31 Oktober 2009

DATANG AWAL! PARKING TAK CUKUP!
BAWA TIKAR GULUNG SENDIRI WEH! KERUSI PUN TAK CUKUPPPPP!

PERHATIAN: KITA START KUL 7:30 (Lepas maghrib)

Klik poster untuk saiz besar. Salin, muat turun dan cetak. Tampal di lif dan tandas pejabat. Biar semua orang tahu.



Terdapat lebih daripada 20 buah filem dalam pelbagai rupa dan bentuk yang akan ditayangkan pada malam itu. Habis kul 1:30 pagilah jawabnya.

Ada Pelancaran Buku Estet juga khabarnya! Pergh!

Dan yang pasti, ada juga jualan T-Shirt Sindiket Sol-Jah (Dalam jumlah, saiz, dan warna yang terhad!). Pada harga hanya RM20 sehelai, anda pun pasti mampu bergaya seperti kami. Ha ha!




Soalan-soalan yang sering ditanya
1. Mana Rumah Pena tu weih?
Sini ada map: http://sol-jah.blogspot.com/search/label/Peta. Rumah Pena di sebelah Rumah GAPENA. Bertentangan jalan dengan bangunan MAA.

2. Macam mana nak sampai ke Rumah Pena, oi?
Kalau anda masih percayakan sistem perkhidmatan awam negara tercinta ini, anda boleh gunakan Ampang Line (sebelum ini dikenali sebagai Star line) atau Monorail, turun di Stesyen Hang Tuah. Dari stesyen ini, boleh berjalan kaki ke arah Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Insya' Allah dalam 20-30 minit akan sampai. Sila pakai minyak wangi secukupnya. Kalau mahu gunakan teksi, boleh berhenti di hadapan Bangunan MAA (Jalan Dewan Bahasa atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Lapangan Terbang Lama), dan menyeberangi jalan dari situ.

3. Saya tak ada duit nak bayar tiket
Masuk PERCUMA. Diulangi, PERCUMA. Ulangan kali kedua, PERCUMA!

4. Di mana nak beli tiket?
Masuk PERCUMA.

5. Tiket berapa harga?
Rujuk perkara 3.

6. Saya nak pakai baju kebaya boleh?
Kalau kamu perempuan, dipersilakan, tapi ini bukan Dewan Filharmonik Petronas. Kalau lelaki, sila fikirkan perasaan (dan kasihanilah selera) orang sekeliling.

7. Saya nak pakai t-shirt saja boleh?
Boleh, pastikan anda pakai seluar sekali.

8. Saya tak nak pakai apa-apa boleh?
Paling koman pun, pakailah minyak wangi.

9. Apa itu MASKARA?
Datang dan anda akan tahu.

10. Saya seganlah nak datang
Tok Rimau akan sentiasa available untuk menguruskan keseganan anda. Mat Jan pun mula-mula pemalu, sekarang dia yang paling galak atas pentas.

11. Tiket masih ada lagi tak?
........

12. Bolehkah saya buat rebiu acara yang tidak mengadakan sesi diskusi?
Pasti boleh. Rebiu, kritik, ulasan, laporan bergambar di blog, facebook, myspace, forum, majalah dan suratkhabar adalah digalakkan pasca-maskara. Jangan lupa beritahu kami, boleh kami linkkan laporan itu.

13. Ada makan-makan tak?
Setakat nak alas perut, insya' Allah ada. Tapi kalau nak kenyang terbelahak, minta maaf banyak-banyak, anda tersalah majlis.

14. Ruang parking cukup tak?
Kalau kamu memandu bas atau kepala lori kontena, mungkin tak cukup. Anda digalakan datang bertumpang-tumpangan, duit minyak tong-tong la. Kalau kamu masih mahu memandu sendirian, sila patuhi arahan pegawai parking yang bertugas. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out). Jika menghadang kenderaan lain, sila tinggalkan nombor telefon di dashboard kenderaan anda untuk memudahkan anda dihubungi.

