Friday, 4 April 2008

MASKARA

MASKARA bulan ini tidak akan diadakan kerana Sindiket Sol-jah sibuk berjual-beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC bermula 4-13 April 2008.

Kami tidak buka booth tapi akan berserakan di dewan-dewan pameran PWTC.

Kau akan nampak Vovin dan Mat Jan bergilir-gilir terpacak tegak di booth PTS (Dewan Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084). Sinaganaga mungkin akan duduk di kerusi plastik Dewan Tun Razak 2 pada 5 April, jam 3 petang mendengar edisi khas Kata-Suara Raja Ahmad (silap info ni OP, pada 5 April - Sinaganaga pergi ke RA (Raja Ahmad) Gallery/dia tak pergi ke PWTC pun dan RA Gallery bukan kat PWTC ya!). Tok Rimau akan sibuk di level 2 pada 6 April memborong buku-buku ilmiah untuk universiti selatan. Jigo dan Spyz akan berada di level yang sama membelek-belek buku bacaan sosial. Op di level 1 menemani isteri beratur mendapatkan tandatangan Imuda dan Nuds di booth Creative Enterprise. Samurai dan Amir Mukhriz di ruang legar PWTC berjinak-jinak dengan buku bacaan kanak-kanak. Pipiyapong mungkin kelihatan merayau-rayau mencari buku hal-hal enjin (dan buku Panduan Mandi Junub).

Kalau terjumpa kami, sapalah.

6 comments:

Zamri Mohamad said...

Salam buat tuan-tuan.
Dengan izin empunya blog,
Buat mereka yang berminat dengan bisnes.

Program: Bersama Penulis - Zamri Mohamad
Tarikh: 12 April 2008 (Sabtu)
Masa: 2-3 petang
Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC
Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Diskripsi: Penulis akan membincangkan buku baru tulisan bersama Muhammad Faisal Sharbudin, Rahsia Bisnes Mamak bersama pengunjung yang hadir. Hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.

Video promo di sini
http://motivasimindamu.blogspot.com/

OP Zaharin said...

opsss pembetulan fakta oleh naga.
aku ingat hang pergi ke:

Kata-Suara di PWTC will feature these fine people:

A Samad Said
Sharon Bakar
Syed Munawar
Raja Ahmad Aminullah
Intan Rafiza
Tan Sei Hon
Dewangga Sakti
Usratika

Date: 6th April 2008
Time: 6pm
Location: KL International Bookfair, PWTC

dugongsenyum said...

berlegar-legar kat suatu booth tu yang banyak buku sukan, bola sepak, tennis, etc. tapi takde nampak pulak buku bina badan.

Ada booth yang jual buku bunyi2 untuk kanak2, salah sorang tanya "encik umur anak encik berapa?"

aku jawab "rahsia" haha

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

woi!! cilakak..ada penambahan rupanya untuk part gua tuh..

OP Zaharin said...

ha ha adalah tu kutu yang tambah-tambah. tapi kau memang tengah carik buku tu kan?

azieazah said...

AA jumpa OPIE (OP) laa.. Dia temankan orang rumah dia beli buku.. di booth CESB..

thanks OP.. mujur hang kenai.. hehehehe