Sunday, 31 August 2008

SAYEMBARA 'ROMLAH: The Untold Stories'

Khusus untuk pembaca-pembaca K-EI8HT.

Kamu sudah baca kisah Uncle Nyamuk yang nyanyuk, James pembunuh kucing, budak-budak bujang yang huru-hara, Is si psikik, Judge yang selalu gaduh dengan bini, Bobby si anjing gelandangan, Usman budak yang suka main basikal, Masidol si wartawan, dan Utnah si hantu halimunan.

Kini, kami memberi peluang kepada kamu untuk mengembangkan kisah si Romlah!

CARA & SYARAT PENTERTAAN:

1) Terbuka kepada semua warga nusantara berusia 12 tahun ke atas.

2) Tulis satu cerita tidak lebih daripada 10 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing) tentang Romlah. Cerita boleh berlaku sebelum Kate terbunuh, atau selepas Kate terbunuh, atau sebelum dan selepas Kate terbunuh. Atau apa sahaja interpretasi anda terhadap Romlah.

3) Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

4) Kamu boleh masukkan babak-babak yang ada dalam K-EI8HT. Contoh: babak Romlah nampak Uncle Nyamuk tak pakai seluar, atau babak Romlah bertembung dengan James, atau babak budak-budak bujang menyakat Romlah, dan tentunya, babak Kate menjunam atas bumbung kereta Romlah.

5) Kamu juga boleh tembungkan Romlah dengan watak-watak K-EI8HT yang lain termasuk watak-watak sampingan (contoh: budak-budak tabligh, atau Ruby si kucing betina, atau lelaki tua yang disyaki suggar daddy Romlah itu).

6) Cerita yang paling terbaik sekali akan memenangi wang tunai RM100 (ya, seratus ringgit!), dan diterbitkan bersama-sama penyertaan lain yang terpilih dalam antologi Sindiket Sol-jah yang akan datang.

7) Setiap peserta yang ceritanya terbit akan menerima 3 (tiga) naskhah buku berkenaan secara percuma (ya, percuma!). Hakcipta kekal dengan penulis. Kami cuma mahu hak menerbitkan sahaja. Kami tidak memberi royalti kerana (kami berjanji) tidak akan mengambil keuntungan dengan menerbit ulang buku tersebut.

8) Pihak penganjur berhak menyunting karya yang terpilih untuk diterbitkan. (Pssst! Selalunya kami malas nak edit. Ha ha).

9) Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan, termasuk blog dan laman web. Peserta tidak dibenarkan menyiarkan karyanya di mana-mana (termasuk blog) sehingga buku antologi itu diterbitkan dan habis dijual.

10) Jumlah cetakan buku adalah terhad dan tidak diulang cetak. Wang hasil jualan digunakan sebagai dana membeli sistem P.A. kaw-kaw untuk MASKARA (dan menampung perbelanjaan penganjuran MASKARA).

11) Keputusan panel hakim adalah muktamad.

12) Hantar cerita Romlah: The Untold Stories kamu ke email: sindiketsoljah@gmail.com

Tarikh tutup penyertaan: 31 OGOS 2008

Wednesday, 27 August 2008

Cerpen Sedap

Siapa tulis cerpen Raja Sembur dalam Utusan ini? Sungguh sedap...

RAJA SEMBUR

TIDAK. Tidak seorang pun percaya berita tersebar itu. Berita yang dijerit-jeritkan itu. Mula-mula disebarkan oleh budak-budak. Mereka berkeliling kampung sambil menjerit-jerit mengkhabarkan berita gempar itu. Kemudian, budak-budak muda. Dan kemudian, orang dewasa pula.

“Betulkah Mat?”

“Betul, Pak Usop. Saya dengar sendiri.”

“Engkau dengar daripada siapa?”

“Daripada siapa lagi, Brahimlah.”

“His, aku tak percaya.”

“Brahim telefon. Dia ada dalam majlis sambut Raja Sembur.”

Memang Pak Usop tidak percaya. Tidak masuk akal langsung. Bukan Pak Usop saja. Pak Maun, Pak Aziz, Makcik Timah, Kak Sal, Abang Sudin pun tidak percaya.

