Thursday 10 December 2009

Akan Datang


Mereka sangka mereka jumpa jalan mudah untuk kaya. Yang sebenarnya, mereka jumpa jalan mudah untuk mati...

Sekumpulan penduduk membuka sebuah kampung baru di dalam hutan, yang bakal menjadi laluan landasan kereta api berkembar. Harapan mereka, apabila projek landasan merentas kampung itu, mereka dapat wang pampasan dan jadi jutawan.

Namun, mereka alpa satu perkara: hutan yang mereka teroka itu sudah ada penghuni yang menanti. Dan kehadiran mereka tidak disenangi!

Jeritan-jeritan penuh kesakitan sering menggemparkan, memecah kesunyian. Jeritan pertama, dari ketua kampung mereka sendiri. Ada taring panjang terbenam di belakang tengkuknya. Jeritan kedua, dari bidan kampung mereka. Ada kuku-kuku mencengkam di batang tubuhnya.

Kini, kejadian ngeri datang saban malam di petempatan terpencil ini -- Kampung Fatimah Kacip.

Tiada seorang pun tahu siapakah mangsa seterusnya. Yang mereka tahu, setiap kali malam menjelma, mereka dihantui trauma. Ngauman seakan-akan suara manusia kedengaran dibawa angin pawana. Dan di tanah, ada kesan tapak kaki sang pemangsa, yang amarahnya tidak pernah reda.

Mereka terperangkap dalam sebuah dunia di mana mimpi ngeri berjalan di atas empat kaki, darah manusia mengalir tanpa henti, dan tiada siapa pun dapat bersembunyi.

Di Kampung Fatimah Kacip, sebaik sahaja kau terdengar ngauman, kau sudah terlambat...

('Siapa Kekah Bidan Sepiah?' karya terbaru Sindiket Sol-Jah.)

20 comments:

Tok Rimau said...

Cadangan Tagline Kekah (jika belum ada lagi)

1. Rahsia di sebalik petua cakaran harimau ustazah.
2. Bukan bulu roma je yang berdiri
3. Dalam hutan mulut jangan celupar
4. Jemput ke Homestay di Kampung Fatimah Kacip
5. Jawab soalan abang ni Cik Salmah
6. Baca doa pendinding sebelum baca
7. Kamu fikir kamu kebal dengan tangkal tu?
8. Tidak sesuai baca dalam hati sahaja
9. Jika baca buku ini waktu malam sunyi, baca kuat-kuat
10. Tidak sesuai untuk pesakit jantung, ibu mengandung dan orang buta huruf.

dugongsenyum said...

11. Cerita ini hanya rekaan dan tiada kena mengena dengan mana-mana harimau yang sudah hidup mahu pun harimau yang sedang mati.

12. No animals were harmed during the making of this book.

13. Terima kasih kepada pihak Zoo Negara kerana tidak terlibat langsung dan takde kene mengena dengan buku ini.

Luna said...

masih terkejut tengok gamba. *scroll ke atas*
terkejut lagi
*scroll kali kedua*

14. Kekah maksudnya gigit.

mat jan said...

15. Kisah harimau yang hari-hari mau.
16. Bukan kisah penguin jadian atau kanggaru jadian.

oranglidi said...

ada umph!

nazrinzaidi said...

17.aksi ketua kampung di-love bites
18.jiran kampung ali tongkat

nazrinzaidi said...

19.harimau sayang mereka.

OP Zaharin said...

buku baru ini khabarnya berharga ar-em dua puluh ringgit. sila menabung dari sekarang.

Firol said...

kisah harimau muda...

Tok Rimau said...

20. Harimau mati meninggalkan nama.

sinaganaga said...

MatJan,
TERBAHARU la weh! Bukannya TERBARU. HA HA. Cis! Pakar edit pun buat silap, he he.

Ini bir baharu. Ini baru bir.

OP Zaharin said...

21. Jangan kasi kawan pinjam buku ini. Suruh dia beli sendiri
22. Ini bukan Kacip Fatimah. Ini Kampung Fatimah Kacip.
23. Harimau hilang belang.
24. Kasut belang hilang.

daeng ramliakil@raden syahid said...

Salam saudara-saudara,
Kematian itu penamat lakonan wira. Pengganti wajar lebih wibawa jaga nyawa daripada kekotoran dosa.

mat jan said...

naga: haha! baharua hang!

op: gua suka kasut belang hilang! haha.

dugongsenyum said...

25. Ini bukan buku manual bersalin dan tiada kena-mengena dengan bidan yang sedia ada.

26. Jamak jamek jimak juma.

sinaganaga said...

27. "Dengki Sampai Mati!"

Hfz A. said...

bunyi nya macam epik.
niceee.

HafizChan said...

Aku tidak sabar
Aku sudah menyimpan 50 sen sehari, khabarnya 20 ringgit sahaja ya?

Diharap tiada sebarang penganiayaan kepada, tapak sulaiman.

OP Zaharin said...

28. kampung yang tenang tak semestinya tak ada harimau.

Jimbo said...

novel gore metal macam ni lah yang gua tunggu2 dalam pasaran bawahtanah malaysia. dah rilis nanti gua nak jadi ejen.. berapapun duit deposit lu orang mintak, gua bayar cash.