Majlis kali ini terpaksa bersaing dengan majlis Anugerah ERA yang lebih cool dan Tatu Polis yang lebih impak maksimas, yeahaaa!
Masalah makanan dan minuman berjaya diselesaikan tanpa sebarang rusuhan etnik bila Che Daun sudi membuat teh o panas dan Jonos menyumbang kuih muih serta kedatangan kek bergolek Swiss (Swiss Roll Cake) dari Marikh.
Berikut apa yang telah terjadi;
Che Amyz sebagai pengacara majlis wanita pertama dalam sejarah MASKARA. Hebat! Hebat! Tiada gadis yang boleh menandinginya dalam bidang pengaturcaraan.
OP dan Mulan bergandingan membaca entri dari dalam kelambu seterusnya mencabar Nurul dan Ajai (R.I.P) dan Angie Jolie dan Brad Pitt sebagai pasangan selebriti tauladan.
Fakhrul Anour membaca sedutan beberapa bab dalam novel beliau, Cinta Tunggal SERTA bahagian pengakhiran novel tersebut. (Baca spoiler).
Elmaaniq dengan semangat kesukanan yang tinggi memberi sokongan sebagai wakil Narayuda bila King Binjai tidak dapat hadir atas masalah kesihatan dan Esis terpaksa menghadiri penggambaran.
Nur Azmi memperkenalkan novel grafik terbarunya, "Kasih dan Awang". Dia ada band post punk bernama Nuras.
Nizam Zakaria membaca sedutan dari novel terbarunya, Seri Tertangguh dan bercerita serba sedikit perihal projek drama bersiri yang sedang dia usahakan.
Jimadie dan kawan-kawan membuat persembahan membaca sajak dalam Bahasa Melayu dengan iringan Bahasa Isyarat Malaysia dan Kod Tangan Bahasa Melayu. Unik.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. InsyaAllah Maskara 5 akan berlangsung pada Disember 2007. Kami akan berhenti rehat sempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menyapa sebentar lagi.
Mungkin nanti boleh berkenalan dengan Temonggo The Cat.
Untuk koleksi gambar Maskara hasil tangkapan jurugambar rasmi Sol-Jah, Bart Ahmad, sila ke sini: Flickr Sol-Jah
12 comments:
Kalau pun yang berbaju pink itu lebih subur dan mewah, tapi aku pun lebih suka pada yang bertudung itu.
Ada nombornya?! Ha ha!
Oit Bart,
Apsal gambar aku satu je?
Gambar terkangkang atas kerusi bawah pokok tu mana?
Bidang pengaturcaraan? Memang terel pun. Hak Hak!
Tahniah. Tapi, aku tak nampak pun kelibat Sharpi The Cat.
Mana?
Mana?
rumah pena tu semua dah maklum ke di mana? kalau mereka-mereka yang takde sajak nak deklamasi, takder buku nak promosi, bisa datang juga kah?
yang takde buku dan bahan nak bacalah yg kita nak org tu datang, lagi banyak, laaaaaaaaaaaagi bagus!!!
waaahhh, maskara 4 memang berjayalah!! syabas syabas! Seronok tengok pelbagai aksi dan ragam, hanya dengan melihat gambarnya saja.
Memang Maskara 5 takkan saya lupa!
aku dah pos gambar dalam forum jurnal.biz
salina
Anna,
Siapa-siapa yang tak ada siapa-siapa dan apa-apa pun boleh datang. :)
Sal,
Gambar aku tak de ek? Sebab aku bukannya femes, macam si Daun tu ek?
"aku ingat naga tu cerdik, rupanya tidak."
hahaha.
gambar ko bukan dalam tajuk maskara 4 la..nanti aku bagi la kat ko. itupun kalau ko tak lupa bagi CD lagi. :p
sal
wah, ruginya saya tak pergi!
Fadz
Ya, rugi besar.
-vovin-
sangat2 menarik blog dan persatuan (persatuan? atau pergerakan?) ini.Terima kasih kerana berkongsi.Ada masa saya pun nak dengar dan lihat.Semester 3 saya lapang, InsyaAllah (April hingga Jun, mungkin)
Post a Comment