Sejak akhir-akhir ni, entri-entri di blog Pipiyapong pendek-pendek sahaja. Dulu berkoyan-koyan dia punya letup. Kalau baca belah pagi, sampai ke tengahari meleret kamu punya sengeh.
Sekarang, entrinya runcit-runcit sahaja. Tak cukup bahan letupan barangkali.
Kalau kamu rindukan orgasma lampau yang selalu blog Hilang Punca bekalkan dahulu, sila ikuti temubual dengan ahli terbaru (dan termuda) Sindiket Sol-Jah ini di blog Sireh & Cengkeh.
Kalau kamu sudah tangkap cintan sama makhluk Tuhan paling seksi ini, jangan lupa datang ke MASKARA SHORTIES pada 1 November 2008 di Rumah Pena untuk mengetahui kisah cintanya pula dalam My Alien Girlfriend fipen arahan Naz Annuar.
P/S: Tapi bila aku tengok trailer fipen ni, aku syak Pipiyang tu yang sebenarnya alien, dan bukan aweknya. Heh!
8 comments:
Jigo: "Tapi bila aku tengok trailer fipen ni, aku syak Pipiyapong tu yang sebenarnya alien, dan bukan aweknya. Heh!"
argh! spoiler! spoiler! memang pipiyapong tu yang sebenarnya alien. di akhir filem ini, pipiyapong mengoyak kulit mukanya, lalu kelihatanlah wajah alien sebenarnya.
tapi effect koyak kulit muka tu nampak real wa cakap lu...
Oit, MJ lu bagi spoiler utk Romlah jugak!
Aku suspect sahaja, tapi MJ yang confirmkan. Bukan aku yang spoilkan oi!!
Felem dah spoiled le ok! Ha ha.
Pipi dah rock star. apa barang nak tulis panjang-panjang kalau tulis satu ayat pun komen sampai berpoloh-puloh.
Gamba ni mmg ngam dengan jiwa lu. Tenguk cheekbone cengkung tu, mana la makwe-makwe tak sawan.
alahai.
mana lagi gua boleh dapat tengok felem ni kalau tak boleh datang 1/11 ni? mana hah? keluar wayang tak?
woi..woi..!! apsal gua lambat tau gosip gossip liar macam ni..?? cilakak betul..
citer tu ble tgok on9 x?
Post a Comment