Esoknya, berita yang dijerit-jeritkan itu. Berita yang sukar dipercayai itu tersiar dalam surat khabar. Riuh orang sekampung. Habis licin surat khabar dibeli orang. Kak Sal, Abang Sudin, malah Pak Usop yang tidak tahu baca pun beli surat khabar juga. Semuanya kerana berita gempar itu. Berita yang sukar dipercayai itu kini menjadi juadah mulut dan telinga. Di kedai-kedai kopi, di halaman rumah di bawah pohon beringin, malah di sekolah pun orang bercakap fasal Raja Sembur.

Selanjutnya...

Friday, 8 August 2008

Baca Puisi PENA

Bertempat di Rumah PENA, pada hari Jumaat, 8 haribulan Ogos, jam 8 setengah malam. ANDA dijemput sama!

Sunday, 3 August 2008

Laporan Maskara X



Dewangga Sakti
Belayar Ke pulau Jauh (Untuk Mencipta Rekod Dunia)


Laporan Bergambar Lensa OP
















Image Hosted by ImageShack.us
Rugilah demeh Yapong - sebab tak mari MASKARA.
Image Hosted by ImageShack.us
Gossip: Mereka dikhabarkan sedang hangat bercinta. HA HA. Adeh... deh... deh!
Image Hosted by ImageShack.us
T Shirt Sindiket Sol-Jah dan Republic Theater


Laporan lain :
Kata-Kata penghargaan vovin
La lala lala lala, kata Sinaganaga
Basri
Reez
Ajamihashim
Azree Ariffin
Vitaminisme
Rajuna
Dot
Fazleen
Nida
Rudy
DEP
Dewangga Sakti
Parchie
Azzam
Rhona Zlan
Daun
Alfie


(link akan ditambah lagi kemudian dan jgn lupa tinggalkan URL laporan maskara X anda di comments, terima kasih...)



BONUS TRACK
Kepada mereka yang telah hadir di MASKARA X tempoh hari, sila hantarkan emel anda ke penerbitanlewatsenja@gmail.com untuk me-redeem (ha ha) mp3 lagu yang tak terdapat di dalam CD 'Mabok Kepayang' Dewangga Sakti. Pada ruang 'subjek' emel tersebut, sila taip perkataan 'LA LALA LALA LALA'. Emel saudara saudari akan Dewangga Sakti layan pada lewat senja sajalah. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.
Sindiket Sol-Jah & Dewangga Sakti love you guys! Muah!

Saturday, 2 August 2008

Pra MASKARA

Orang perempuan kemas rumah, bla bla bla... Orang lelaki baca suratkhabar 'ja pandai! HUH! PROPAGANDA SIAPA TU???

Image Hosted by ImageShack.us
OP sapu lantai, Jigo susun pentas

Image Hosted by ImageShack.us
MatJan duduk

Image Hosted by ImageShack.us
Spyz (anggota soljah yang paling dipantau la ni) mop lantai

Image Hosted by ImageShack.us
Vovin, Jigo, OP susun kerusi

Image Hosted by ImageShack.us
MatJan duduk

Image Hosted by ImageShack.us
Spyz sedang berhubung dengan alien

Image Hosted by ImageShack.us
MatJan pasang langsir

Jadi, sekarang kalian sudah tahu mengapa kami menjadi sebahagian daripada angan-angan “molek kalau dibuat menantu ni” oleh ibu kepada perempuan-perempuan genit! *Ahaks*

MASKARA X

Image Hosted by ImageShack.us

hose... aaa... hos anda pada malam ini
MJ

AZREE ARIFFIN
mantan MPR & pemantun UIA

ALFIE & JONOS
sajak berduet

ART
blogger wanita yang bertopi

DEWANGGA SAKTI
pemuzik tradisional Melayu abad ke-21

SALMAN SULAIMAN
mantan MPR

AJAMI & REEZ
mtv tanpa plug

REPUBLIC THEATER
monolog: 8 minute plus minus

DULL ENTERTAINMENT PROGRAMME (DEP)
kugiran rock alternatif berdikari

sebarang pertanyaan hubungi
Vovin – 016-6611 940 | nazri123456789@gmail.com