Sunday, 20 December 2009

Blog Party JB


Sol-jah memang suka kerja-kerja indie+diy ni. Oleh itu Sol-jah menyokong aktiviti BlogParty. Bloggers Johor semua, kalau Jomheboh boleh perabih duit, takkan nak kemut untuk BlogParty? Untuk perincian sila ke SINI.

Wednesday, 16 December 2009

Siapa Kekah Bidan Sepiah?

Image Hosted by ImageShack.us
"Dari bab pertama yang penuh suspen, ke bab terakhir yang sangat menyeramkan, kau sentiasa berada dalam ketakutan. Sindiket Sol-Jah membawa kau dari satu babak ke satu babak yang mendefinisi kalimah ‘ngeri'. Satu twist menarik ke atas mitologi harimau jadian, yang menjadikan Si Tora Harimau Jadian dan Waris Jari Hantu seperti cerita budak-budak tadika. SIAPA KEKAH BIDAN SEPIAH? membuatkan aku tak sabar hendak baca karya-karya Sindiket Sol-Jah seterusnya...”

-- STEPHEN KENG, penulis kisah seram hantu Cina.

Tuesday, 15 December 2009

Sol-jah dalam Dewan Sastera Disember

Ada satu artikel dalam Dewan Sastera bulan Disember 2009 menyebut tentang Sindiket Sol-jah. Kalau nak tahu ceritanya, beli dan baca. Bukan mahal sangat pun.

Thursday, 10 December 2009

Akan Datang


Mereka sangka mereka jumpa jalan mudah untuk kaya. Yang sebenarnya, mereka jumpa jalan mudah untuk mati...

Sekumpulan penduduk membuka sebuah kampung baru di dalam hutan, yang bakal menjadi laluan landasan kereta api berkembar. Harapan mereka, apabila projek landasan merentas kampung itu, mereka dapat wang pampasan dan jadi jutawan.

Namun, mereka alpa satu perkara: hutan yang mereka teroka itu sudah ada penghuni yang menanti. Dan kehadiran mereka tidak disenangi!

Jeritan-jeritan penuh kesakitan sering menggemparkan, memecah kesunyian. Jeritan pertama, dari ketua kampung mereka sendiri. Ada taring panjang terbenam di belakang tengkuknya. Jeritan kedua, dari bidan kampung mereka. Ada kuku-kuku mencengkam di batang tubuhnya.

Kini, kejadian ngeri datang saban malam di petempatan terpencil ini -- Kampung Fatimah Kacip.

Tiada seorang pun tahu siapakah mangsa seterusnya. Yang mereka tahu, setiap kali malam menjelma, mereka dihantui trauma. Ngauman seakan-akan suara manusia kedengaran dibawa angin pawana. Dan di tanah, ada kesan tapak kaki sang pemangsa, yang amarahnya tidak pernah reda.

Mereka terperangkap dalam sebuah dunia di mana mimpi ngeri berjalan di atas empat kaki, darah manusia mengalir tanpa henti, dan tiada siapa pun dapat bersembunyi.

Di Kampung Fatimah Kacip, sebaik sahaja kau terdengar ngauman, kau sudah terlambat...

('Siapa Kekah Bidan Sepiah?' karya terbaru Sindiket Sol-Jah.)

Tuesday, 8 December 2009

PostMaskara [18]


Macam selalu-selalu, khalayak yang datang menonton melimpah-ruah sehingga ke luar rumah.


Disiplin terpuji. Luruskan barisan sambil menonton persembahan. "Dude, lu orang memang hip! Jumpa lagi sabtu ni, y'all!"


Pergh! Orang agama-agama pun ada singgah ni!


Geng Merajuk. Sebab tak dapat duduk kat dalam. Jantan yang paling kanan sekali sedang menangis.


Star pada malam itu adalah 'adik' kepada Wani Ardy yang bermain gitar bass tu. Lu tengok dia punya seluar pun lu dah boleh teka dah berapa hip dia punya permainan, dude!

"Zan! Lu ada berani ke tunjuk lu punya skill kat Maskara ni weh? Hah, t shirt lu ada kat gua - gua simpan sampai lu datang amek. Bila-bila pun tak apa!"


Malam adik-adik hip! Ya, adik kepada Raihani pun hip.


Gua cuma sempat beri sentuhan kreatif kepada serkup kepala penyanyi utama Pres Ban. Yang lelain - tak sempat! Lagi pun, yang lelain tu rock star! Rock star mana nak dengar cakap fashion designer. *ahaks!* Rock star mende rambut pendek, aok!!! Rock star macam gampang tu!!! HA HA.


Lt. Kolonel pun mari ni. Pergh! "Hatiku kau curi lagi....!"


Bomoh tahan hujan.


Sebahagian daripada anggota Sindiket Sol-Jah dari unit kepala kebal sedang bertugas.

Jika kamu rebiu MASKARA 18 di blog, tinggalkan link di sini. Kami akan pautkan.


Pres Bangang oleh Bart 'Kotey' Ahmad.

Bongo oleh Toqreemaow.