Thursday 4 September 2008

ROMLAH: kasi preview sket!



Malas Romlah nak pergi dari rumah ke rumah bercerita pada orang siapa lelaki itu sebenarnya. Biarlah mereka bersangka buruk. Biarlah mereka mengumpat. Biarlah mereka berdosa mati masuk neraka. Romlah tak kisah.
- Istinjak-Istinjak Cinta oleh Mat Jan

Tu bukan masalah mak dia. Mak dia dah mati tiga minggu lepas dan dia dah pergi tengok mak dia kena tanam belakang masjid Kampung Ara. Masalahnya dia. Geram betul aku.
- Oblivion oleh Fadli al-Akiti

Romlah di bilik air. Sedang mencukur bulu ketiak. Sesekali, Romlah mengelebet daging paling blind spot pada ketiak; melihat jika terdapat lagi bulu-bulu ketiak yang terlepas pandang.
- Romlah 2108 A.D. oleh Sinaganaga

Sepi. Hanya ada tangga batu flet yang kusam. Ada air hitam berlendir dan baunya menusuk sampai ke tekak. Entah apa yang tumpah, dan dinding flet yang berwarna coklat cair pula berconteng dengan kata-kata, 'Ingat 5 sebelum 6'.
- Buah Dada oleh Bahruddin Bekri

Hari itu Romlah didatangi oleh pari-pari bersayap kelabu tanpa mata dan berwarna merah dan kuning secara melintang. Pari-pari itu datang, ketika Romlah sedang asyik menampal gambar-gambar keretanya di dinding.
- Romlah Simfoni Dalam A Major oleh Vovin

Kadang-kadang bila ada yang kita tidak tahu tentang seseorang itu, bila ada lompang-lompang kosong tentang dirinya, kita akan syak yang bukan-bukan. Kita isi setiap lompang dengan apa yang kita faham.
- Belalai oleh Saharil Hasrin Sanin

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ombak menderu menyapa pantai. Langit memerah kerana siang akan bertukar malam. Romantis sekali. Persis suasana babak-babak syahdu dalam novel-novel cinta yang selalu dibaca oleh Romlah.
- Cinta Dalam Kaca oleh Tok Rimau

Ruang yang agak sempit, udara bilik yang pengap dan cahaya lampu kalimantang yang berbalam-balam, membuat otak Romlah semakin serabut, membuat jiwa Romlah semakin terganggu.
- Sepah oleh Jowopinter

Romlah menjolok kunci ke lubang. Kemudian, dia memutarkan kunci itu. Enjin kereta itu tidak mahu hidup. Cuma ada bunyi klik sahaja. Dia mencuba beberapa kali lagi. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Hasilnya tetap sama.
- Romlah Cuti Seminggu oleh Tok Rimau

Kadang, Romlah rasa rimas. Rimas dengan keadaan persekitaran flat murahan itu. Ini bukanlah tempat yang baik untuk dirinya yang berasal dari golongan baik-baik. Romlah sedar, dia sendiri mula kehilangan identiti dan nilai.
- Dada Merah oleh Bayan

Mereka buat bising lagi. Budak-budak bujang di tingkat atas memang tak pernah duduk diam. Dam. Dum. Dam. Dum. Bunyi lagu yang entah apa-apa bingit di waktu senja. Tak hormat waktu Maghrib. Romlah tahu di luar gerimis menitik. Tubuh yang dibaluti hanya baju tidur itu terasa dingin.
- Hip oleh Op

Dah tak pelik dah pada zaman sekarang melihat anjing dan kucing boleh duduk bersama-sama. Manusia saja yang tak berubah daripada dulu, nak bergaduhlah, nak berbunuhanlah, perang sana... perang sini.
- Halkum oleh Si Dugong

Bakal terbit! Antologi ROMLAH: THE UNTOLD STORIES...

11 comments:

Mat Jan said...

status: editing.

Anonymous said...

gambar tu sangat menghairahkan dan sangat kena dengan suara jiwa romlah buat ramadhan ini!

syabas kepada semua penyumbang, sekali baca, mmg tak sabar nak terus membaca!

sang lawak gaban: sinaganaga

sang berfalsafah: saharil

sang sureal: vovin

persoanl fav setakat membaca entri ni: bayan, i love ur text, i love u!!

sang hebat: semua yg lain.

dugongsenyum said...

Ini Romlah Baru. Ini baru Romlah.

Hehe

jagoan said...

Boleh hantar lagi???

:D
Please...

Mat Jan said...

ah tok: tak boleh. sila tunggu sayembara lain tahun depan. terima kasih kerana berminat.

pandagumuk. said...

teruja oh!

Anonymous said...

x bes

-melayu ultra-

siku lipat said...

tak sabar nak cekau satu nih

Mat Jan said...

status: layout.

Littlesilence said...

x sabar nak baca jugakk!!
good luck utk korang..

Anonymous said...

status: printing.