"Maghrib semalam menyelesaikan bacaan kumpulan cerpen Kuntowijoyo "Pelajaran Pertama Bagi Calon Politikus" (Kompas, 2013) yang mengandungi 15 buah cerpen di dalamnya. Sebelumnya membaca "Nama Ai Alusmitai". Bezanya, Kuntowijoyo memang cerpenis yang hebat dalam pengolahan cerpen dan dia sangat terkenal di Indonesia semasa hanyatnya sebagai sejarahwan. Dalam "Nama Ai Alusmitai" hanya Siti Jasmina Ibrahim sahaja yang dikenali sebagai penulis, selainnya Serra Samz yang menjadi rebutan teman-teman yang saya kenal. Selain daripada itu, saya tidak kenal dengan penulis-penulis di dalam buku ini. Apalagi dengan nama aneh seperti Ingrid Anggriani dan Cik Samsuki Sukibari Kadarain Indarawiyah. Cerpennya sangat mini, kontok dan seolah-olah penulisnya dalam kalangan "orang malas" yang ditujukan kepada "pembaca malas" yang ketiadaan masa untuk duduk berjam-jam di Malaysia. Jadi bacalah "Nama Ai Alusmitai" - yang santai, simple dan menghiburkan." - Rahimidin Zahari Dalang wayang kulit, aktivis teater, penulis, penyair,penerima Anugerah MASTERA 2013.
Lirik oleh Saharil Hasrin Sanin (dalam buku Kentang, terbitan Sindiket Soljah)
Cinta Boleh Belah.
Cinta jumpa bawah pokok jambu
Cinta ukir nama atas batu
Usung pergi kedai beli bunga ros
Nampak muka kulum senyum terus
Tabur janji bau wangi kasturi
Sampai bila bila mau sehidup semati
Tak percaya belah dada belah hati
Cinta tak tipu kerat ibu jari
*Korus
Sekarang cinta boleh belah
Cinta boleh duduk rumah
Baik cinta pergi
Aku tak nak tengok muka
(sekarang baru padan muka)
Sekarang cinta boleh belah
Cinta kata ya tapi cinta tipu
Aku naif aku naif macam dungu
Depan angguk2 semua setuju
Belakang buat janji lagi satu
Masih dalih walau jadi depan mata
Ego sangat cinta ingat cinta siapa
Cinta fikir aku lemah,pengecut
Cinta buat merajuk ingat aku takut