Wednesday, 31 December 2008

MALAM GENTA PUISI PENA - ASWARA II

Pada 31 Disember 2008
Bertempat di Anjung Beringin, Aswara
Jam 8:30 malam - 12:00 tengah malam

Mesti mau datang! Sebab, kalau gi Bukit Bintang ke, Dataran Merdeka ke - jem!!!! Kalau pergi ASWARA - tak jem! He he.

Dato' Omar Awang (Reaktor ASWARA) | Dato' Baha Zain (Presiden PENA) | Persembahan Muzik oleh ASIKA | Lim Swee Tin | Krishanan Maniam | Meor Aziddin | TENAS EFENDI | Justin Unggah | Siti Zaleha Hashim | Penari-penari ASWARA yang kiut-miut (well, aku pernah tengok dia orang menari belit-belit kat tiang kat ASWARA tu, perghhhh!) | SN Dr. Muhammad Haji Salleh | Raja Rajeswary Seethe Raman | Teo Win Sim | Malim Ghozali PK | Marzuki Ali | Zurinah Hassan & Siti Raihani | Nai Boonmee Sairarak | Persembahan Kebudayaan Sabah oleh Onnie Latifah | Khalid Salleh | David Ong | S. Perumal | RIDZUAN 'SULUK BENUA' HARUN | Persembahan Radio Usang ASWARA | Persembahan Dekon PENA - Saleeh, Rahimidin, Amirudin, Shamsudin | Tengku Khalidah Tengku Bidin | Ibrahim Ghaffar | Persembahan Mak Yong ASWARA | ZAEN KASTURI (pewitttttt! idola gua | dan ramai lagi.

Acara akhir ialah POTONG PULUT KUNING!!!! Hak hak hak. Dah sah gua tak dapat rasa punyalah ni.

Oh ya, harga tiket masuk ialah #RM200 seorang. Tetapi, jeng jeng jeng, Sindiket Sol-Jah dengan rasa murah hatinya telah men-sponsor tiket-tiket tersebut kepada anda yang mahu datang!

Caranya mudah sekali, parking motor atau kereta di ASWARA, selepas itu masuk cari Anjung Beringin tu, kalau ada siapa-siapa tanya - jawab, "KAMI DARI SINDIKET SOL-JAH!" Dan macam selalu-selalu, mereka akan tunjuk ke arah kerusi yang diperuntukkan untuk gua.com. HA HA.

Ayuh! Kita semarakkan sambutan tahun baharu dengan... errr... errr... Ridzuan Harun, misalnya! :)

Nota kaki: #RM200? Ha ha. Kami berseloroh sajalah! It's free bebeh, it's free!

Tuesday, 16 December 2008

ROMLAH: bestseller-to-be yang best gila babi



ROMLAH THE UNTOLD STORIES yang aku beli malam itu dan dikatakan sebagai bestseller-to-be. Aku tak pasti tentang itu tapi apa yang aku pasti memang ada cerita-cerita dalam buku ini yang bestgiller-ba-be. Setakat ini empat orang member aku telah terpengaruh untuk baca buku ini dan aku akan mempengaruhi lebih ramai lagi untuk membacanya.
http://archaeqalogy.wordpress.com/2008/11/28/maskara-shorties-the-untold-story/

Dalam antologi ini, mereka, 18 penulis mempersembahkan hikayat masing-masing di dalam menginterpritasikan subjek cerita; Romlah dari sudut falsafah individu mereka. Maka, disebabkan itulah lahir genre yang pelbagai didalam rangkaian hikayat tersebut yang menyelitkan pelbagai rupa bentuk juga rasa yang cukup menyemarakkan corak persembahan kisah-kisah tersebut. Adakala saya boleh terbahak-bahak ketawa, adakala saya harus berfikir dan adakala saya terdiam seketika di dalam menghayati kisah-kisah Romlah yang pelbagai versi ini. Yang nyata ia cukup menghiburkan sekali...namun disebaliknya satira-satira yang tercipta ia cukup sarat dengan mesej...yang adakalanya juga cukup sinis!!!
http://siungubercerita.blogspot.com/


Aku puas. Walaupun hanya beberapa jam dalam satu malam itu bersama Romlah. Romlah memang bukan sembarangan Romlah. Romlah ini bercerita. Jadi...dapatkan Romlah the untold stories segera.
http://azzamsupardi.blogspot.com/2008/12/satu-malam-bersama-romlah-sebuah-ulasan.html

