Monday 13 October 2008

Cerita apa hari ni, bang?

Ini cerita malam semalam. Masa aku sibuk di pejabat. Ya, pejabat aku kadang-kadang beroperasi juga pada hujung minggu.

Aku tanya Sinaganaga via SMS, "Samurai tanya aku, bila Romlah boleh siap? Sempat ke jual semasa Maskara Shorties nanti?"

Sinaganaga balas, "Aku sedang berusaha mati-matian untuk siapkan. Minta tolong semua Soljah bersama-sama membanting tulang untuk siapkan kerja-kerja lain."

Dalam SMS berikutnya, dia berpesan, "Aku nak kau tolong Spyz untuk logistik."

Aku sedikit kehairanan. "Logistik apa pula ni?"

"Tengok mana boleh dapat," pesan Sinaganaga, "jagung, sudu, mangkuk, cawan."

Aku terbahak-bahak ketawa. Aku balas, "Oit, itu bukan logistik! Itu F&B!!"

"Sama la tu," balas jenderal Sindiket Sol-Jah yang degil itu.

Ya, adik-adik. Kalau kamu belum tahu. Kami akan menganjurkan Maskara Shorties pada 1 November 2008 ini. Kamu bikin filem pendek, dan kami tayangkan. [ Baca lanjut ]

Itu sebab aku kena cari jagung, sudu, cawan. Sebab nak buat pop-corn. Paling koman pun, jagung manis. Heh! Oh ya, dapatkan tiket-tiket PERCUMA di kaunter pengawal.

Romlah: The Untold Stories? Nantikan kemunculannya di Rumah Pena, pada hari yang sama. Sabtu 1 November 2008.

Hari ini, tiada cerita apa yang menarik sebab aku mengantuk. Pagi tadi sampai rumah jam 2, kemudian bangun awal pula untuk hantar isteri ke hospital untuk buat pemeriksaan.

Arghh!! Ngantuknya!!

7 comments:

jiGOMorrison said...

Oit! Ni mangkuk mana yang edit entri aku ni?

Bukan aku yang kena cari jagung, sudu etc. Aku cuma kena tolong Spyz je la oi!

Kan ada beza tu.

Haha!

Ajami Hashim said...

korang nak air kotak perasa apa? elain soya bean coz smlm mat jan ckp dia elegik bau kcg soya!

cepattt pesannn!!! coz dlm kpla aku nk sponsor perasa tuak or tapai!.. yamsenggg!!!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

gua nak air kotak perisa lemang..

OP Zaharin said...

teh bunga kristatinanium apa ntah namanya tu pun ok je ajami. :)

Ajami Hashim said...

pipi ~ bukan air lemang org buat basuh kaki ker? hahaha!

op ~ ntah! aku pon dah lupa! tak silap aku teh krisdayanti somethin somethin kan?.. ooo! jap! jap! bini aku jerit dr dapur ckp teh Chrysanthemum!.. teh herba tamau?

dugongsenyum said...

Kopi ka, teh ka, kopi+teh=koteh ka, tak kesah Ajami. Haha

sinaganaga said...

Jigo,
Sama2 le cari!!!!!!!

Ajami,
Air kotak perasa 'cinta' tak ada ke? Ha ha.

Dug,
Teh o = kami akan sediakan. Cerek ada, but bekas air tu... biasanya Nuar yang pinjamkan. Camne ek?