Sunday 5 October 2008

PENGUMUMAN RAKYAT

Dibawah adalah emel yang aku hantar kepada semua pengarah yang menyatakan hasrat nak join MASKARA SHORTIES. Aku letak di sini kalau-kalau emel mereka itu sudah padam.

-----------

Salam hormat,

Emel ini dihantar kepada mereka yang dah menyatakan kesudian untuk menyertai MASKARA SHORTIES pada 1 November nanti.

Maka kiranya disini saya hendak menyertakan tentatif deadline untuk submission video anda.

SINOPSIS, PROFIL PENGARAH DAN APA MAKLUMAT BERKAITAN: Deadline 11 Oktober 2008.
Ini kerana kami hendak menyediakan bahan-bahan promo seperti pamplet, poster, risalah dan print out untuk media. Untuk maklumat pengarah sudi kiranya disertakan hasil kerja sebelum ini, siapa dia, laman web dan sebagainya (untuk pengarah yang mahu mempromosikan diri), bagi yang mahu remain anonimous atas dasar seni, sila karang maklumat kreatif anda sendiri.

VIDEO hasil kerja yang hendak ditayangkan: 20 Oktober 2008.
Diharapkan agar dapat diserahkan video-video (filem pendek) yang hendak ditayangkan selewatnya pada tarikh di atas. Ini untuk urusan membuat persiapan video sapa nak tayang dulu selain dari memastikan tiada peserta yang bertindak separa sedar menghantar video porno hardcore untuk ditayangkan.

Saya juga berharap agar pengarah-pengarah, kalau berjaya, menyediakan dan menghantar kepada saya promo material seperti berikut:

- Trailer
- Poster
- Video behind the scene
- Still images
- foto pembikinan
- atau apa sahaja material berkaitan

Material di atas boleh dihantar kepada saya sepanjang bulan Oktober ini untuk diletakkan dalam blog maskara shorties (maskara-shorties.blogspot.com). Untuk video, boleh sahaja kasi hyperlink youtube (lagi bagus).

Terima kasih

Nazri M. Annuar
Pengarah projek Maskara Shorties
YM: vovin_realm

5 comments:

bahazain said...

ASM Sinagnaga
Salam Syawal dan mohon maaf jua dan tak lupa juga T. Kasih kerana wajah buku ramai yg puji. Nampaknya tak berhenti aktif walaupun Raya. Inilah iltizam sejati manusia kreatif yg membuak-buak dengan idea. Teruskan jangan jemu.

Danielle_Corleone said...

huhuu. mcm x sempat ja gua nak antar.

sinaganaga said...

Dato' BahaZain,
Selamat Hari Raya kepada Dato' sekeluarga. Puji2an daripada Dato' saya simpan buat azimat. Saya akan berusaha bersungguh2 untuk meningkatkan 'wajah' buku-buku yang saya tangani.

sinaganaga said...

Danial,
Kalau tak sempat untuk turut serta - tolong datang 'cover'. Kami dah anggap Sinar harian sebagai akhbar rasmi MASKARA. :)

Cuba tanya kat bos kau... boleh tak kami bubuh kat poster logo Sinar Harian - akhbar rasmi MASKARA? HA HA.

Danielle_Corleone said...

haha. tq bro. hmm. bleh jugak nanti gua tanya bos. :-D