Sunday, 28 June 2009
MARI MAREYY, NAIK KERETAKU
Friday, 26 June 2009
Keping-keping terakhir KACIP
Kami tak ada masa nak melawak jenaka. Serius cakap, KACIP yang dijual secara online cuma tinggal enam (6) keping terakhir.
Baik order dan bayar sekarang, sebelum kami hilang akal dan jual RM50 senaskhah!
Kalau dah order (dan bayar), jangan lupa isi borang, kemudian tinggalkan komen di sini untuk menyatakan pesanan telah dibuat.
Cukup enam pesanan, kami akan tanggalkan borang pesanan.
Peringatan: Kami tidak akan mencetak semula KACIP atau buku-buku yang kami terbitkan!
Harap maklum!
*** *** *** *** *** *** *** ***
Updet 1 (28 Jun 2009, 1.40pm)
KACIP dah tinggal 4 keping terakhir!
*** *** *** *** *** *** *** ***
Updet 2 (28 Jun 2009, 8.12pm)
Borang KACIP sudah ditanggalkan. KACIP tidak lagi dijual secara online oleh Sol-jah. Pemesan-pemesan yang bertuah akan dihubungi melalui emel.
Terima kasih!
Thursday, 25 June 2009
Pendapat ramai tentang KACIP
Masih belum memiliki KACIP?
KACIP dah tinggal keping-keping terakhir!
Beli sekarang, atau biarkan saja air liur kamu meleleh nanti bila orang kini kanan bercakap tentang KACIP. Kalau rasa-rasa nak kena sepak secara berjemaah boleh cuba-cuba request supaya kami cetak semula KACIP.
Membaca halaman-halaman awal Kacip saya kira buku blognya itu bukanlah cebisan perasaan dan luahan yang ringan. Saya menangis membaca beberapa kisah yang saya kira kita selalu lupa dan buat-buat lupa tentang kesusahan masa lalu yang banyak mematangkan kita pada hari ini. Tentang kisah Bob, tentang Kuala Lumpur dan diri penulis serta pengalaman-pegalaman kerjanya.Saya kira, saya tarik balik kata-kata yang menyebut harga RM20 tidak berbaloi dengan buku yang nipis itu dan penulisnya yang terkedu ketika diminta menurunkan tandatangan. Saya kira terkedu dan terkial-kial itu adalah kesan pengalaman hidupnya yang lampau.
[ baca lanjut ]
Nama buku ni Kacip. Himpunan kisah2 dari Pipiyapong.Sape tak beli buku ni, jangan nak pinjam kat gua. Jangan jadi Kodi! Tak guna la duduk kat tengah2 ibukota kalau takde buku ni. Gila tak Kolumpo!..Pegi beli sendiri!
[ baca lanjut ]
Baca muka surat pertama je, Terus Masuk Gear 1 nak senyum. Muka surat dua, Gear Dua. Muka Surat tiga, gear tiga..sampai la gear-gear yang seterusnya. Mana la aku tahu pasal gear. Aku bawak kete pun kete auto. Kenderaan 2 roda pun auto.
[ baca lanjut ]
aku mengharapkan buah tangan Pipi ini bakal menjadi rujukan aku buat menulis catatan pendek (bukan karya) dalam setiap pojok kosong fesbuk, myspace dan friendster kepunyaan aku. fenomena 'blook' ini aku fikir adalah satu kemudahan dan evolusi yang lebih 'handy' untuk kita menikmatinya bukan lagi dalam situasi virtual.
[ baca lanjut ]
Betullah orang cakap, "ijazah terbaik datangnya dari jalanan" yang merujuk kepada pengalaman hidup susah senang dalam kehidupan...Buku ni beh pepalih! (buku ni best sangat2!)Memang "Kacip"!
[ baca lanjut ]
Saya tak mahu cakap banyaklah. Pipi menulis memang original. Walaupun kebanyakan isi blook ini saya sudah baca dari blog Pipi, namun saya masih teruja untuk membacanya sekali lagi. Dan seperti biasa, saya akan tersengih seorang-seorang sambil membaca. Blook Pipi ini amat berisiko. Sekiranya anda pekerja kerajaan atau swasta seperti saya, dinasihatkan janganlah dibawa ke pejabat. Terkantoi nanti ketika membaca dalam waktu pejabat(seperti saya pagi tadi). Lagi satu. Blook Kacip ni berhantu. Memanggil-manggil untuk dibaca walaupun tengah menulis Case Study. Sepatah perkataan yang jitu untuk menggambarkan blook ini: “Best!”