15. Kat mana Rumah Pena ni?
Nak jawab dengan tangan ke dengan kaki?

16. Habis majlis pukul berapa?
Kami anggarkan akan tamat melewati jam 12 tengah malam. Kalau mahu pulang awal, pastikan kenderaan anda tidak dihadang oleh kenderaan lain. Kalau anda mahu pulang lewat, pastikan kenderaan anda tidak menghadang kenderaan lain. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out). Jika menghadang kenderaan lain, sila tinggalkan nombor telefon di dashboard kenderaan anda untuk memudahkan anda dihubungi.

17. Apa buah tangan tak?
Ada barangan yang diberi percuma, dan ada juga yang dijual. Ringankan mulut untuk bertanya. Jangan mengambil barangan jualan tapi tidak mahu membayar; buruk padahnya!

28 comments:

Bijen M. said...

yeah.
cpt la hujung bulan.
sungguh x sabarnya.

nak tunggu gaji.
|-(

Anonymous said...

!

Nbl Fzr said...

cup grand stand

CikSembang said...

sonok baca , jom komen2 dengan http://ciksembang.blogspot.com

nazrihashim said...

gua pon nak greng steng.!

SUXX said...

wah ada makan2 lg kot.


ngaaa

kamal sabran said...

yehaaaaaaaaaaa!

iYda Juhar said...

ermm. tak de dewangga sakti la plakss kali ni yer..

sinaganaga said...

Ida,
Saiapa kata tak ada Dewangga Sakti???? Adaaaaaaaa! Mereka mesti datang punyalah!

Ajami Hashim said...

mana nama bapak aku 'Hashim'???

huaaa!!!

p/s: 'Ajami' tu nama sebuah filem terbitan israel tau! ddan nama sebuah restoren arab! wakaka!

Ajami Hashim said...

btw.. lelehan kaler merah kat tgh2 poster tu mampu merekacipta ilusi minda kpd bentuk 'sesuatu' kannn?

kahkahkah!

Anonymous said...

masuk brape ? masuk brape ?

Anonymous said...

bape mau byr do ??

sinaganaga said...

MASUK PERCUMAAAAAAAA!

Ajami,
Akan diperbetulkan pada poster hardcopy!

Rambut Ketak said...

hahaha lawakla FAQ korang tu

-cikmuNnTaLib- said...

nak pergi..!!start kol baper..??
cmne nk g...
xde transport....waaa...!!

but saye mmg mahu pergi...!!
teringin mahu pergi...!!
tolonggggg....!!!!

jamstrawberry said...

nk join gak...kali ni mesti pergi...yes! gaji da mashuk time tu...boleh bershopping kat rumah pena...:-"

jamstrawberry said...

korang tak sediakan transport tuk kitaowg tumpang blek ker? waaaa....

-cikmuNnTaLib- said...

jamstrawberry:sokong..!!!wahaha..

alifstyle said...

Seminggu lagi! Bring it on!

sinaganaga said...

Oleh kerana ada lebih kurang 27 filem - kita mula jam 7:30 malam, sharp!

Jangan bimbang, ruang sembahyang akan disediakan di tingkat atas di rumah PENA.

Ibadah anda tanggungjawab kami! Zasss.

fadz said...

Soalan:

1. Kat mana eh rumah PENA ni?

2. Berapa harga sekali masuk?


hohohohohohohohoh!

;p

Danielle_Corleone said...

kalau nak tahu cara berjalan kaki ke Rumah Pena dari Monorail Hang Tuah jangan segan-segan hubungi gua yang merupakan pejalan kaki tegar ini. :-)

kamal sabran said...

yabedabedu gua tgh kumpul duit nak turun kl ni ;)

pOr said...

gua nk beli baju .. mcmna .pos boleh ke

famia said...

betul-betul kena bawak tikar gulung sendiri ke ni? (tanya betul2 ni)

sinaganaga said...

The 4,
T shirt - kami tak jual online! Harap maklum.

Famia,
Bawak le plastik sampah yang hitam tu pun ok juga. Bawaklah apa-apa sahaja sebagai alas punggung!

pOr said...

aisey.. melepas... TQ ..