Dalam banyak-banyak karya [dalam Romlah: The Untold Stories], aku ada rasa semacam nak bersilat pulut apabila membaca tulisan si Bahruddin Bekri - Tiada Hadhari.
http://tasikmerah.blogspot.com/2008/12/dari-wad-208c-romlah-untold-stories.html

Dalam banyak-banyak cerpen [dalam Romlah: The Untold Stories], aku paling suka ‘Kenapa Terlalu Serius?’ hasil tulisan Kumprinx.
http://rahimin.blogspot.com/2008/12/kalau-kau-jadi-romlah-mungkin-kau-lebih.html

Semalam Romlah datang depan pagar rumah aku. Naik kereta Kancil dia yang remuk tu. Kalau malam ni Romlah datang lagi aku pasti akan jemput dia masuk rumah. Ajak dia layan AXN sambil borak-borak. Aku nak korek rahsia Romlah banyak-banyak. Boleh-kan?
http://thinkgummythink.blogspot.com/2008/11/thank-you-mario-but-our-princess-is-in.html

Romlah sudah selamat berada di dalam tangan saya, dan saya telah dengan rakusnya menelan karya-karya mereka...
http://myroughpaper.blogspot.com/2008/11/mereka-yakni-blogger2-adalah-golongan.html

saya menerima romlah. Romlah yang dibeli secara online. Pengaruh dari AyUmi. Tak, AyUmi tak mempengaruhi sangat pun, tapi entri AyUmi membuat saya rasa teruja mahu cuba membaca romlah ni.
http://assistdirect.wordpress.com/2008/12/05/dan-lain-lain/

romlah - the untold stories adalah kisah tentang romlah, gadis yang tinggal di blok K8 (watak di dalam antologi bestseller Sindiket Soljah, K-ei8ht). dia adalah gadis misteri di dalam K-ei8ht. sudah tidak berapa misteri lagi di dalam romlah - the untold stories. ingat! baca buku ini boleh menjadi lalai. (dan saya paling suka cerpen romlah hasil tulisan dari Mat Jan. sungguh kelakar ha ha ha)
http://ethereal15.wordpress.com/2008/11/28/romlah/

aku sedang baca romlah the untold stories. untuk buku itu tidak terkatup, aku tandai halaman yang aku sedang baca dengan jam tangan. ya, jam tangan itu sebagai penanda buku. biasanya handphone. biasa juga dengan pensel tekan. mahupun getah pemadam. apa2 saja yang sempat aku capai. pernah juga dengan hujung comforter.
http://esoklusa.blogspot.com/2008/12/se-true-aku.html

Semua orang bercakap tentang Romlah. Sana Romlah, sini Romlah. Tidakkah anda berasa tersisih? Tidakkah anda malu menjadi manusia yang tidak pernah membaca Romlah? Apa kata rakan-rakan anda nanti? Anda mungkin dicemuh masyarakat, dibuang keluarga, dan dihina selama tujuh keturunan kerana itu.

Jadi, tunggu apa lagi? Selamatkan maruah anda sebelum terlambat! Romlah cuma tinggal beberapa naskhah sahaja lagi. Cepat, bayar RM22 ke akaun Maybank 1143 4806 1626 (F a i z u l M d A s p a n) dan isi borang ini. Kami akan pos Romlah kepada anda, dan anda akan hidup bahagia selama-lamanya... disanjung dan dipuja... penuh kemuliaan.

Panggilan akhir! Panggilan akhir!!

Romlah: The Untold Stories, cuma berbaki 52 naskhah sahaja lagi.

Untuk memesan isi borang ini. Tapi kalau tak bayar, jangan harap kami akan hantar!! Ha ha!!

Cepat, cepat!! Siapa cepat, dia dapat.

Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual. Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual. Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual. Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual. Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual. Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual. Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual. Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual. Dan, tolong jangan minta kami cetak semula, bila ROMLAH sudah habis dijual.

Dan.

PHOTOS ON FLICKR TAGGED MASKARA12

Saturday, 13 December 2008

MASKARA: BALAK MALAYA


MASKARA BALAK MALAYA
TARIKH: 13 DISEMBER
MASA: 830 MALAM
TEMPAT: RUMAH PENA

Monday, 8 December 2008

PHOTOS ON FLICKR TAGGED: MASKARA, PENA

Dear Photogs and Bloggers,
The official tag for Maskara 12 event is: Maskara12
For best practice, tag and label your entries and photos with:
maskara12, maskara, pena, soljah