[ baca lanjut ]
maka disebabkan dia bekerja dan berduit (dari aku), satu hari tu aku sebar propaganda Pipiyapong buat buku nama Kacip.sempat jugak aku tanya dia Kacip tu maksud dia apa. jenuh jugak aku memujuk sebab dia kata dia dah baca semua entry blog tu.aku siap cakap nanti aku bayar kat dia balik.tapi esok hari, dia suruh check blog sindiket soljah.ada pulak nama dia dekat update list.hari dapat buku, dia kata 'tak payah la bayar, aku nak buku ni, tapi kau boleh lah baca bila aku tak nak, bila aku nak, kau kena bagi serta merta'.malam tu aku baru baca muka surat ke 4 dia ketuk pintu bilik.cis.
[ baca lanjut ]
Beli sekarang, atau biarkan saja air liur kamu meleleh nanti bila orang kini kanan bercakap tentang KACIP. Kalau rasa-rasa nak kena sepak secara berjemaah boleh cuba-cuba request supaya kami cetak semula KACIP.
Berapa kali lagi kami mahu ingatkan kami tak mahu ulang cetak buku-buku kami?!
Tuesday, 23 June 2009
PENTAS KITA KARYA KITA
Tarikh : 26 Jun 2009 ( Jumaat ) Masa : 8.30 malam Tempat : Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution @ Pak Karamu Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak. ( Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun ) Alamat Penuh : F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak. Masuk : Percuma * Jamuan makan disediakan. ** Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyertai malam seni ini dengan mempersembahkan bakat samada mendeklamasikan puisi atau mendendangkan lagu dengan diiringi muzik akustik (secara langsung), sila hubungi lanterajiwa@gmail.com untuk mendapatkan keterangan lanjut sebelum 24 Jun 2009. Tema karya adalah bebas dan pastinya tiada unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa. Keaslian karya ciptaan sendiri adalah diutamakan. |
Monday, 15 June 2009
KACIP ADA SIKIT LAGI
Jualan KACIP secara online sudah ditutup!!
********
Updet 11
KACIP sudah masuk tong 11hb Jun 2009. tunggu 3-4 hari lagi ya sampai ke peti anda:
********
Updet 12
KACIP sudah masuk peti pejabat pos cawangan Selangor 22 Jun 2009. kasi masa posmen hantar dalam minggu ini:
********
Updet 12
Kami ada terima tempahan dan pengesahan bayaran dari nama di bawah. tunggu cukup korum kami hantar ya!:
********
Updet 11
KACIP sudah masuk tong 11hb Jun 2009. tunggu 3-4 hari lagi ya sampai ke peti anda:
********
Updet 12
KACIP sudah masuk peti pejabat pos cawangan Selangor 22 Jun 2009. kasi masa posmen hantar dalam minggu ini:
********
Updet 12
Kami ada terima tempahan dan pengesahan bayaran dari nama di bawah. tunggu cukup korum kami hantar ya!:
Sunday, 7 June 2009
Pelancaran Stingarden Konda Kondi DIBATALKAN
PENGUMUMAN: MAJLIS PELANCARAN BLOOK 'STINGARDEN' DAN 'KONDA KONDI' DI PESTA BUKU READ MALAYSIA, MIECC, THE MINES, YANG DIJADUALKAN AHAD 7 JUN 2009 ADALAH DIBATALKAN. HARAP MAKLUM.
Saturday, 6 June 2009
MASKARA showcase
[ klik imej , kalau mahu tengok dengan lebih jelas ]
DEWANGGA SAKTI TERBANG KE DADA LANGIT SAMBIL MERONGGENG PAK ABDUL
VENUE: RUMAH PENA
MASA: 8:30 MALAM
TARIKH: SABTU, 6 JUN 2009
Semua dijemput hadir, tak kisahlah siapa-siapa!
DEWANGGA SAKTI TERBANG KE DADA LANGIT SAMBIL MERONGGENG PAK ABDUL
VENUE: RUMAH PENA
MASA: 8:30 MALAM
TARIKH: SABTU, 6 JUN 2009
Semua dijemput hadir, tak kisahlah siapa-siapa!
Subscribe to:
Posts (Atom)