Monday 14 September 2009

MASKARA SHORTIES - DITUNDA

Dengan ini dimaklumkan MASKARA SHORTIES DITUNDA pada 31 Oktober 2009.

Ini kerana terdapat masalah dari segi PA System di mana pihak yang membekalkan PA System sebelum ini gagal membekalkannya sekali lagi dan dengan ini membuatkan kami terpaksa mencari PA System yang baru. Kalau kami perlu beli - kami akan beli (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan), walaupun kami terpaksa memecahkan tabung babi merah jambu kepunyaan Pipiyapong tu.

Kami sedar penundaan ini bakal menyusahkan banyak pihak dan normalnya penundaan itu mmebuatkan 'reputation at stake' untuk sesebuah organisasi atau kumpulan, tapi majoriti ahli Sindiket Sol-Jah berpendapat penundaan ini amat wajar bagi mengelakkan lebih banyak masalah teknikal yang bakal dikesali kemudian hari.

Sekali lagi;

MASKARA SHORTIES - TUNDA PADA 31 OKTOBER 2009, RUMAH PENA

Mohon sebar-sebarkan pada yang berkaitan.

Terima kasih dan mohon maaf atas sebarang kesulitan.

p/s: Oh ya, oleh kerana sudah tentulah kami akan berhabis duit untuk membeli PA System nanti - makanya, kami mengharapkan sumbangan makanan dan minuman dari Kawan-Kawan Yang Kita Suka. Tak kiralah kalau biskut raya ke, biskut kering ke, hatta kambing golek sekali pun - jika ada, jika sudi - sumbangkan kepada kami untuk disumbangkan kembali (saya ulangi, 'disumbangkan kembali') kepada kawan-kawan yang hadir menonton (well, time-time kul 8 - 9 mlm ni memang time tengah lapar gile ni weh, he he).

11 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sudah ditukar....

(Tangan mencapai telefon genggam, dan menukar tarikh dengan laju juga)

Faizal R said...

Selamat hari raya maaf zahir batin

terrarosa said...

bagus juga ditunda , kucing terbang pun masih leka buat hal sendiri :P

bijen m. said...

ni kes cerita belum siap la tuh.
nak tunggu lepas raya baru nak buat.
hahahaha.

sinaganaga said...

Bijen,
Bukan! Pembekal PA System hok dulu tu dah tak mahu amek upah MR300 dari PENA. PENA lak takde peruntukan nak bayar lebih. Jadinya, Sindiket Sol-Jah terpaksa cari PA System, LCD Projector, DVD Player sendiri.

InsyaAllah, kami akan beli sendiri PA System tu. Meor dan Javid akan bantu kami untuk beli bendealah tu di Ampang Point seminggu selepas hari raya nanti.

Dan, ada kawan (kekasih? ahaks) akan pinjamkan LCD Projektor tu.

Oleh kerana kami akan berhabisan wang ringgit untuk beli PA System - dengan muka tak malu, kami minta la sumbangan makanan dari Kawan2YangKitaSuka - tak kisahlah kalau belen-belen kuih raya pun yang ada. :)

Filem semua dah siap untuk ditayangkan. Kami akan umumkan tajuk2nya selepas hari raya nanti (kami terpaksa buat pemilihan kerana terlalu banyak filem yang kami terima *ahaks*).

Bijen M. said...

haha.
nanti aku bawak lemang fresh dlm buluh lagi.
kopek sendiri kat sana.
kekeke.
:)

Aliff Ihsan Rahman said...

Camne nak anto ni..?nak bg kat sape..?nak anto ah...

Kentot Diogenes said...

Bolehkah lagi nak hantar Filem Pendek Aku?

vovin said...

sila emel nazri123456789 at gmail dot com untuk maklumat berkenaan menghantar shortfilm

Rafix Hj Sharif said...
This comment has been removed by the author.
Rafix Hj Sharif said...

"Ini kerana terdapat masalah dari segi PA System di mana pihak yang membekalkan PA System sebelum ini gagal membekalkannya sekali lagi dan dengan ini membuatkan kami terpaksa mencari PA System yang baru."

Amboi..Ayat power...gagal membekalkan ye...Aha..Ye la tu... Salahkan Pembekal ye... Sampai hati salahkan Wa Bro.....

Semoga success. Lepas ni Wa nak jadi 'para penonton' pulak ye...