Saturday 11 August 2007

MASKARA 3 - DARI PIHAK PENGANJUR



MASKARA 3 sudah selamat berjalan pada 4 Ogos 2007 yang lepas. Ini beberapa point penting;

- Kehadiran yang menggalakan walaupun tanpa artis terkenal dan sebarang gimik. Ramai muka yang aku tak kenal.

- Terima kasih kepada pembaca dan hadirin yang sudi hadir menyertai.

- Props baru dengan tambahan sofa dan Totoro.

- Pelita hanya dibeli ketika aku hendak ke rumah Pena pada senja itu.

- Ada kontroversi, dua ideologi bertembung. Satu objektif Maskara sudah tercapai.

- Makan cuma KFC dan buah. Minuman cuma air mineral setengah botol.


ANJ n D'GANG - Pemuzik D.I.Y

King Binjai (kiri sekali) membaca sajak dengan iringan imej di dalam laptop.


Muslim Ismail a.ka Mukhsen X


Naga dengan sajak Cinta Itu Love


Fairul Nizam a.k.a Roy (perhatikan baju beliau - promosi untuk produk baju 'Semusim Di Neraka' yang bakal bersaing dengan Paul Frank, Zara, Guess, CK dan banyak lagi brand baju yang aku sendiri tak tahu sebab tak ada duit nak beli.




Ramdan Che Hassan membaca prolog dari novelnya bertajuk Konspirasi



Tifani membaca untuk dua hari berturut-turut. Malam sebelum tu dia baca di Central Market.

Dahrie sebagai klimaks acara.

Kemudian sesi open-mic dengan penampilan Hafiz Jelir, Diana Dirani dan Dr. Irwan.

Aku dah buat akaun Flickr semata-mata untuk letak gambar-gambar Maskara ini. Jadi untuk lebih banyak lagi gambar, silalah ke sini. Jurugambar rasmi Sindiket Sol-Jah, Bart Ahmad ambil 200+ gambar, jadi barangsiapa yang rasa-rasa nak gambar hi-res boleh emel aku.

PENGUMUMAN:

MASKARA 4 akan diadakan pada 8 September yakni minggu kedua bulan tersebut. Ingat! 8 SEPTEMBER.

9 comments:

Anonymous said...

tahniah! saya amat bersetuju akan objektif maskara sbg tempat pertemuan tanpa mengambil kira ideologi.

sinaganaga said...

Aku tanya Roy, beli kat mana t shirt 'semusim di neraka' tu?

Roy kata, beli kat bla bla bla...

Aku kata, oooo... (sebenarnya aku tak tahu kedai tu kat mana).

Amyz! said...

mana gambar orang yang baca sajak kucing tu? mana? mana??????

Mat Jan said...

mana gambar MC yg kacak?

kingbinjai said...

aik? bukan 1 sept ka?

June said...

Oh! Tak terkata...

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah kepada semua pengkarya!

jiGOMorrison said...

Mana gambar aweks nampak pusat?

Oops!! Maksud aku, err... err... err... Maksud aku...

fadz said...

dua ideologi je bertembung? ingatkan malam tu ada 10 (termasuk yang nak masuk Guinness Book of records sangat-sangat).. muahaha.. mlm yang terbaik antara yang terbaik. Rugi tak datang, jadi yg tak tahu, sila datang 8 hb!!!